Rabu, Mei 14, 2008

PROTOKOL

"Apakah tujuan protokol?" tanya Sham.

Kalau aku jadi Menteri Perdana, aku haramkan jawatankuasa Protokol dalam setiap majlis. Pastinya banyak penjimatan boleh berlaku. Tidak perlu kerusi berkerawang. Tidak perlu lauk berhidang. Tidak perlu penyambut tetamu. Tidak perlu bunga atas meja. Tidak perlu bunga manggar. Tidak perlu bunga atas dada. Tidak perlu kompang. Tidak perlu parking VVIP. Banyak lagilah yang tidak perlu jika protokol dibuang. Radikal sangat ke? Sebab itu aku bukan Menteri Perdana.

"Protokol membesarkan orang besar," jawab aku. "Dan mengecilkan orang kecil."

23 ulasan:

Danielle_Corleone berkata...

Ya! stuju Tok, ini hanya satu idea untuk menunjukkan bahawa orang ada kuasa dan wang itu berbeza dengan yang lain. Satu idea pemisahan manusia yang langsung tidak masuk akal. Adakah mereka yang disanjung dgn protokol itu ilmu mereka lebih tinggi? Tuhan dan mereka sahaja yang tau.

Yana Ismail berkata...

Sepatutnya jangan ada diskriminasi antara orang besar dengan orang kecil. Semua insan sama sahaja:)

Tok takmo jadi menteri perdana ke?boleh tukar undang2 tu:p.haha

Chika Chika berkata...

tok rimauku,
tajuk skunder entry ini ialah ANTARA DUA DARJAT. saya yang bagi. jangan reject. ahahaha.


tak sempat singgah UTM bertemu peminatlah tok. sibuk singgah mall. ehehe :p

Aqil Dot Com berkata...

kerana protokol anda perlu bersiap sedia 2 jam sebelum menteri sampai yang pastinya sampai jauh lagi lambat dari masa 2 jam itu .

tasekM berkata...

mereka semua tak tau... org2 yang menghamba diri utk protokol itu hatinya berbulu-bulu... walau pun senyuman diukir tak jemu-jemu...

mereka tak tau ke??... aku syak mereka tau... tapi buat-buat tak tau...

KS berkata...

so agree with u on this.

rasanya negara kita jek yg over pasal protocol ni. setiap kali ada event, habis berjuta2 hanya untuk bunga, makan etc.

kita tgk negara2 barat takde pon nak berkompang2 bagai kalo buat event besar.

Rajuna berkata...

dari aku tingkatan 4 aku memang dah tak suka protokol. mengarut dan kadang2 seperti mau menghina org2 kebanyakan macam aku.


anarchy/equality/peace

ceh! haha.

DeeN berkata...

*Angkat tangan dua belah tinggi, sambil lompat2*
Tok, setuju sangat! Sangat tidak suka protokol. Sangat, sangat, hipokrit!! Huh!

Amyz! berkata...

Ahh.. Saya benci protokol~

Tok Rimau berkata...

Corleone,
Hari ni aku jadi urusetia jaga lampu spot dan moving head. Tok duduk jauh dari VVIP. Best.

Princes,
Dari jadi menteri perdana, elok jadi King.

Chika
tajuk diterima. Mall? tolong la jgn beli baju belang horizontal lagi.

Aqil,
Suka sangat VIP suruh kita tunggu. Besar sangat la tu. Kekadang tok pun saja datang lambat, biar dia tunggu.

tasik,
Orang protokol kerja depan bos. Senang naik pangkat.

K,
Kat german, menteri datang pun orang buat cam member je. tak da la pulak nak menyembah-nyembah.

arjuna,
wakil rakyat berkhidmat utk rakyat.. bukan rakyat khidmat utk dia. Kan?

nur,
Kalau dato datang kg kau. Bagi dia kerusi plastik je.

famia berkata...

protokol tak bagus untuk kesihatan kan tok.

Rajuna berkata...

betul tok
sapa yang pilih dia kalau tak kita


tapi aku tak mengundi
maaf.aku bukan pemaaf.


hahaha

pengkao berkata...

masa sambut bill gate dulu, diorang tak kasi kompang.
takut time kompang orang amik kesempatan tembak, gamaknya.

Unknown berkata...

jadilah menteri arus perdana..nnt ese confirm akan jadi tukang lobi paling setia..

Danielle_Corleone berkata...

hahaha! ya ka Tok? aku pun pernah jaga lampu sorot masa Raja Nazrin datang UM dulu. :P

Abdullah Mohd Nawi berkata...

Tok,
Lu punya lighting mantap la ari ni... tp apapahal gua jg star..hahahaha...
(sebenarnya gua star pun kerana lu juga...actually let me rephrase that...sebenarnya gua perasan star pun kerana lu juga...hehehe..there..sounds much better)

A t i Q a h berkata...

Baru teringat, hari ni tayangan filem Mengait Bintang tu kan?

Menteri mana yang lambat datang? Nak kena ni!

Hazwan Faisal berkata...

setuju dengan lu Tok...
protokol patut dihapuskan, paling kurang pun dipinda..
kalau AUKU boleh dipinda, inikan pulak protokol...
hehehe...
tapi menteri apa boleh pinda protokol ni ya???

Chika Chika berkata...

horizontal lines?
ahahahaha.
terima kasih.
perli berkesan.
terima kasih.

Tok Rimau berkata...

famia,
batuk kering aku dibuatnya.

juna,
aku pun sama. aku dah bosan.

pengkau,
billgates tak sedia mahu kahwin lagi. Buat apa kompang.

ayares,
Nisbah biasa aku. 1:10. Setiap VVIP ada 10 pengikut kaki bodek.

danieele,
Kau memberi sinar kpd majlis.

abdullah,
Engkau memang star. tapi dah popular ni hilang privacy. Takleh la gi keluar makan sebarangan dude.

atiqah,
nanti balik UTM, kau bolehlah saksikan.

pesa,
menteri suka protokol. dia rasa cam dewa bila diprotokolkan.

chika,
u cantik. I suka tengok u. (/beli jiwa semula)

Angah berkata...

setuujuuuuuuuuu... serabut jaga wakil protokol VVIP yang dijemput. Padahal VVIP tu tak angkat pot pun benda2 protokol nih..

Bunga pun ada list dia apa cerita?

yusrihashim berkata...

jadilah anarki...

saudagar gaRAM.. berkata...

protokol??
apa tu?

*sambil berjalan dengan kain pelikat,baju pagoda putih,korek idun,dan hisap rokok..



ooooo.....protokol..
yaaaa..hapuskan..hapuskan..

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...