Panjang pula khutbah nikah Tok Kadi. Aku tidak mahu kacau majlis, maka aku duduk sahaja di tangga sambil memerhatikan para perewang menyusun dulang lauk di bawah balai.
Selepas tujuh puntung rokok, baru Tok Kadi turun bersama keluarga tuan rumah. Mereka menuju ke arah hidangan yang disediakan. Aku memintas.
"Ada perkara yang saya nak cakap dengan tuan."
"Tunggulah ana makan dulu."
"Saya sudah lama tunggu."
"Ha! Ha! Ha! Kita bincang sambil makan. Tidak lari gunung dikejar. Ha! Ha!"
Tok Kadi buat kenyataan umum. Sepertinya semua lelaki sama. Semua lelaki, kalau diberi peluang mahu berpoligami. Tidak diberi peluang pun mahu juga. Tentang protokol, tanya kepada yang arif, tanya Tok Kadi.
"Bukan begitu."
"Habis?"
"Kereta Tok Kadi menghalang kereta saya. Saya nak keluar."
"Oh! Maafkan ana. Ana akan alihkan kereta."
Aku menutup kepala dengan tapak tangan. Tok Kadi tidak menutup kepala, sepertinya dia kalis air. Dia berserban, tidak perlu tutup kepala. Kami berlari meredah gerimis menuju ke arah jalan, tempat kereta bersusun padat.
Isnin, Mei 12, 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
72 RANCANGAN B
Ketika berkayuh dalam hutan setiap gram memainkan peranan melambatkan perjalanan. Semuanya mesti minimal dan ringan. Kami sudah pun menempah...
-
"Kenapa pada zaman aku, tiada orang nak tunjuk atau bantu aku dalam bidang yang aku suka?" aku tanya soalan ini dengan budak aku b...
-
Terbaca la dalam Metro tentang satu blogger: "Ketika itu saya menjadi peserta akhir untuk rancangan Fear Factor Malaysia pada 2005...
-
Sebelum Matt Groening terkenal dengan kartun dewasa The Simpsons dan Futurama, dia telah berkarya melalui Life is Hell. Life is Hell adalah...
19 ulasan:
Ha ha! Mula-mula tergamam sikit.
mungkin tok kadi beranggapan tok mau adalah calon yang paling layak untuk berpoligami.
kekalkan imej jantan macho, tok mau.
sekalung tahniah dari rajuna sekeluarga.
tok kadi tu dah bukak cawangan blom??..
Ooo .. ingatkan nak bincang apa tadi ngan Tok Kadi. Rupanya pasal nak alih keta ye. HaHaHa .. beria2 sungguh Tok Kadi ajak bincang sambil makan2. Err .. semua lelaki macam tu ke, Tok?
;)
Adakah berpoligami itu 'nature' lelaki? Princess rasa ramai juga lelaki yang setia:)
Hmm.. no comment~
;-)
Hahaha...fitrahnya begitu kan tok?
Lawak sungguh tok kadi tu. Rasanya lelaki saya nak berkenalan dengan dia kut :)
Nota kaki:
HANYA LELAKI MEMAHAMI LELAKI
Princess Liyana : saya setia!!!
*angkat tangan dan tepuk2 dada*
lelaki. dan poligami.
macam rokok dengan tembakau.
isi dan kuku.
nasik dan lauk.
tapi saya tak sokong poligami.
saya kejam.
gagaggagagagagagagXD
tok kadi2.
die igt sume lelaki sme.
=)
Kula,
Engkau bagai gema dalam gua.
Famia,
Poligami bukan parti politik yg perlu sokongan.
Rajuna,
Jangan angkat tangan tinggi sangat jika tidak berdeodoran.
Machonya tok ini natural.
Lily,
Lelaki senang difahami. X kompleks mana pun.
Amyz,
kau masih tersenyum?
Liyana,
Ada orang boleh setia kepada yang empat.
Nur,
Pasang niat ikut sunnah sahaja sudah berpahala. Niat sahaja la. Aamlnya mungkin tidak lagi.
Tasik,
Tok kadi buka cawangan utk orang lain.
azzam,
Belum salam Tok Kadi, tangan dah gamam.
Susah tok lelaki nak setia kepada 3yg empat:P
Princess kejam juga. Tidak mahu bermadu:)
Tok,
Saya masih tersenyum~ :-)
hahahaha tak thu nk ckp pe..gelak sakan..
tapi tok kadi pun begitu ke??sama??
Saya suka entri ini!
tok jemput la jadi pensyarah krusus penulisan blog ka uitm. hahahaha! :P
Tok...
Kita lelaki memang setia..kepada yang satu...mahupun yang dua... ;)
hahahahaha....
Lawak aa tok kadi tu haha
tok kadi yang sama salam gua agaknya ni..
gua nak bayar zakat FITRAH..
bukan NIKAH..
Catat Ulasan