Rabu, Julai 30, 2008

CERMINAN DIRI

Q: Untuk siapakah kalian berblog?

A: Kalian tidak berblog untuk emak bapak baca atau adik-adik baca. Secara bawah sedarnya kalian berblog kepada khalayak pembaca yang diandaikan sebagai sebaya. Bila aku tulis sebaya, aku bukan merujuk kepada usia tetapi status sosial.



Q: Apakah yang dinyatakan oleh foto-foto yang kalian terbitkan dalam blog kalian? Bagi contoh.

A: Menurut kajian wacana, foto-foto itu membawa kenyataan peribadi dalam rangka pengurusan impressi kalian:

1. Aku mesra dengan kamu (Gambar komposisi potret dalam pose menggoda pembaca dengan mata).

2. Lihatlah aku (Gambar dalam kereta memakai talipinggang keledar. Tersenyum mestinya).

3. Aku ada ini (Gambar baju, cincin dan teddybear).

4. Kami mesra (Gambar-gambar lebih dari satu orang sambil membuat muka).

5. Inilah yang kami buat (Gambar-gambar sedang sekumpulan peminat clubbing).

6. Kami kool (Gambar kalian dan kawan-kawan menampakkan alur antara dua bonjol lemak di dada)


Walau pun ada peluang untuk menyamar dan bersembunyi di balik nama pseudo dan jalur lebar, dalam kebanyakan masa blogger bersifat jujur dalam mempamerkan diri. Kita bergerak ke arah manusia exhibitionist. Kita masih berevolusi.



Q: So what? Ada masalah ke?

A: Tidak. Belum lagi. Sehinggalah rakan sekerja atau majikan kalian Google nama kalian dan terjumpa gambar-gambar tu. Ingat, mereka bukan rakan sebaya. Mereka bukan khalayak sasaran kalian.



p.s.

Tiada foto hiasan untuk entri ini. Koolgai Model Agency tidak ada ehsan lagi.





.........



MASKARA X







Maskara X

2 Ogos 2008

Rumah Pena



baca selanjutnya..



Buktikan cinta kamu, jumpa di sana.

29 ulasan:

Yana Ismail berkata...

Blog princess tu suka2je.huhu,hobi di masa lapang ;). Lum ada majikan lagi. huhuhu.

Eer..mana gmbar tok pose menggoda? nak tengok juga. auww~ ha ha ha.

Amyz! berkata...

Saya berblog untuk diri sendiri. Yang membaca, terpulanglah~

azie berkata...

u rasa kenapa i berblog?

soalan ilmiah ni.

p/s: lenkali kita calling2 lagi oke. i tau u suka suara i,ahahaha

SHIMI berkata...

Berblog bukan kerana nama. Bukan hipokrit bukan berbasa-basi. Satu karya cermin diri

adie berkata...

aku berblog kerana aku suka menulis sesuatu yg aku suka dan aku mahu orang lain turut membacanya walapun diorang xsuke. (kalu x suke,logiknya xyah baca la kan.keputusan dihujung jari anda)

n3 nie cam blog tok telah dihidu oleh rakan sebaya/majikan tok jer.huhu..

Amiene Rev berkata...

Blog saya itu ialah... bermacam-macam.

Pipiyapong Abdillah Hamzah berkata...

gua berblog sebab nak jadi macam tok rimau..!!

Kemat berkata...

tok..suatu hari nanti katakan majikan/ ibu bapa atau sesiapa sahaja yang bukan dalam kumpulan sasaran kita dan kita memang tidak inginkan mereka membca blog kita terjumpa dengan blog kita, perlukah ditutup blog itu...

Tok Rimau berkata...

Reference:
Negotiating Solidarity on the w.w.w.: An analysis of image-text relations in adolescent weblogs by Seok Hoon Quah, Denise (USM)

Husni,
avatar kamu menunjukkan nafas kamu berbau.

Pipiyapong,
avatar kamu menunjukkan kamu seorang yang suka ngeteh. Kita Minum dulu.

Mr. Penyu,
avatar kamu menunjukkan orang yang berfikir, samada mahu cukur atau tidak.

Shimi,
Aavatar kamu bernostalgia zaman muda kamu. Tak mahu mengaku tua?

Azie,
Avatar kamu menunjukkan kamu hanyalah tapak sulaiman.

Amyz,
Avatar kamu menunjukkan kamu sedang bercinta.

Liyana,
Kamu menggoda dalam tiara itu

Nida Shaari berkata...

Masa mula-mula berblog dulu, memang x ada arah tujuan.

Tapi bila dah lama-lama, dan dah kenal Tok dengan lebih rapat lagi (wow!) baru saya sedar, penulis blog ada tanggungjawab

jagoan berkata...

Untuk terapi minda dan fizikal saya.

Tidak! Saya tidak ikut orang atau tren. Ini atas kesedaran saya sendiri. Sungguh!

Unknown berkata...

berblog bukan kerana nama.

tok,
madulebah tak dapat join itu teater. mana nak cari wig ni ?

tasekM berkata...

utk lepas geram!... he he... :)

cik puan daun berkata...

saya berblog sbb saya adalah pure sanguin!!!

siskinny berkata...

its just the other side of me

BuRuuj berkata...

tengok wajah di cermin, ada wajah sendiri. tengok wajah di blog, ada cerita tersendiri..=)

areyoung berkata...

Tok kata saya agak kasar bila menulis tapi lembut bila bersua di telefon.

P/S Apa pun, saya kategori 'aku mesra dengan kamu' ke? Haha!

rasso berkata...

kerana kefetishan pada nombor.. dulu.

Rajuna berkata...

gua rasa pada satu tahap, blogger yang macho dan cun mempunyai peluang yang cerah untuk bergambar di dalam majalah berjenama 'buah-buahan tempatan' itu.


p/s: gua nak tengok dewangga, gua nak tengokn dewangga arghh!!

Yana Ismail berkata...

Tok pun menggoda dengan spec itu:)ha ha ha.

rasso berkata...

princess,
i tak menggoda yu?

Tok Rimau berkata...

Kemat,
Kadang2 bos pun ada blog. Dia nak ko utk baca blog dia pulak.

Madulebah,
Tanggung jawab kamu adalah stay cute.

Ahtok,
Saya percaya. Tidak perlu bersumpah.

Gunx,
Kau kena belajar ngorat utk dapat artis wanita.

Tasik,
Simpan pisau tu dalam laci sebelum berbual dgn saya.

daun,
Sanguin? Saya penguin.

Skinny,
Makan banyak sikit. Biar ada isi.

Burujj
U melipat sejarah sendiri.

Ayoung,
Teman tapi mesra.

Rasso,
Pulang dari Singapore, Orang pertama tok selisih kat CIQ JB adalah penjual results no ekor.

Juna,
Selamat bermuzik.

Princess n Lan,
Sini bukan tempatnya. Ha ha ha.

sinaganaga berkata...

gua berblog sebab nak jadi macam tok rimau..!!

Yana Ismail berkata...

Rasso,
Belum cukup lg. Tok lagi menggoda:)ha ha ha.

rasso berkata...

Tok,
Sowie OT lagi... ha ha ha

Princess,
Ehehehe... yu nak ai buat ape?

Yana Ismail berkata...

Rasso,
Jadi menggoda mcm tok:)boleh?

rasso berkata...

Princess,
Tok *goda* yu macam ne? ha ha ha...

Tanpa Nama berkata...

moral of the story jangan letak nama sebenar kau dalam blog, hahah. Dan gambar tu, berpada2 lah..haha

dan paling bagus, apa yang kau tulis di blog, sudah boleh dipaparkan diberita tv3, boleh juga bawa kemahkamah, terutama kalau kau pergi luar negeri bersama majikan kau..hahah

pesanan dari menteri kesihatan

Yana Ismail berkata...

Rasso,
Tu kena tanya Tok:)
Dia lebih tahu!ehehe.

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...