Khamis, Februari 05, 2009
PUTERI GUNUNG LEDANG
Dia: Jom la pergi Istana Budaya. Ini kali terakhir Tiara berlakon PGL the musical tau.
Aku: I tak pernah pergi Istana Budaya. Ada dress code kan? I nak pakai apa?
Dia: Baju berkolar. Kemas. Jangan pakai jeans koyak. Alah... pakai macam pergi kenduri je.
Aku: I gi kenduri rock je. I rewang kat belakang dapur. Bukan tetamu kehormat duduk kerusi makan damai.
Dia: You berhenti la rock sekejap. Ni majlis high class. Pakai proper sikit.
Aku: Okay. I cari baju batik. Orang tengok pementasan mesti proper. Mmm... orang atas pentas berkemban boleh pulak. Hi hi hi.
Dia: Hi hi hi. Ikut je la. Masuk kandang harimau, mengaum. Masuk kandang kambing, mengembek.
P.S.
Lepas PGL, terus ke Maskara. 8.30 malam. 7 Feb. 2009. Rumah Pena. KL. Gua bertugas jaga parking. Pemandu semua sila tunjuk hemah kepada penjaga parking. Gua rizab parking spot baik untuk lu orang.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
73 SUNGAI TELOR
Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...
-
"Kenapa pada zaman aku, tiada orang nak tunjuk atau bantu aku dalam bidang yang aku suka?" aku tanya soalan ini dengan budak aku b...
-
Terbaca la dalam Metro tentang satu blogger: "Ketika itu saya menjadi peserta akhir untuk rancangan Fear Factor Malaysia pada 2005...
-
Sebelum Matt Groening terkenal dengan kartun dewasa The Simpsons dan Futurama, dia telah berkarya melalui Life is Hell. Life is Hell adalah...
20 ulasan:
maskara la ni ramai. tak dapat la aku yg dtg lambat parking kt sebelah umah pena tu ye tok? :)
.
err...'dia' mmg dibenarkan untuk berkemban. kalau ade penonton yg berkemban gak, nmpk gaya produser patut amk org tue ganti tiara. haha..
sy suke lagu tiara.
"tiara...menggamit kenangan zaman persekolahan...."
jumpa kat maskara nnt
itu membezakan taraf dan kedudukan...
kamu pakai baju batik.
taraf dan kedudukan lebih tinggi..
kot~
seat paling atas keh?
Kalau rasa putih mulus macam dia, bolehlah cuba nak berkemban.
Kalau tidak, sama ada penonton atau pelakon, sila jangan.
aaa, lepas habis PGL, kau bawak AWEK tu sekali ke Maskara ke dude?
Terkenang time duduk area KL. Memang sungguh 'alangkah' perasaan ini...
Kalau dia ada bermantera, tolong hafal mantera tu, mana tau kut-kut boleh pakai...
wah!! Tok pergi tengok PGL juga?
Sapa2 yang nampak tukang jaga parking itu..sila senyum dengan manis dan angkat kening 3 kali~
eh bkn ritu cakap baju batik untuk hari khamis ka
reserve satu parking vip tok! haha.
Kelambu,
Parking VIP sebarang jalan. Sebelah kubur Cina. ha ha.
Azwan,
Bila Pak Lah turun, batik wajib lagi ke?
Zara,
Kalau angkat kening 100% diskaun utk caj parking.
Nizam,
Ala Nizam. Konfiden la sikit. Tak yah ngorat awek pun bermantera.
Nordin,
Jangan kenangkan KL yg penuh debu sesak.
Naga,
Kalau dia tak sibuk.
Indra,
Hitam itu menawan. Gua nak berkemban gak.
Mug,
Seat atas pentas. Sebelah Sultan Muzaffar.
Miezi,
Jumpa Tok, tegur. Salam. Bagi la RM10 dalam salam tu. ha ha ha.
Ruj,
Suka lagu Tiara. Lagu banduan.
Tasik,
Sementara stok parking masih ada. :-)
Bro,
1) Lu tgk PGL - gua dah jeles..
2) Lu tgk Tiara berkemban - gua laaaaaaaaaaagi jeles!
nak ikot!i'm stranded in utm here..haha!
i nak pegii!!!
kalau maskara buat anugerah paling popular, agak-agak tok ke bang naga yang dapat?
jaga parking...?
xde pon.tipu neh!! :D
tok... kali ni tak dapat pergi, jadi tak nampak tok jaga parking... hehehe...
Bang Rimau
Masuk kandang rimau tak sempat mengaum - cepat-cepatlah mengucap!
lukmanw
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
"hitam itu menawan. gua nak berkemban gak"
arghh tidak!!!immediately rupa sir tok rimau bekemban depan kelas menjelma!!!
tidak!!
tiiiiidaaaaak!!!!
ilangkan bayangan ini!!! hilangkan!!!
Catat Ulasan