Rabu, Februari 11, 2009

KERETA SUKAN PIPIYAPONG

Di Kuala Lumpur ada seorang pemuda zuhud bernama Pipiyapong. Pipiyapong adalah seorang pemuda harapan bangsa yang selalu merendah diri dan rajin membantu orang-orang yang lebih tua darinya.

Pipiyapong memiliki sebuah kereta yang diberi nama Kereta Sukan. Kereta Sukan itu juga zuhud seperti tuannya. Ia sebuah kereta lama dua pintu tanpa hawa dingin dan tanpa talipinggang kaledar. Pipiyapong selalu membuat amal dengan membantu menghantar kawan-kawannya ke tempat yang ingin dituju dengan Kereta Sukan zuhud miliknya.

Suatu malam, malam minggu, Tok Rimau dan Vovin meminta bantuan Pipiyapong untuk menghantar mereka pulang dari sebuah majlis sukaria. Pipiyapong pun dengan gembiranya bersetuju. Walaubagaimanapun, Tok Rimau risau jika terserempak dengan benda yang tidak boleh disebut dan mereka mungkin disaman. Tok Rimau mencadangkan mereka bersepakat untuk menipu pasukan Polis Diraja Malaysia bahawa kereta itu baru dibeli dan tuan lamanya tidak memasang talipinggang kaledar. Semua setuju. Maka mereka pun berlepas.

Malam minggu. Jam menunjukkan pukul 2 pagi. Terdapat kesesakan lalu lintas di Jalan Tun Razak. Vovin kata mungkin ada projek pembaikan jalan di hadapan. Pipiyapong kata mungkin ada kemalangan di hadapan. Tok Rimau kata mungkin ada benda yang mereka tidak boleh sebut. Dalam jarak 100 meter, mereka pun nampak kon, lampu dan beberapa anggota Polis Diraja Malaysia. Sah la itu benda yang tidak boleh disebut.

Tok Rimau ada terfikir mahu turun dari Kereta Sukan dan jalan kaki sahaja. Biar Pipiyapong dan Vovin yang kena saman. Pun begitu, dia merasakan tidak baik meninggalkan kawan-kawan yang baik hati itu dalam keadaan genting begitu. Maka, dia pun nekad menempuh pancaroba itu bersama-sama.

Pipiyapong cemas. Dia meraba di bawah kerusi. Dia jumpa talipinggang kaledar rosak yang berbelit dan panjang cuma satu kaki. Dia cuba mengenakan talipinggang putus itu di atas perutnya. Kononnya itu talipinggang kaledar.

Vovin juga menjadi cemas. Dia menyelimpang tali beg kamera ke badan. Kononnya itu talipinggang kaledar.

Tok Rimau juga menjadi cemas. Dia mengeluarkan talipinggang kulitnya dan sangkut di bahu. Konon-konon itu talipinggang kaledar.

Mereka melihat sesama sendiri dan bersepakat bahawa mereka kelihatan bodoh sekali. Cemas dan bodoh. Mereka juga sepakat bahawa Polis Diraja Malaysia akan ketawakan mereka kerana bersungguh-sungguh berlakon macam begitu. Lalu, mereka nekad jika disaman, mereka mahu kelihatan bijak. Mereka tidak berpura-pura dengan talipinggang imaginasi dan pasrah dengan takdir.

Mereka berdoa agar Polis Diraja Malaysia membuat operasi motorsikal, bukan kereta. Tetapi semakin mereka menghampiri benda yang tidak boleh disebut itu, semakin mereka nampak banyak kereta ditahan. Mereka bertambah cemas. Tok Rimau menasihatkan Pipiyapong dan Vovin membaca semua ayat Quran yang mereka hafal dan niat kurung diri mereka dalam ayat itu agar mereka kelihatan halimunan. Mereka pun membaca. Sekejap sahaja sudah habis baca kerana mereka hafal sedikit sahaja ayat. Mereka sambung cemas.

Kereta Sukan dipandu perlahan menghampiri benda yang tidak boleh disebut itu. Pipiyapong berhenti di hadapan Polis Diraja Malaysia sambil membuat muka masjid. Vovin dan Tok Rimau juga buat muka masjid dan pandang ke hadapan tidak mahu bertentang mata dengan Polis Diraja Malaysia. Anggota polis yang bertugas cuma melambai tangan memberi isyarat terus jalan. Pipiyapong pun dengan sopannya meneruskan perjalanan. Suasana dalam Kereta Sukan tenang sunyi seperti ada malaikat menyertai mereka bertiga turut menumpang.

500 meter kemudian barulah mereka berasa lega dan sambung bernafas seperti sedia kala. Vovin duduk macam raja sambil ketawa di bangku belakang. Pipiyapong memandu sambil mengeluarkan siku di tingkap agar kelihatan macam abang-abang. Tok Rimau? Tok Rimau tidak perlu keluarkan siku. Dia sudah pun memang abang-abang. Mereka hidup bahagia sehinggalah mereka sampai tempat yang dituju.

34 ulasan:

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

hehehe...

buleh tiru ni Tok..=)

Rahimin Idris berkata...

hahaha kalau polis tahan lain kali, tahiyat akhir je. berjemaah. tok jadi imam besar!

famia berkata...

ahakhakhaks.
gilelah.
tak kantoi lansong.
memang kacip.

Tanpa Nama berkata...

tok pakai tali pinggang keledar ka buat belt tok? smpai xkantoi.

wakaka

Nida Shaari berkata...

Perenggan terakhir paling saya tak tahan nak ketawa sampai golek-golek

u l t r a b a e berkata...

Tok.

Catatan ulasan ni xde kena mengena dengan entry Tok kali ini.

Tapi aritu suddenly dengan tetiba ter-remember.

That day during my batch punyer Language Camp kat Tanjung Bidara. I wanted to send you something via email one night before the ice breaking @ KTF. I asked if have Internet connection @ home. You replied you were not and you were reading one novel by someone I can't remember.

I just realised this..

Hari-hari updat blog. Takde Internet connection konon. Aku tertipu.

Cit!!

Lily Abdullah berkata...

Tok,

Kalau tulis dalam bahasa klasik lagi kacip nih

"Hikayat Raja Tiga Beradik"
..Arakian,tersebutlah kisah pada zaman dahulu kala bla..bla..bla..."

hahahah!

Tanpa Nama berkata...

kesat air mata sambil senyum.

azie berkata...

gila cemas.ai baca pun nafas terstop kejap,ahaha

sinaganaga berkata...

Mau,
Dalam banyak-banyak 'soljahs', Yaponglah yang menjadi harapan gua untuk menggantikan gua sebagai 'keramat hidup' apabila gua bersara nanti, he he.

P/s: Selalu2nya, gua naik gak kereta sukan tu, malan tu tak, kalu tak - apa toot gua nak capai buat2 pakai tali keledar tu ek? Ha ha. Tali beg kanvas warna hijau gua? Mana ada tali keledar warna hijau, beb! Ha ha.

K.H berkata...

Tok, tolong jangan buat entri semacam ini lagi.

Ini kerana ketawa di hadapan PC di dalam ofis memang sangat kelihatan seperti mencuri tulang.

BuRuuj berkata...

hahaha...klakar la tok. rasernyer mereka suh jln bukan sebab tertipu oleh penipuan tok dn rakan2 tp mereka suspek kenderaan lain kot dan mereka sendiri tau yg 'kete sukan' tue mmg tak makan saman nyer...hihihi...

ade petua, baca 'summum bukmun umyum fahum la yarji'un(surah al-baqarah)kalau terserempak dgn sesuatu yg akan membahayakan kita.(anjing liar cnthnya). insyaallah...

tasekM berkata...

ayat apa tu tok? mujarab sungguh. :)

Amyz! berkata...

Owhh.. Kereta sukan itu sungguh cool!!
*mata kelip-kelip*

Tiesha Chan berkata...

wow!!
rezeki abang-abang agaknye..
sbb tu terlepas.. ;))

Cinta berkata...

syukur selamat...=))=))

Yana Ismail berkata...

hi hi hi..rasa penah tgk kete sukan itu...;)yang parking sblh kete comel kak nida tu kan...hahaha

A t i Q a h berkata...

Tali pinggang panjang satu kaki? Nak lilit kepala pon tak muat.

bukan orang pinkish berkata...

sebab tu la, kene ada tali pinggang dwifungsi. Boleh digunakan sebagai tali pinggang seluar dan tali pinggang keledar..Waktu-waktu begini sangat berguna. ;)

pheeewit berkata...

"Rimau menasihatkan Pipiyapong dan Vovin membaca semua ayat Quran yang mereka hafal dan niat kurung diri mereka dalam ayat itu agar mereka kelihatan halimunan. Mereka pun membaca. Sekejap sahaja sudah habis baca kerana mereka hafal sedikit sahaja ayat".. haha tang ni aku paling x bule blah... hahaha.. nasibb baik si pipi x bace doa makan je..

mmg camni ek slalu kalu org repair keta tapi keta sendri x kumplit, aku keje wat namecard.. tapi namecard aku sendri xde.. haha

Nizam.Ariff berkata...

Tok, bila dah abih baca ayat-ayat yang pendek tu, dan bila dah dekat dengan benda yang tak boleh disebut tu, ada rasa nak terkencet tak?...

u l t r a b a e berkata...

dah abis ayat2 quran..sambung lak ayat penyata, ayat tanya, ayat suruhan..

tentangseseorang berkata...

ahahahahahahahaha.....

seb baik aku kat opis tok :p

cik puan daun berkata...

saje je buat aku gelak tak hengat.. thanks!!

Tok Rimau berkata...

Zara,
Peniruan itu satu pujian.

Rahimin,
Tak boleh. Belum wudu'

Famia,
Pemandu kacip yang zuhud. Sentiasa dilindungi.

Azwan,
Cantik gak idea tu.

Madu,
Golek-goleh jauh sikit dari dapur. Terbakar kang.

Ultrabae,
Sumpah. Dulu takde. Baru beli ni.

Lili,
Zaman klasik purba belum ada kereta sukan ni.

Azie,
Biru muka tahan nafas tu.

Naga,
PP memang keramat hidup. Dunia ini fantamorgana bagi dia.

Indrasakti,
Print entri ni, baca kat toilet.

Ruj,
Tak baik samakan polis dgn anjing. Guna ayat lain la.

Tasik,
Nak ilmu sila bawak ayam masak merah.

Amyz,
Naik kereta sukan sekali = naik semua rides kat Genting + Sunway.

CT,
Semuanya takdir. Kita ni makhluk je.

Cinta,
Sujud syukur.

Liyana,
Malam tu dia parking kat padang tepi lereng. Nak tunjuk handbrake dia kacip.

Tiqah,
Kau bayangkan muka selamba tu mengayakan talipinggang se kaki tu.

Sab,
Mahal kot kos benda cenggitu. Pakai tali rapia je.

Pheewit,
Ni takut jd cikgu. Takut anak sendiri bodoh.

Nizam,
Bila niat tu pasrah kepada ketentuan Tuhan, semua rasa takut hilang.

Ultra,
mentang-mentang la cikgu bahasa. Tok buat ayat tak boleh blah je.

Tentang,
Naib baik opis kat engkau.

Daun,
Gelak kuat sangat, gegar baby tu.

addyaholix berkata...

tok, aku dah gelak macam nak gila. kawan-kawan ingat aku dah mula kena serang sawan. aku kata bukan, tapi semua tak percaya. mati-mati ingat aku kena sawan. tapi aku masih nafikan. aku bukan kena sawan. aku cuma gelak sebab tulisan kau tok.

kau abang-abang ke? dah macam pakcik-pakcik aku tengok haha!

Pipiyapong Abdillah Hamzah berkata...

hahaha..sendiri kena, sendiri baca pun berdebar lagi..

ay_yusof berkata...

tok, aq nk gelak pn xleh kuat2 bla bc post ni. takut bapak aq terjaga dr tdo.
tp klu bc kat tpt keje aq nk gelak kuat2

DeeN berkata...

First time aku gelak tak hengat dgn entri Tok neh. Er.. muka masjid tuh camner? Kasi demo sket, Tok. Hahaha

Tanpa Nama berkata...

Ha ha! Baca ayat tak habis pun boleh lepas tu.

Tanpa Nama berkata...

cukup 10 minit aku x henti gelak, bebudak aku tgk aku dlm ruang kotak ni mcm org giler ketawa hentak hentak meja...

AyunasiA berkata...

lawak tahap dewa!

nuyuljana berkata...

hahaha.

tak boleh berhenti gelak.

*thumbs up*

nabihah berkata...

keta sukan tu keta jename ape?

73 SUNGAI TELOR

  Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...