Khamis, Mac 12, 2009

AKU HANYA KAWAN KETAWA

Dulu, masa dajah empat, secara default budak depan dan belakang rumah engkau, dan sebelah kiri dan kanan rumah engkau adalah kawan engkau. Malah satu taman, satu flat, satu sekolah dan satu kampung kawan engkau. Bukan sahaja senang buat team bola, buat liga pun boleh. Punya la erat persahabatan, pagi gaduh pasal terup, petang dah boleh tangkap ikan sama-sama dalam parit.

Bila usia dah meningkat, mahu cari kawan bukan main punya susah. Mahu berkawan pun ada bersyarat. Kalau gaduh apatah lagi, dendam kesumat berabad simpan dalam dada.

Cuba engkau bilang kawan engkau masa darjah empat dengan kawan engkau sekarang. Macam langit dan bumi beza jumlahnya. Sekarang, semua orang engkau curiga. Nak main solitaire pun tak ada regu.

20 ulasan:

A t i Q a h berkata...

Main solitaire zaman sekarang mana ada team2. Main dengan komputer sudah. Tak moden la tok ni. :P

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

hehehe...

aku tak masuk darjah 4 pun Tok..

jadik aku tak tahu lah darjah 4 aku ada berapa ramai orang kawan..

Tiqah..kamu juga tidak tahu kan?

lalala~

Unknown berkata...

kawan darjah 4 yg dah 10 tahun lebih terpisah.. baru jumpa di KL...masing2 dah punya kehidupan sendiri..
tp keakraban kami menusuk jiwa sungguh..

azie berkata...

jom main konda kondi tok!

theblabber berkata...

betul tuh.
aku tak percaya kalau ada org kata dia boleh hidup tanpa seorang kawang baik/rapat

BuRuuj berkata...

dulu ramai kawan sebab masing-masing busuk. skrg kurang kawan sebab dah pandai memilih.

tp alhamdulillah, sy ramai kawan macam dulu bahkan lebih mesra dari dulu sebab walaupun dh besar, kami semua mempunyai bau busuk yang sama. hahahaha....indahnya persahabatan;)

Yana Ismail berkata...

Friendship lasts forever...;)

n i msh ada kawan2 lama..dulu smpai sekarang.in fact, masih rapat;)alaahai..

you ni bosanni. jom main teng teng..mesti i menang..ha ha ha;P

Tok Rimau berkata...

Tiqah,
Zaman dulu solitaire ada berkumpulan?

Zara,
Rugi la. Darjah 4 semua dapat kek percuma hari-hari taw.

Ayares,
aku tak punya kehidupan sendiri. Kehidupan aku milik orang lain.

Azie,
Jangan cabar. Tok champion. Juara konda-kondi peringkat dunia, 3 tahun berturut-turut. 1957-1975.

Miezi,
No man is an island.

Ruj,
Kita sedara bau-bau petai. Sebab Ruj bucuk.

Tanpa Nama berkata...

kawan pun makan kawan tok...

Ikhwan Hayat berkata...

"Nak main solitaire pun tak ada regu."

Sungguh mendalam maknanya :)

Solitaire tu mmg mainnya sorang2. Maknanya, dah tak boleh berkawan even dengan diri sendiri pun?

BuRuuj berkata...

hah? sy bucuk? huhu...ke name panggilan sy kt tok bucuk? hahahaha...just kidding;P


walauapepun, sy rindu pd bau hutan, bau tanah kt fasa medan, bau badan tak mandi seminggu. hahaha....

tok penah merasainya?hik...hik...

K.H berkata...

Cubalah main minesweeper. Patung kuning sentiasa senyum, dan apabila mati dibom, dia turut bersedih.

Itu kawan ketawa dan menangis.

tasekM berkata...

tok, jom kita main sep-sep.

:)

FathulFirdaus berkata...

dulu tok, sekolah rendah geng budak2 pompuan..ada istilah "kawan tipu-tipu". tugas macam perisik, "hang pegi kawan dengan depa,tp ingat, kawan tipu-tipu ja". hahahaha.
~effa

Tanpa Nama berkata...

Betul tu...dulu dgn sekarang memang jauh berbeza jumlahnya...

dugongsenyum berkata...

Aku dah sampai peringkat kawan ketawa pun dah takde, tu yang ketawa sorang2 tu

cluelessbaby berkata...

zmn dulu2 innocent lg...
simple minded...
xpkir bnyk...
kalu putih tue putih la...
skrg da pandai pkir...
over thinking...
kengkadang bnda yg simple pon still nk ada syak wasangka...
environment da berubah...
skrg kwn bersbb...
da xda dah kes kwn smpai mati...
lbh baik buang cpt kwn yg x membawa faedah...
who u associate with determind who u r...

apisz berkata...

lumrah kehidupan... =)

u l t r a b a e berkata...

"kawan tipu-tipu"

haha..rasa macam penah jadi je time sekolah rendah dulu..

ederq berkata...

kalau nak compare, dari segi jumlah, sekarang lagi banyak kawan. sebab makin tua, makin jumpa ramai orang dan akhirnya berkawan.

tapi dari segi kualiti kawan, pun sekarang lagi rasa meaningful kot.

:)

73 SUNGAI TELOR

  Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...