Doa aku semakin mustajab. Mungkin aku akan menjadi wali tidak lama lagi.
Aku selalu kata aku mahukan sebuah motorsikal. Orang kata, kata-kata itu doa. Dengan tidak semena-mena, anak saudara aku yang duduk asrama di Melaka menang satu pertandingan yang hadiahnya sebuah motor Modenas. Tetapi, dia tidak pandai tunggang motor. Kalau dia tidak duduk asrama, boleh juga dia belajar menunggang.
Mahu dijadikan cerita, ayah dan ibu dia juga tidak ada lesen motor. Dan menjadi rahmat dalam penyamaran, kawasan flat tempat mereka tinggal selalu berlaku kecurian motor. Mmm... tiada hadiah untuk meneka, di mana motor baru itu ditempatkan. Bolehlah bila ada masa lapang, petang-petang, awek cun yang mengorat aku membonceng dan kami makan angin keliling kampung. Tekan brek. Tekan brek. Tekan brek. Amacam? Rimautik tak?
Aku kata dengan dia, doa aku semakin mustajab. Mungkin aku menjadi wali tidak lama lagi. Dan dia jawab, "Tidak mustahil sangat. You jadi wali kepada anak perempuan kita." Kemudian dia cubit aku. Tidak sakit tetapi aku kata, "Aduh."
LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Like Deco: The maker of Lucky Star Lantern
Selasa, Mac 24, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
73 SUNGAI TELOR
Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...
-
"Kenapa pada zaman aku, tiada orang nak tunjuk atau bantu aku dalam bidang yang aku suka?" aku tanya soalan ini dengan budak aku b...
-
Terbaca la dalam Metro tentang satu blogger: "Ketika itu saya menjadi peserta akhir untuk rancangan Fear Factor Malaysia pada 2005...
-
Sebelum Matt Groening terkenal dengan kartun dewasa The Simpsons dan Futurama, dia telah berkarya melalui Life is Hell. Life is Hell adalah...
20 ulasan:
so sweet..;) wah...di usia-usia sebegini, tok semakin rimautik!
nnt belajarlah cakar harimau ye? mesti lebih rimautik lagi...
by the way, tok nk cekelat, sbb sy org 1st komen. hahaha...
nape kau x kata 'awwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww...'?
Romantiknya.....auwwwww
Boleh mula doa untuk dapat menantu yang rimautik juga.
hehehe...
tahniah Tok..
kamu akan jadi wali..lambat atau cepat sahaja~
mulalah tu nak riak.
salam tok...
memang rimautik!
bukan part tekan brek! tekan brek!
tapi part cubit tu...
raaaaaaarrrrrrr
gelllllll
rimautik betul!
ahaha.awek cun kena jaga2 supaya tka kena cakar,ahaha
Ruj,
X baik makan cekelat. Sakit gigi. Hadiah pujian cuku. Kamu memang terer.
Abdullah,
Anticlimax kalau auw.
Nadine,
Jgn tereksiden udah.
Indra,
Kumpul duit dulu. Kemudian kau tawakal.
Zara,
amin.
Ayob,
Riak dgn barang pinjam.
Lina,
Banyak2 cubit. Lebam nanti.
Dila,
Bunyi rimau mengaum camtu?
Azie,
Benda yg baik perlu dipercepatkan.
Kalau berani, turun KL bawa motor laa..
mustajab tu doa utk diri kau aje ke?
utk org lain??
aku mau yamaha r1 sebijik.
Aminnnn..
p/s kelakar pulak bunyiknya phrase org putih bila dimelayukan literally..
gurauan cubit2an tu mmg RIMAUTIK sungguh....auwww...
tok ada anak perempuan?
panggil abah boleh?
haha!
Addy,
Kalau kau ada harta di Gihed Gostan silalah datang meminang.
Aya,
Begitulah lebih kurang.
Spyz,
Ada pengeras. Ayam panggang pulut kuning. BMW pun boleh dapat.
Pipiyapong,
Setakat JB-KL tu, gua sekali wheelie je.
best perut kena peluk.
fungsi motosikal semakin pelbagai. ho ho ho
rimautiknyeeeeee....
:)
Pengsannnn....N
dah bole rempit ngan gua..malam sabtu..
Catat Ulasan