Rabu, April 01, 2009

ETIKA MEJA MAKAN

Jika engkau belajar Bahasa Inggeris, antara benda yang engkau belajar paling awal adalah ucap selamat seperti good luck, good morning, good evening, happy holiday, dan sleep tight.

Mula-mula minuman sampai. Aku punya bandung soda. Dean pesan kathira, John pesan jus lobak dan David pesan lobak campur epal.

John kata, "Cheers!" dan kami hantuk-hantuk gelas sebagai tanda kekamian. Tugas pengambaran dokumentari yang kami bikin sekitar Universiti Selatan dan bandar Johor Bahru sudah separuh selesai. Dan berjalan dengan lancar.

Kemudian makanan datang. Aku punya nasi goreng puteri. Dean pesan nasi goreng selasih, John pesan ayam opor dan David pesan beriani gam.

David kata, "Bon Appetit!" dan kami mula menyuap makanan. Ke mulut sendiri.

Kenapa bila ada di antara kami minta diri untuk ke tandas, tiada ucap selamat seperti "Enjoy your toilet!" Kenapa?


.............
REBIU PENDEK: PEREMPUAN SIMPANAN
Hari ini aku dapat buku Perempuan Simpanan yang aku bantu sunting. Kalau kau suka humor, baca separuh je buku ni. Kalau kau suka emo, baca separuh lagi. Tetapi,  kalau kau suka hemor, baca semuanya. Sekian.

17 ulasan:

NAA berkata...

toqreemaow....

aku mahu buku itu...dimana mahu cari???

Nizam.Ariff berkata...

Enjoy your toilet... lain macam je Tok kalau translate seketulseketul... nikmati jamban awak... hehehe

addyaholix berkata...

haha. ya. ya. enjoy your toilet. haha!

nasi goreng puteri?
nasi goreng selasih?
ermm.

Tanpa Nama berkata...

Tok!

Kalau pergi kelas,ada ke orang bilang 'Happy Study'?? ;)

p/s:Cinta Adriana dgn Ariana Naziha bukan orang yang sama.Sekian terima kasih.(Untuk mengelakkan kekeliruan dimana ada orang ingat Cinta Adriana adalah Ariana Naziha.huh!!!!!)

Unknown berkata...

kalu tok ada GT lebih...simpan utk saya satu..nnt saya amik..

Unknown berkata...

ha..ha..bahaya direct translation can be,teruk benar bunyinya "enjoy your toilet tu.."

BuRuuj berkata...

tok, kenape org Amerika menganggap kentut itu takpe ketika makan tetapi sendawa itu tak sopan tapi org Asia menganggap sendawa takpe tapi kentut itu kurang sopan ketika makan. kenape? sebab itu adalah budaya dan hukum adat setempat. jadinya, soklan tok itu pun begitu juga...

tok, nak buku tue...

shafik berkata...

tok tertinggal happy birthday.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

hehehehe...

kalau ke toilet ada enjoy your toilet...

mau meraung semua nak ke toilet~

tasekM berkata...

aku kalau masuk toilet jd tekanan... ha ha.


.

theblabber berkata...

haha..aku rasa semua orang "enjoy the toilet" bila keadaan memaksa. Hehe

Tanpa Nama berkata...

kawan semua dengan mat saleh ka?

Tok Rimau berkata...

Adriana,
Tekan link dan hubungi penulis tersenarai. Tok tak jual buku.

Nizam,
happy raining.

addy,
menu tulis begitu.

ariana,
merry assignments.

ayares,
hubungi penulis. Tok tidak jual.

nadine,
happy poo poo.

ruj,
Prottttttttt, Sila tepuk tangan.

shafik,
Orang tua. Memang pelupa.

zara,
ucap selamat tu. Good Dawn to you.

Tasik,
Jangan tekan, tapi teghan.

Miezi,
Enjoy your toilet. Semoga panjang umur.

Qas,
Bukan. Mat saleh tu yang nak kawan dgn Tok.

Nabilah Anafi berkata...

tok,kalau toilet tu tak best.
tak kan dia nak enjoy toilet tu gak.
dia terpaksa sebab nak buat bisness disitu.

belom berkesempatan lagi nak baca perempuan simpanan.
tapi ramai kata best

syafeenamk berkata...

sebab mcm geli je bile sebut 'enjoy your toilet'.

cerpen 'ayah' dlm perempuan simpanan tu, ayah itu ialah ayah saya. :)
famous ayah saya.hehe.

kirana berkata...

Isshhh... enjoy your toilet??? Bunyik pun mcm merapu jerr.. Tak senonoh pun ader..

Anyway, enjoy your reading and blogging, friends!

lizz berkata...

cover bulu tu buat saya nak buy lah!hehehe. pink mania :)

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...