Khamis, April 09, 2009

LARI-LARI BAPAK DI TAMAN TASIK

 Foto oleh Lan Rasso

Di Universiti Selatan ada satu taman tasik. Tempatnya aman dan cantik. Di sana pelajar-pelajar berkenu dan melontar cebisan roti untuk makanan ikan. Dan ia juga tempat untuk mencuci mata.

Sesampainya di atas jambatan, aku dan Afimon berhenti bejoging. Aku keluarkan botol air dan menogak dengan lahap. Titis-titis menjejes jatuh ke dada baju bercampur dengan keringat olahragawan. Matahari petang yang keemasan menaikkan impak visual dengan menyuluh aku persis seorang simbol seks yang menjolok mata para gadis. Sungguh. Mereka yang tadinya riang memberi ikan makan roti mula mencuri pandang.

Tetapi Afimon merosakkan detik itu dengan merampas perhatian dari aku. Apabila aku bagi botol air kepadanya, dia dengan senang hati mencurahkan air ke dalam tasik.

"Bagi ikan minum," katanya.

18 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Err...I jadi orang first?

Wah!Wah!Tok jadi HOT STUFF laa..

hihi!

Tanpa Nama berkata...

bagi ikan minum air?
wow. memang macam dalam spongebob la. haha

Unknown berkata...

ha..ha..i like it,funny...

Yana Ismail berkata...

ha ha ha..comell je..sungguh pemurah. walau ikan kat tasik tu dh ada minuman..hahaha..

eleh, tak koserla..dan dan tu la simbol s.... ;P..you pasti mereka toleh pndg u? nth2 pndg afimon yg cute itu..huhu

oh, btw..cantikla gmbr tu;)pandai org tu amik kan.ahaks

addyaholix berkata...

tok tetap seksi.
katanya. haha!

afimon pandai curi perhatian.
mau tandatangan dia lah!

azie berkata...

gellll..


lari pakai suar jeans ketat tak?kah kah kah

Tok Rimau berkata...

Arianna,
Memang panas. Boleh melecur jari.

Azwan,
Jgn dia bagi krappy Patty kepada ikan udah la.

Liyana,
Ntah apa apa la foto hiasan tu. Sapa ntah yang ambik.

Addy,
Ambil angka giliran dan Sila beratur dalam satu baris.

Nad,
:-)

Azzie,
Gelimat, hey hey hey, gelimat.

BuRuuj berkata...

lari-lari bapak? nasib baik ngaku bapak...kalau ngaku org bujang bawak anak? eee....

Nida Shaari berkata...

Angkat je afimon tu bagi ikan makan.. hik hik hik..

(dah lama tak jumpa Afimon, rindu lah)

Amyz! berkata...

Owhh. Afimon so sweet!!

Tanpa Nama berkata...

Adeh. Ha Ha!

Tanpa Nama berkata...

Adeh. Ha Ha!

Tanpa Nama berkata...

Aik? Dua kali komen yang sama? Apa la azzam...ha ha!

u l t r a b a e berkata...

aaahhhhh...tasik utm!!!! rindunye!!!!

tasik tu bukan sekadar mencuci mata tok. tapi tempat pelupusan sisa makanan. roti dh berkulat..biskut masuk angin..karipap expired pun penah..

rindunya...

tasekM berkata...

bagus afimon....!

hehehehe...


.

Unknown berkata...

sebbaik bagi kat ikan..

kalu dia hulur botol kat awek2 yang bagi roti kat ikan tu..
sure berebut2 semua kat situ nakkan botol air bekas seorang simbol seks..

budakbarublaja berkata...

kat tasik tu la aku penah nampak biawak beso mati lemas...misteri...then budak2 yang berkayak tu selamber jer capsize kayak diaorg dengan sengajanye...ngeri...

Pak Atan Randuk berkata...

Ahahhaah!! Letup!!~

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...