Khamis, April 02, 2009

SIHIR GERAKAN SERENTAK

Aku pun sudah lupa sama ada Abdul Wahab atau Abdul Wahib yang memikat awek dengan cara menunjukkan sihir gerakan serentak. Mula dengan tangan kanan tumbuk peha kanan dan tangan kiri gosok peha kiri, kemudian tukar. Ulang. Buat laju-laju hingga hilang kawalan. Bukan main senyum awek-awek bila dihibur begitu. Hati mana la yang tidak tersihir.

Ini ada satu sihir gerakan serentak yang aku mahu kongsi. Ikut arahan aku. Buat gerakan A  dan B serentak.

A. Apungkan kaki kanan di udara dan buat putaran kaki ikut arah jam.
B. Dengan jari telunjuk tangan kanan, lukis nombor 6 di udara.

Apa macam? Boleh buat?

Sekarang kalian sudah tersenyum. Sudah tersihir dengan aku la tu. Hi! Hi! Hi!


.........

LAWATAN SAMBIL BELAJAR

13 ulasan:

tasekM berkata...

hahahaha... hantu punya tok!


.

Pegawai Khalwat berkata...

Yang itu Abdul Wahab, saudagar burung.

Abdullah Mohd Nawi berkata...

habis bersimpul badan aku...

Alan berkata...

perhh tak boleh kawal tangan ngan kaki aku

hebat tok rimau hehehe

Tanpa Nama berkata...

Yay!!!
Boleh buat!

masterjanz berkata...

Tgk gambar muka tok tu pun dah rasa tersihir.. apa lagi gerakan serentak yg tok ajar tu.. ermm tp rasa nak tahu gak tok kenapa nombor 6 tak nombor 8

ayobkelubi berkata...

bukan saudagar burung...saudagar tukang kayu tu..s kadarisman tu..

cisss tu,terbuat aku lak sihir ko nie!. cis lagi dan cis lagi!

blackpurple @ jowopinter berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
blackpurple @ jowopinter berkata...

Iman aku kuat. Tak tersihir. Hahaha!

addyaholix berkata...

adeh deh tok!
tergeliat urat pinggang aku tok.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

hahahaha..

putus urat aku...

^_^

Abdul Wahab anak yang sulung..
dialog dia..
"atas langit, bawah bumi, apa ditengah2 nya? ---->>>"

Abdul Wahib yang bermain sihir itu...
haha~

BuRuuj berkata...

tok, sy leh buat! hahaha...tapi ok jer...tak kene sihir pun. hahaha....tok kene blaja lagi nih!!

Tok Rimau berkata...

Tasik,
Tok memang hantu. ha ha ha.

Pegawai,
Burung apa?

Abdulah,
Lebih baik dari Yoga.

Alan,
Kaki kau dalam kawalan Tok.

Ariana,
Bohong.

Masterjanz,
Nombor lapan boleh gak tapi lambat efeknya.

Ayob,
Ciskek.

Black,
Ada pendinding.

Addy,
Gi urut.

Zara,
Sambung dgn gam gajah urat tu.

Ruj,
Bohong :-P

73 SUNGAI TELOR

  Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...