Selasa, Mei 12, 2009

HARI HARImau

 
Foto: http://i31.photobucket.com/albums/c370/hxero1/spacegirl01.jpg


Selepas Majlis Citra Karisma (Hari Q), kami warga produksi makan lebihan jamuan yang belum dijamah tetamu sambil berbasa-basi.

"Membeli bunga hidup dengan membeli bunga api kesannya sama sahaja. Dua-dua bakar duit lelaki," hujah Long Lobo

"Untung jadi perempuan. Banyak sungguh hari istimewa untuk dia. Kita lelaki?" soal Jalil Misai.

"Kita lelaki, hari-hari adalah hari kita," sambut tuan pengarah Den Sham sambil ketawa besar.

Kepada aku, hari-hari istimewa buatan manusia adalah untuk mengalakkan manusia berbelanja. Hari ibu mahu lariskan restoran. Hari setiausaha mahu lariskan show hotel. Hari kekasih mahu lariskan bunga. Hari guru? Hari guru untuk lariskan kedai RM2.

10 ulasan:

Nizam.Ariff berkata...

Hari mengundi? untuk lariskan duit-duit kopi...

spyz berkata...

aku berjaya dpt barang rm1.90 yg berkualiti

pehhh.. rasa bangga gila..
ha ha..

adie berkata...

Hari guru? Hari guru untuk lariskan kedai RM2. haha.. aku baru plan nak beli hadiah kat kedai rm2 je tuk cikgu tadika anak aku.hehe

Tanpa Nama berkata...

laa..baru plan nak belikan hadiah hari guru untuk Tok Rimau, tak jadi lah.

Yana Ismail berkata...

ha ha ha..i tau, nanti u sibuk la bw mon2 g shopping kat kedai RM2..Hi hi hi..nnti i blikan u something for teacher's day kt kedai RM2..;)haha ;P

Amyz! berkata...

Haha. kesian cikgu.

K.H berkata...

Saya fikir tajuk entri ini ada kaitan yang rapat dengan ketawa besar tuan pengarah Den Sham.

BuRuuj berkata...

hai tok, dengan org yg tersayang pun nk berkira ke?

Pett Suhaimi berkata...

Hari guru kena bagi hadiah ke?gua baru tau selepas 3tahun gua bekerja. Xsempat nk kasi.

u l t r a b a e berkata...

kesian nye cikgu..

saya lagi worst tok.. tahun ni langsung x dapat.. budak-budak sawah ni..ish...sedeh..

72 RANCANGAN B

Ketika berkayuh dalam hutan setiap gram memainkan peranan melambatkan perjalanan. Semuanya mesti minimal dan ringan. Kami sudah pun menempah...