Khamis, Mei 14, 2009
POSKAD UNTUK REBUTAN
Sebelum Matt Groening terkenal dengan kartun dewasa The Simpsons dan Futurama, dia telah berkarya melalui Life is Hell. Life is Hell adalah buku kartun DIY photocopy yang dijual sekitar 1978. Life is Hell kemudiannya keluar secara berkala dalam majalah avant-garde Wet. 1980, Life is Hell muncul dalam akhbar alternatif Los Angeles Reader. 1984, Life is Hell dibukukan. 1989, aku telah membeli siri poskad Life is Hell. Oleh kerana terlalu sayang akan dia, aku tidak mengirim poskad ini kepada sesiapa pun. Poskad-poskad ini sudah jadi rare items dalam simpanan aku. Antik!
Jika kita sayang seseorang, kita hendaklah memberi dia apa yang kita sayang. Maka, aku akan mengirim kepada kalian yang bertuah poskad Life is Hell, yang aku sayang, secara snail-mail pejabat pos. 10 pemenang dicari.
Untuk memenangi poskad ini, anda harus buat dua perkara:
1. Copy+Paste entri paling kelakar dari blog anda ke ruang komen entri ini.
2. Promosikan pertandingan ini di blog anda.
Mudah.
10 pemenang akan dihubungi untuk secara peribadi untuk aku minta alamat pos mengepos. Aku cuma target minimum 20 penyertaan sahaja untuk reality show ini. Selamat mencuba.
..........
Ini adalah scheduled entry post. Masa anda membaca blog ini, aku telah pun bercuti dari Internet dan merantau ke Serambi Mekah untuk program di bawah. Jumpa di sana.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
73 SUNGAI TELOR
Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...
-
"Kenapa pada zaman aku, tiada orang nak tunjuk atau bantu aku dalam bidang yang aku suka?" aku tanya soalan ini dengan budak aku b...
-
Terbaca la dalam Metro tentang satu blogger: "Ketika itu saya menjadi peserta akhir untuk rancangan Fear Factor Malaysia pada 2005...
-
Sebelum Matt Groening terkenal dengan kartun dewasa The Simpsons dan Futurama, dia telah berkarya melalui Life is Hell. Life is Hell adalah...
43 ulasan:
penghakiman dibuat berdasarkan kriteria pe? =)
I nak fotokopi poskad nya boleh? Haha.
kelakar suatu yg subjektif. kdg2 org lain gelak tapi kita tidak~
kalau bab kelakar, saya tak pernah lulus tok!
takde can lah ni? cis sungguh!
kelakar yang boleh membuatkan orang gelak memerlukan 80% pengetahuan yang memang diketahui orang yang nak gelak tu.
sebab orang yang buat lawak tu mesti pandai memanipulasi fakta yang ada.
kalau tak. orang tu tak faham.
abeh tu macam mana tok.
haha
macam best je hadiah. aku paste cite skit dari blog. aku mau itu hadiah tok.
Cinta yang tidak kesampaian
Salam,
hari ni aku akan cite pasal cinta yang tak kesampaian yang dialami aku. kisah cinta ni berlaku pada aku berumur 15 tahun. Itula pertama kali aku mengenali apa itu cinta. Gadis ini adala seorang gadis yg amat istimewa untuk aku. rupanya amatlah cantik,mukanya berseri2 penuh keayuan, bertubuh cantik, rambut yang nak dikata panjang tak lah panjang sangat nak kata pendek tak langsung, paras2 tengkuk la.
Hari hatiku berdetik untuk mengenali gadis ni, perasaan ini berlaku sebelum aku mendapat keputusan PMR aku, dengan hati berat aku tengok dari jauh awek yang aku minat hampir meninggalkan aku. Selepas ini mungkin tidak akan berjumpa lagi, perlu kah aku mengejar awek kesukaan ku ini? Itu lah yang bermain dalam fikiran
aku dari mula aku mengenali gadis hebat ni.
Aku biarkan saja peluang mengenali gadis ini dengan rapat, aku teruskan dengan perjuangan aku dalam sistem pendidikan Malaysia menyambung pelajaran ku dalam bidang vokasional. Keluar lah aku dari daerah ku dan mengaji ke daerah yang lain. Ya aku tau peluang ku untuk mengenali gadis ni hampir terkubur. Tapi aku tetap menaruh harapan kepada gadis ini.
Setelah 2 tahun bergelut dalam bidang pendidikan menengah atas di sebuah sekolah teknikal separa banduan ini, aku kembali ke daerah ku. Perasaan ku masih kuat untuk gadis istimewa ni. selama 2 tahun aku menaruh harapan terhadap gadis ini dan harap tidak di ambil org. skarang aku ade masa yang cukup untuk memikat hati gadis
tersebut. Strategi aku susun, aku bertanya kenalan rapatnya, serba sedikit sudah ku ketahui tentangnya.Yang paling menarik tarikh lahirnya sama dengan aku! hati ku berbunga bunga aku yakin gadis ini adalah untuk
aku.
Aku tau gadis ni untuk aku, cuma adakah keluargaku menerimanya? begitu banyak halangan dalam perhubungan ini. Aku tetap ingin kan dia. satu hari aku luahkan perasaan ku kepada kawan sekolah ku. segala tentang gadis ni aku ceritakan kepadanya, delima yang aku hadapi dan segalanya. kawan ku hanya berkata: "Ko ni apsal shafik dah gile ke" aku kata "tidak! ini cinta namanya". kawan aku sambung "parah dah ko ni shafik, gadis ni bukan untuk ko tak masuk akal dia hebat, ko tak hebat, ko tak setanding dengan dia.
Aku berkata: "tidak! napa ko dengki napa ko nak rosakan hajat aku yang mulia ni, aku harap ko sokong aku bukan keji aku!". hati ku panas, sedih pun ada. kawanku sambung berkata, "aku bukan nak keji ko shafik bukan nak halang percintaan ko, tapi ko tak boleh menjalinkan hubungan dengan dia, dia lain dia berbeza dengan kite" begitu kuat kawan aku menghalang percintaan ku. Aku berkata "aku tak kire aku nak juga!".
Kawan ku dah naik marah, ni soal hati jangan halang org yang sedang bercinta, kata hati ku. kawanku tidak tahan lagi lalu berkata. "nape la ko ni shafik jessica alba tu mat saleh, pelakon hebat, ko tu dah la tak berharta baru abis belajar menengah tinggi, jangan harap cik jessica nak kat ko". Akibat dari perbualan berikut, dekat seminggu aku tak bertegur sapa dengan kawan aku tu. Selepas seminggu aku sedari ade logik jugak percakapan kawan ku itu, skang aku dah insaf cik jessica pun skang dah ade anak satu, tu la cintaku yang tak kesampaian, sekian.
buat masa ni belum ada internet di rumah dan ni pun curi-curi pos di ofis nanti dila buat entri promosi esok pos
Entri dila rasa paling kelakar:
The unsung hero
Ibu ada lima orang anak dara.
.
"Berundur! Berundur!" Kadet 1.
"Celaka apa pasal kasi aku kerja ni?" Kadet 2. "Pondan!" sambung Kadet 2.
"Kau kakak aku. Apa-apa pun kau mesti berkorban dulu!" Kadet 1.
"Celaka haram jadah! Ni bukan kerja kau ke?" Kadet 2.
Kedengaran bom musuh di merata-rata.
Creng! Pom! Pom! Creng! Pom! POM!
"Babi. Sakit lah babi!" Kadet 2.
"HAHA. Padan muka. Rasakan!" Kadet 1.
"Panggil Leftenan! Mana dia? Apa pasal dia biarkan kita berdua aja lawan musuh durjana ni?!" Kadet 2.
"Dah panggil tadi. Dia kata arnab dia nak bersalin." Kadet 1.
'Fuck. Mampus aku macam ni.' Kadet 2. Dalam hati.
"Kau buat lah. Ni kerja kau!" Kadet 2.
"Aku nak pergi mandi lah!" Kadet 1.
"Dan-dan lah kau. Celaka. Celaka." Pom! "Babi sakit sial." Kadet 2.
.
Ibu ada lima orang anak dara.
Seorang pun tak lepas part goreng ayam.
aku simpan softcopy je bleh.hehe
KISAH MALAM JUMAAT
Sejak aku mula duduk rumah, sepanjang cuti semester kali ini, semakin hebat aku pergi ke masjid pada waktu Maghrib dan Isya'. Perangai liar aku boleh dikawal. Semacam disumbatkan jiwa aku ke dalam rehab.
Malam Jumaat yang lalu, macam biasa. Macam yang di masjid-masjid yang lain adakan, acara membaca yasin mengambil tempat selepas selesai semuanya solat sunat ba'da maghrib.
Lepas itu, kaki aku mula rasa sengal-sengal. Pedih. Macam kena semut-semut. Aku ambil keputusan untuk ambil ubat dalam kereta.
Suasana luar masjid agak suram dan gelap, hanya dilimpahi lampu neon dari dalam masjid sahaja. Selangkah aku keluar, dapat aku rasakan ada sepasang mata yang memerhatikan aku. Aku jadi gerun.
"Mungkin perasaan aku je kot" Kata hati menyedapkan perasaan.
Aku menuju ke kereta yang aku parkir di tempat biasa aku parkir. Aku menjolokkan kunci ke lubangnya. Remote kereta ini sudah lama rosak. Nak tak nak, aku guna cara manual.
Aduh.. Aku jadi panik. Kereta ni buat hal lagi barangkali. Baru minggu lepas enjinnya buat hal. Kini pintu pula nak buat mogok. Aku cuba 2,3 kali.
Sah, pintu kereta rosak!
Sedang aku mula menyusun ayat berdalih yang aku perlu hujah pada ayah aku nanti, aku mundar mandir aku di tepi kereta. Keringat sudah mula berjujuran. Tiba-tiba, aku perhatikan rim kereta.
"Eh, bila masa pulak rim kereta aku ni jadi buruk?" Aku mula berfikir, hairan.
Tiba-tiba bunyi tingkap kereta diturunkan dengan janaan automatik. Terpacul satu kepala!
"Adik salah kereta kot. Ni kereta akak ni." Kata akak tudung kuning, dengan muka tahan gelak.
"Er... sori ye kak" ujar aku dengan muka yang amat malu.
Sial, walaupun tingkap kereta sudah ditutup, aku masih boleh dengar kekekan gelak tawa akak tadi. Tak henti-henti sampai la azan berkumandang.
Hilang rasa sakit kaki, timbul pula sakit hati.
www.fikrikacak.blogspot.com
hmm. ok la. nak cuba jugak. tapi tok kena buka link ni la.
entri bertemakan gambar.
http://azwanbakhtiar.blogspot.com/2009/05/baju-baru-manchester-united.html
hehe.
Test Masuk lah. Mane tahu buleh hadiah tu. =D
"Pawah!!" jerit Sordi memanggil namaku. Ya. Pawah namaku yang didialekkan dialek Terangganu belah Kuala Berang. Kalau belah Besut, mungkin Pawe. Sungguh Tak Beh.
Aku terkejut. Dengan pantas, aku meng"alt+tab" solitaire dan membuka Word. Bimbang beliau datang bersama bos. Kantoi aku bermain solitaire waktu pejabat. Tetapi tidak, Sordi datang seorang.
"Yes Dee, May I can help you?" Aku cuba berbahasa inggeris dengan Sordi. Ternyata grammar aku salah. Tapi sekurang-kurangnya aku mencuba. Aku memberi 3 markah terhadap diri sendiri.
"Ho, tadi mung gune teh peng aku ork?" tanya Sordi.
"Mana ada aku guna teh beng. Aku minum teh beng ada la."
"Bukan teh beng air la. Teh peng. Yang hok putar skru tuh"
"Ooo..test pen. Cakap biar terang"
"Ho..mende-mende ah. Pah mane bende tu gi?"
"Aku dah letak atas meja ko tadi"
"Tak dok ah. Pah ngate aku cari. Ke mung susuk?"
Susuk? Nasib baik aku mempunyai darah orang terangganu. Maka aku faham makna susuk itu adalah sorokkan.
"Mana ada la. Tak dak masa aku nak main sorok-sorok barang orang ini. Baik aku main solitaire." respon aku dengan tenang.
Marah benar Sordi. Aku tahu. Itu test pen kesayangannya. Dibelikan oleh kekasih hati sempena Hari Jadi Dia baru-baru ini. Awek kasi. Mana tak sayang. Buleh putus kasih kot kalau hilang , getus hati aku.
"Argh. Dok Caye. Baik Mung Kabor Mane. Kang Aku Sumpoh Mung Jadi Katok!!!"
"Lak, pesal lak nak sumpah-sumpah ini. Okeh-okeh. Aku bagitahu"
"Kau pegi kat korner yang ada cermin tu. Aku letak kat situ" akur aku.
Maka Sordi dengan gegasnya pergi ke arah korner itu. Tiba-tiba..
"Camne leh aku dok sedo selit ka telinge aku neh??" jerit Sordi setelah bertemu imejnya di cermin.
"..."
Sejak hari itu, poster kehilangan Sordi lebih hangat dari poster kehilangan Sharleene.
http://darkk-avakadabra.blogspot.com/2009/01/misteri-test-pen.html
http://darkk-avakadabra.blogspot.com/2009/05/salam-dari-neraka.html
entri promosi contest anda. :D
Tak salah mencuba rasanya...
Gua dan Alien
200x, December 21st, Kuantan
Jam 2340.
Gua dan Sarip.
Cuma kami berdua.
Orang lain hilang entah ke mana.
Puas gua cari di rumah mereka.
Jangan kata mereka, ibu bapa, adik-beradik, kenderaan malah rumah mereka sendiri pun gua tak jumpa.
Alamat yang mereka bagi hilang.
Gua rasa tadi ada dalam poket?
Gua lupakan hal itu.
Jam 2345.
5 minit berlalu.
Nampaknya memang dah confirm budak-budak lain tak mahu ikut.
Gua dan Sarip tak mahu buang masa.
Terbukti cuma kami saja yang tiada perasaan takut pada malam itu.
Kami mulakan perjalanan.
Jalan raya agak hening.
Cuma sesekali berlalu bas ekspres Kuala Lumpur-Kuantan.
Peristiwa Sarip terpegang tangan gua ketika berlalu di kawasan perkuburan depan Hospital gua rahsiakan.
Jam 0001.
Kami sampai di tempat kejadian.
Gua yang tadi berani tiba-tiba rasa seram sejuk pula - nak tegur awek di sebelah.
Biasa gentleman.
Pelik?
Gua kerling jam tangan gua.
Mamat India yang lalu di sebelah gua perasan.
Lu apa hal?
Gua langsung tak perkauman.
Jam 0020.
Gua rasa nak mengamuk.
Sarip rasa sirap yang dia beli tadi.
Manis katanya.
Gua pow sikit.
Gua kembali nak mengamuk.
''Lu kata tiket pukul 12.30 a.m. baru mula jual? Macam mana gua nak dapat seat tengah-tengah sekarang?''
Gua layan Alien malam itu dengan sebelah mata tertutup.
Sarip layan Alien malam itu dengan sebelah mata lebam.
Assalamualaikum,
aku baru je menceburi dunia blog ni. kalau tak menang pon takpe, janji dapat kongsi cerita dengan kawan-kawan yang lain.
SEKALIPUN HATI IMRAN TELAH DILUKAI
"choy! terguris hati mak ni nox!" kata Rosey (Rosli) selepas mendapat tahu yang dia tak boleh mengandung sebab dia bukan perempuan semasa di kafe.
Imran yang duduk di meja sebelah, tidak mempedulikan dia. Muka pak guard yang pakai tudung lagi cun kalau nak dibandingkan dengan si Rosey(Rosli)ni. Datang bandar, terus "Culture Shock". Kesian mak bapak dia yang jadi posmen dan suri rumah di Batu Pahat.
Imran sayu. Tak tahu kemana harus pergi, kepada siapa dia harus mengadu bomba. Apetah lagi mengaduh sakitnya. Nak diluah mati bapak, nak ditelan mati mak, nak dikemam mati abang, nak digigit mati kakak, nak diisap mati adik, nak dikunyah mati makcik sedara, nak diludah mati pakcik sedara. Memang carik nahas kalau meludah kat muka pak cik sedara, apetah lagi pakcik Seman peminat wrestling di sebuah kedai kopi di Kuala Pilah.
Apekajadah yang sedang dipikir kan Imran, dia sendiri pun tak tahu. Apetah lagi harga pasaran tikar sejadah pada masa kini.
Di depan meja Imran ada 3 orang budak perempuan sedang rancak bergossip.
Imran menghela nafas panjang sebanyak 8 ela.
gedebuk..keceper..bedebab.. ketiga-tiga budak perempuan tadi tumbang, terjelepuk dari kerusi mereka. Mulut mereka terkeluar buih-buih putih macam washing machine pulak tengah basuh baju gamaknya. Rosey juga tidak terkecuali, terbaring atas lantai. terkeluar semua tisu-tisu.
Mana taknya.. kalau dah sebulan tak gosok gigi, makan pulak tempoyak goreng budu dengan Petai jeruk 5 hari sekali memang boleh membawa padah dengan hembusan nafas berbau maut yang keluar dari trakea dan seterusnya mulut Imran.
"whatever" kata Imran sambil menunjuk kan lambang tangan (talk to the hand) kepada keempat-emat mangsa nafas berbau dihadapannya itu tadi.
Macam mana boleh jadi macam ni!
Imran menarik narik rambutnya yang kusut masai yang dicuci dengan perapian aloe vera 3 hari lepas itu.
"Arghhh!!!!!!" jerit Imran. Bergema satu kafe itu. Semua orang memandang Imran yang sedang memegang Mikrofon lengkap dengan 8 Amplifier itu.
"Nate hippopotemeh!" jerit Imran lagi.
"Nate hippopotemeh takde dik, Nata Di Coco ade la" bilang abang kafe yang sedang mencatatkan ape yang nak diorder Imran.
"Air mata Imran mengalir dengan lajunya macam air terjun Ulu Bendul. Memang tak dapat nak disorokkan lagi dah kesedihannya".
Tiba-tiba aku datang, sambil memakai baju berwarna merah kuning.
'sek kito jange pecoh, cubo lagi deh.." ghoyak aku dengan halus sambil mengusap-ngusap belakang Imran.
Itu lah padahnya kalau datang stadium Shah Alam tak support Selangor.
Kan dah kalah 3-0.
Kepada orang-orang Kelantan termasuk pelakon-pelakon cerita Budak Kelantan. Aku tumpang simpati beb.
pukul 6.45 pagi, Husni dah mula menggelabah.
PENGALAMAN HUSNI PERGI SEKOLAH
'mati aku...dah lambat sangat ni" kata Husni, walaupun baru darjah 2 tapi dia sudah ingat mati. bagus.
Sepantas Caldina, Husni mencapai towel dan berlari menerjah bilik air. Dia mandi ala kadar hari tu, kalau dah memang situasi genting seperti "ala kassim, mak mintak maaf kassim" memang dah terlalu lambat kalau nak menyesal.
siapa suruh layan Smart Shop sampai pukul 2 pagi. Setakat Sepit rambut Kayla Beverly Hills dan Nasha Aziz mempromosikan "Ab Flex' itu pon Husni sanggup tidur lambat. Zaman itu, itu aja yang paling best nak layan, astro , mega tv semuanya tak ada lagi. kalau ada boleh lah layan Uefa Champion League ka, Tom tom bak dan Vaan.
6.46 pagi (amacam? cepat tak dia mandi?) Husni tgh pakai baju dan sempat sarung beg sekolah, stokin dah pakai, seluar je belum, kelakar jugak rupa dia masa tu. Punyalah kelam kabut Husni pagi tu.
"pin, pin!!" bunyi van achik, van sekolah yang Husni naiki dah menunggu kat depan rumah, sarat dengan budak-budak yang tengah termenung memikirkan kenyataan mereka kena pergi sekolah pagi-pagi dan tiap-tiap hari.
"sekejap, sekejap!!" jerit Husni dengan harapan Achik van tu memahami keadaannya yang mendesak itu. Bajet macam dengar je Achik Van tu. Situasi macam ni pagi-pagi memang pantang untuk Achik Van tu, leceh dan membuang masa.
"pin!!! pin!!!" kali ini, bunyi honnya lagi garang dari tadi.
Husni make sure dia pakai seluar. Dah kelakar sangat kalau berlari masuk dalam van dengan semua lengkap kecuali seluar sekolah. Husni lompat nak menuruni tingkat dua rumahnya melalui tangga , tak sempat dia nak menjejak kesemua anak tangga, dah macam cerita kung fu Hong Kong berlawan atas pokok gayanya.
Tak sempat nak breakfast sebab Achik Van dah mula me rem rem vannya. Dah peringkat tak boleh berkompromi lagi dah ni. Di honnya buat kali terakhir barang kali. "PIN!!! PIN!!!"
Mak Husni pon satu hal, ntah apa pasal tiba-tiba boleh pulak dia masak Spaghetti Carbonara dengan Roasted Turkey pagi tu. Husni hanya sempat mengambil bau yang enak dari masakan ibunya pagi tu. Sambil air mata menitis menjatuhi pipi, Husni seraya berkata "i love you ayam belanda" tanpa dia menoleh kebelakang lagi.
Dia pantas memakai kasut, dan berlari masuk ke dalam van sambil nafasnya tercungap-cungap. Lega... yang penting Husni tidak ketinggalan van hari itu. kalau tertinggal boleh jadi nahas buat Husni sebab bapak dia memang tak into dengar cerita anak tak pegi sekolah.Bapak Husni garang.Mampus Husni kalau bapak dia ajak sparring. Bapak dia dulu masuk tekwando, sekarang pakai tali pinggang Alien Workshop. Agak-agak kau siapa menang kalau lelaki berumur 38 tahun ajak budak umur 8 tahun berlawan?
Dalam van, Husni rasa something wrong dengan kaki dia. Rasa pelik sangat, rasa tak selesa di bahagian depan kakinya.Dia kemudian tersedar, apa yang tak kena pada kaki kirinya..
"damn you Smart Shop!!" jerit Husni.
Hari itu Husni sangat pasif dalam kelas dan rehat pon sorang-sorang. Selain daripada berasa pelik, boleh jadi malu besar kalau orang tau hari itu Husni pakai kasut dua-dua belah kanan.
^Pertandingan macam ni memang rasa nak masuk. Tambah-tambah bila hadiah kereta kan Tok?. Ah, poskad rare pon mahal macam kereta jugak^
Ahmad S Siri #4
Aku dan Mohd T punyai basikal. Dalam minggu terawal kami masuk, Pak Mus bagi satu basikal racing made in Taiwan untuk aku, atas permintaan mak. Mohd T pula import basikal dari kampung. Jadi kami antara yang terawal mempunyai pengangkutan sendiri dalam kampus. Tak la menapak je pegi kuliah.
Masa kami mula-mula masuk kuliah, kampus sedang bercuti 3 bulan. Maka dalam kampus tuh, kumpulan yang dipanggil ekspres ni je la yang ada memeriahkan seluruh kampus. Tak la ramai mana, dekat 300 orang je. Dalam kampus tak banyak aktiviti yang boleh dibuat, makan pon ada la dua tiga kafe je yang buka.
Untuk meneruskan kelangsungan hidup, Ahmad S telah mencadangkan satu aktiviti yang menarik pada satu hujung minggu. Dah lepas zohor dekat-dekat nak masuk asar dah masa ni.
Jom naik basikal menjelajah Taman Universiti!
Idea terbaik. Sebelum ni, kami hanya pusing-pusing kampus, naik balai cerap, serta melawat kolej-kolej lain. Tak pernah lagi lalu pak guard dan keluar dari kampus. Pernah la keluar, tapi jalan kaki atau naik bas. Belum lagi keluar berkenderaan sendiri.
Aku setuju, Ahmad S pinjam basikal Mohd T, aku pakai basikal laju aku. Kami berkayuh menuju Taman U. Pak gad kami hai je, takpe, kad matrik dah standby dalam poket kalau kene tahan.
Sebelum masuk ke Taman Universiti, Ahmad S lajak ke Desa Skudai. Entah apa bala dia cari, aku tak tahu. Dari sana kami patah balik semula ke Taman U. Jalan yang agak berbukit dan berliku menyebabkan kami mula merasa penat. Peluh dah menitik. Kami berhenti depan 7-E. Dahaga. Memang penghilang dahaga kalau beli air soya kotak besar, pastu minum guna straw, kongsi berdua. Ahmad S setuju, kami kongsi sorang seringgit buat beli air. Memang hilang dahaga. Tiba-tiba Ahmad S keluar idea baru.
Jom makan KFC!
Lagi terbaik idea ini. Sejak masuk kampus, kami memang asyik menatap nasi serta ayam goreng campur sayur, buh kuah sikit untuk hidangan tengahari dan petang. Tak pernah lagi merasa hidangan ala barat serta makanan pantas macam KFC ni. Mana ada kat kampus! Aku belek duit dalam wallet, cukup. Jom, aku setuju. Kami habiskan air soya dan bergerak ke KFC. Sama nerai je dedua kedai ni kat Taman U.
Tengah beratur, kami pun berkira-kira, nak ambik Dinner plate ke Snack plate. Dinner plate macam mahal sangat, tapi ayam ada 3 ketul, kenyang sikit. Ah, Snack plate je la, murah sikit. Ahmad S setuju.
Macam biasa, Ahmad S yang jadi jurucakap bagi pihak aku, aku tolong angguk je.
"Makan sini ke take away encik?" Gadis pelayan bertanya.
"Makan sini, aaa Snack plate dua ye, hot & spicy" Ahmad S memesan.
"Ok, encik nak tambah apa-apa lagi, air? Gadis pelayan bertanya lagi.
"Air tak payah, saya baru je minum tadi" Ahmad S menjawab pantas.
Gadis pelayan mengerut kening, aku terkejut dengan jawapan itu. Hampir tergelak kecil.
"Tak nak tambah air encik?" Gadis pelayan bertanya untuk kepastian.
"Haah, tak nak, itu je" Ahmad S menjawab.
Gadis pelayan kira, siapkan order. Kami bayar, ambik makanan, naik tingkat atas.
"Kot ye pon, tak yah la cakap baru je minum. Memalukan je. Dah la depan gadis." Aku cakap sambil naik tangga.
"Lah, kan memang kita baru je minum air soya tadi, betul la" Ahmad S jawab.
Nak kata apa lagi, Ahmad S memang jujur.
Kisah Tamrin 1
Jam quartz menunjukkan hampir pukul 1 pagi. setelah menoreh 3 ekar kebon pokok getah, Tamrin sempat juga menoreh "Tamrin wuz ere" di pokok yang penghabisan. pergh! memang champion budak ni. ini semua kerja rutin Tamrin. memang dia seorang pemuda yang rajin. tiap2 hari mesti nak menoreh. kalau kebon dia habis menoreh, Tamrin juga ade buat servis menoreh kebon orang laen. F.O.C pulak lagi tu.
kerja menoreh dan Tamrin kira dah sebati dah. satu kampong tahu, si Tamrin ini gila menoreh. sampaikan orang kampung tidak menggunakan lagi perkataan menoreh, dah "menamrin" dah sekarang ini. bersempena dengan kegiatan dan kegemaran Tamran.
kalau pagi itu hujan, memang bencana buruk pada orang kampung. Habis segala harta bende di toreh oleh Tamrin. kereta, balai raya, muka ketua kampung, rumah YB semua bercalar akibat torehan si Tamrin ini kerana tidak dapat melepaskan giannya untuk menoreh.
Tamrin seorang pemuda biasa, dia suka main bola. pemain kegemaran dia Fernando Tores kerana nama dia serupa dengan hobi Tamrin apabila ditukar kepada fernando Toreh. hebat juga si Tamrin ini bermain bola, bila bola sudah dikakinya, jangan harap lah pihak lawan nak masuk, memang terus bagi gol punye lah Tamrin ni. mana taknya, pisau menoreh pon masih digenggam erat oleh Tamrin ketika bermain bola. padah namanya, kalau masuk nak menghalang Tamrin melakukan jaringan gol.
Tamrin tidak habis sekolah, dia hanya sempat menghabiskan zaman persekolahannya pada darjah 4. Sebelum itu, Tamrin belom cukup kritikal dengan hobinya. dan pada ketika itu juga, pihak sekolah masih lagi mempunyai bajet untuk memindahkan pokok getah yang sudah dewasa di tepi kelas Tamrin. Tamrin boring asek menoreh pokok yang sama, itu pasal dia mengamok sampai habis perut pengetua Dolah di toreh.
Tamrin dulu pernah bercinta. punyelah havoc zaman die bercinta dulu. satu kampung tahu kisah cinta Tamrin dengan Noreha. Noreha ni pon bukannya cun sangat, tapi boleh laa nak bawak ke majlis ataupon fanfair. Tamrin suka budak perempuan ini pon bukan apa, selain daripada boleh memanggilnya Noreh, Noreha ni pulak anak kepada ketua segala kebon getah di daerah itu. memang seronok la si Tamrin ini dengan hobinya.
Noreha tau dia tak cun, jadi terpaksa lah dia jadi Girlfriend yang pura2 baek dan gedik. tiap-tiap hari dia ikut si Tamrin pergi menoreh dengan membawa mangkuk tingkat sebanyak 16 tingkat untuk membuktikan kisah cintanya yang teragung. dah berapa ramai pemuda yang Noreha cuba tackle tapi x dapat. akhirnya dapat juga si Tamrin ini.
Tamrin punya suka satu macam bila bercinta ni, susah nak digambarkan. pendek cerita, satu kampung pon terasa bahang percintaan Tamrin dan Noreha. Semua pokok, bukan setakat pokok getah, pokok, cengal, pokok ubi, pokok sawi pon ada tertulis.
"Tamrin Luv Noreha 4eva"
Status Tamrin pada mula tertulis "in relationship" die Friendster, kemudiannya bertukar kepada "it's complicated" apabila Noreha sengaja mengada2 tukar Profile name die kepada Noreh Jones. Akhir sekali, apa yang ditakuti oleh penduduk kampung selama ini telah terjadi. status Tamrin menjadi "single". Bunyi petir sabung menyabung, awan hitam gelap berkumpul, suasana gelap menyelubungi kampung itu. tandanya hari nak hujan.
"wholy shit, what happened?", Noreha kene grabbed dengan sapa? kata abang long Man dengan nada takut, Ketua gengster kampung itu. Muka dia tak hensem, sebab kene calar terok semasa dia berlakon jadi pokok semasa pementasan drama sekolah rendah pada suatu ketika dahulu.
Rupa-rupanya Noreha telah membuat pembedahan plastik, dia melakukan pembedahan kepada mukanya sampai menjadi Norah Jones. Noreha lari ke U.S, dan sengaja membuat chaos di sana apabila dia claim yang dialah Norah Jones yang sebenar. wtf?
Penduduk kampung mengambil keputusan untuk berpindah keluar dari kampung itu. Gali kubur sendiri maknanya kalau terus tinggal di sana.
Selepas clash, Tamrin join tabligh. Sekarang dia ada di India.
Penduduk Kampung yang panic tadi, berpindah semula ke kampung Halaman. Lega hati mereka, sambil belegar-legar di ruang tamu rumah sendiri mengupah tukang urut untuk mengurut dada dan menarik nafas lega.
sunyi pulak laa bila Tamrin tak ada. dah la sunyi, mereka pulak terpaksa pergi ke kebon pada tiap2 pagi untuk menoreh getah. selama ini, bila Tamrin ada, boleh laa orang kampung rilex siket.
apa yang akan terjadi kepada penduduk kampung jika Tamrin pulang dr India? adakah dia sudah insaf? adakah die beli pisau toreh yg lgi mahal dan berkuasa elektrik? adakah dia akan skip balek Malaysia dan terus ke U.S dan mencari Noreha Jones?
adakah perlu cerita ini disambung?
berikan pendapat anda....
Mat rempit mengorat
Kawan aku cerita dia fedap dengan mat rempit selalu kacau-kacau dia masa dia tunggang motor terutama sekali waktu lampu isyarat merah. Pakai helmet, rambut panjang berjuraian. Badan ala-ala slim gitu. Mat rempit kat belakang.
Aku kata kat dia, potong rambut.
Tapi dia degil. Tak nak potong. Nak save duit.
Padan muka kena ngorat dengan mat rempit.
Tapi bila mat rempit tu lalu sebelah, terus pecut sebab gerun tengok muka kawan aku ada misai dengan janggut.
Ulat bulu
Ulat bulu hijau melekat kat cermin kereta.
Bila kereta bergerak, dia berhenti.
Bila kereta berhenti, dia bergerak.
Pin!!!!!!! Abah tekan hon.
Ayat, adik aku yang bongsu terperanjat dengan ekspresi muka pelik.
Aku : Kau ingat abah hon ulat bulu ke? Abah hon kereta depan lah!
Pintu bilik automatik
Kunci bilik dan kunci kereta aku sekalikan supaya mudah untuk dibawa kemana-mana dan tak tercicir.
Tet tet! Bunyi kereta. Setiap kali tekan, seperti ada satu perasaan best dalam hati. Haha, maklumlah orang baru pakai kereta. Jakun sikit.
Naik atas balik bilik. Jalan penuh rasa bangga. Pintu bilik dari jauh dah nampak dan secara automatiknya, jari aku picit kunci kereta.
Hmm, pelik. Tak ada bunyi kedengaran.
Ouh, lupa. Ni bukan pintu kereta. Ni pintu bilik rupanya.
Kentut - bau vs bunyi
Masa di Pilah tempoh hari, grup accessibility tumpang kereta Din untuk buat observation keliling Pilah. Kat belakang kereta ni ada satu benda pelik. Tiba-tiba, benda ni berbunyik. Teeeetttt!
Aku pelik. Aku tanya Din apa benda tu. Dia kata, benda tu akan berbunyik kalau kereta berbau busuk. Aku pandang kanan, aku pandang kiri. Lepas tu aku bersuara,
"Haa, sape kentut? Baik tekan balik benda tu kasik diam"
p/s - Benda asing tu adalah air freshner yang akan berbunyik setiap kali bau busuk dikesan. Untuk menghentikan jeritan air freshner ni, kene tekan punat di tengah-tengah. Dulu kat kereta lama abah ada benda ni.
http://profanitikarut.blogspot.com/2009/05/poskad-dari-neraka-kurang-pedas-satu.html
BAGAIMANA KAMI DAHULU MAHU MEMBANTERAS GEJALA ROKOK
Zaman aku darjah, specifically darjah dua, kecenderungan aku untuk berasa rimas bila belajar hal agama telah terserlah. Aku sekolah agama pagi yang kain purple, orang panggil Tahfiz.
Tapi ini bukan tahfiz as in tahfiz mahu jadi orang soleh dan dihantar ke Mesir. Jangan salah anggap. Aku pandang tinggi orang alim sebenarnya. Terutamanya yang ikhlas berdakwah. Nanti kalau kau lihat aku, dengan ketaatan aku yang entah apa-apa, lepas tu aku kata aku belajar tahfiz, aku sudah burukkan nama tahfiz.
Bukan begitu tau, bukan tahfiz yang itu, ok, faham? Faham, good!
Jadi aku pun ponteng. Mak akan hantar aku ke taman asuhan bersifat keagamaan yang kami panggil taski Saidatina Zainab tempat aku lepak-lepak , letak barang, makan nasi bila sudah pulang dari tahfiz sementara ke sekolah harian.
Depan taski, ada rumah awek cun. Kakak senior aku. Dia darjah empat. Nama dia Aiza. Suka naik basikal ke hulu-ke hilir entah apa pasal dan banyak buku Doraemon. Aku sneak dekat rumah dia. Kemudian kami sama-sama jalan-jalan dan ke tangga syaitan..
Tangga syaitan.
Kalau kau sudah lama menetap di Bangi, macam aku, kau tahu dekat mana tangga syaitan. Tangga syaitan yang menghadap ke kedai kami panggil kedai bawah, adalah port budak merokok. Tangga syaitan satu lagi yang letaknya di flat adalah port maksiat.
Aku dan Aiza suka berangan-angan tentang masa depan, tentang keseronokan kalau Doraemon betul-betul wujud, bersembang tentang cikgu PJK yang bontot goyang-goyang bila tulis dekat papan hitam, tentang abang-abang sekolah menengah yang bila berjalan dalam kumpulan nampak macam perogol.
Kami sudah round di semua kawasan, ulang-alik antara kedua-dua tangga syaitan sampai sudah hafal kelakuan orang yang menggunakan tangga itu. Pukul berapa ada makcik lalu nak pergi pasar, atau aci baru balik kerja rumah orang dan abang-sekolah-menengah-muka-perogol melepak.
Abang-abang itu akan menghisap rokok. Kau akan tahu bila banyak pembalut chewing gum hijau nama apa ntah yang murah sikit dari Wrigleys ada sepah-sepah, mereka baru lepas berasap lah tu.
Satu hari, kami mempunyai satu kesedaran. Kami rasa perokok adalah perosak masyarakat, kami rasa ia perlu dibanteras, maka kami mula membuat intipan dengan lebih teliti. Kami mula buat catitan tentang aktiviti mereka. Hehehe...
Cukup maklumat, kami nekad kerana berasakan walaupun sebagai kanak-kanak, kami ada tanggung jawab kepada orang lain.
Kami telefon polis. Mak Aiza ada tulis nombor polis dekat telefon. Aiza, yang darjah empat macam haram tak berani nak cakap. Tapi aku jenis berani...
“Hello, ini balai polis Bandar Baru Bangi ke?”..
“Ya, balai polis Bandar Baru Bangi”..
“Encik, kami nak buat satu laporan”..
“Tentang apa?”..
“Kami nampak orang merokok, pelajar sekolah menengah encik, belum 18 tahun lagi encik”
“Oh, di mana?”..
“Tangga tinggi depan Sekolah Rendah Jalan Dua encik”..
“Ada berapa ramai?”..
“Dalam lima orang encik”..
Lepas tu, aku tidak ingat apa lagi polis tanya, tapi dia memberi perhatian penuh, dan hati aku berbunga-bunga, sampai aku dapat satu keberanian di luar jangkaan. Memang aku dah lama mimpikan saat ini...
“Ok, adik ada apa-apa lagi?”
“Ada encik.”..
“Apa dia?”..
“Encik, boleh tak saya, (aku sebut nama penuh aku siap dengan binti) dan kawan saya, (aku sebut nama penuh Aiza siap dengan binti) jadi penyiasat remaja?”..
“OH, BOLEH!”
“Kami ada dua orang sahaja encik nanti kami cari lagi tiga orang baru cukup lima”..
“Ok, nanti dah cukup lima jangan lupa telefon sini balik ya”..
“Terima kasih encik”..
Hari itu aku ke sekolah dan menulis surat rahsia kepada kawan-kawan berpotensi untuk mengajak sama-sama jadi penyiasat remaja.
Kami belum lebih 10 tahun
Sepak bola orgasm dan anti climax.
Aku pernah belajar untuk faham perasaan coitus excitement, tapi itu lain dan langsung tidak masuk akal untuk diguna pakai dalam sepak bola.
Dan kalau ada vocabulary yang sesuai untuk menggambarkan orgasm menonton siaran langsung bola sepak pasukan kegemaran, tolong ajar aku.
Sebab, aku ingin tahu.
Orang tua berpengalaman memang sukar diramal. Banyak kejutan. Romantik ranum.
Minit ke-9 Essien membuka jaringan. Aku mula melayang layang. Melayang layang untuk 90 minit masa perlawanan tanpa kenal tanah. Dalam tempoh itu; setiap langkah amat berhati hati. Barisan pertahanan kokoh. Barisan tengah kemas. Sayang hantaran untuk Drogba banyak jadi hampas.
Aku masih terbang dengan perasaan yang tiada nama.
Masih.
Sehingga Inesta membalas jaringan.
Owh, ajarkan aku apa pula nama perasaan anti climax dalam bola sepak!
Ps/ Tiba tiba sampai mesej; tu la, lain kali ingat Tuhan banyak banyak!
uiksss. tak penah la plak ade entri kelako. tapi kalu baru nak wat tuh mesti kena pikiq dlu.
*erkk
http://iydajuhar.blogspot.com/2009/05/ini-blog-kongsi.html
ya. i dont but i've been told dat masrimau mau kasi poskad antik yang udah jadi khazanah kepada 10 umat yang disayang-sayang saja. makanya aku mulakan entrinya gini aja. mau turut serta deh. harap aku jua antara mereka yang disayang-sayang. dak gitu masrimau ya?? auwww!!
Poskad berikut telah dibeli oleh masrimau ketika usia baru 7tahun. amat muda deh. jadinya,adalah teramat mau sangat milikinya. tambah juga aku ini amat suka barangan yang terhad edisinya.
owh. pesan masrimau lagi,antara 10 yang bakal dikasi poskad khazanah ini akan dihubungi secara rasia. owh,pasti itu adalah taktiknya mahu ngorat. huh!!
senang aja. semua bisa turut serta. caranya pon senang aja. ikutin dibawahnya:
1. Copy+Paste entri paling kelakar dari blog anda ke ruang komen entri ini.
2. Promosikan pertandingan ini di blog anda.
atau
http://iydajuhar.blogspot.com/2009/05/poskad-chenta-dari-masrimau.html
gua ditugaskan untuk menjaga adik gua..sekali lagi.
beginilah rutin seorang abang yang mithali..
ya..kalian tak perlu teruja..
abang seperti gua ni memang tak dapat kita temui selalu..
tiada di tepian pantai..
(bak kata RAIHAN)
adik aku : bang,tolong nurul siapkan soalan matematik ni ya..
aku : (dalam nada terpaksa yang tak terlalu obvious)bleh.meh tengok soalan dia..mana?
adik aku : LAPAN tambah DUA berapa jawapan dia?
aku : cuba kira..pelan2 pelan kira.LAPAN dalam OTAK.DUA kira dari TANGAN ya...
adik aku : LAPAN..LAPAN..hmmm..tambah DUA..SEMBILAN..SEPULUH..SEPULUH BANG..dah dapat dah..
SEPULUH...
adik aku memang GENIUS..cam ABANG DIA jugak..
10 minit kemudian..
adik aku : (dengan nada marah)ABANG JAHAT..ABANG TIPU..SAJE NAK MALUKAN ORANG..
buku yang tadi dia peluk masa datang jumpa aku,sekarang dihumban ke kerusi..APA SALAH AKU?
MUSHKIL...
aku : kenapa ni Nurul?apa yg abg tipu?
adik aku : ABANG JAHAT..TIPU NURUL..INGAT NURUL BODOH KE?NAK TENGOK NURUL KENA GELAK DGN KAWAN2 NURUL KAT KELAS NANTI KE?JAHAT..JAHAT..
aku : apa salah abang dah buat ni?
adik aku : ABANG TIPUUUUU....tadi kata LAPAN tambah DUA sama dgn SEPULUH..ABANG TIPUUUU!!!!!
aku : abang tak tipu..tu btol.
adik aku : SALAHLAH..ENAM CAMPUR EMPAT BARU SEPULUH..NURUL TGK KAT TV TADI..ENAM CAMPUR EMPAT BARU SEPULUH..YANG LAIN,BUKAN..
aku : memang ENAM CAMPUR EMPAT SEPULUH..jadi?
adik aku : TENGOKKKKK...abang tipu lagik.yang mana yang betul ni sebenarnya?
ENAM CAMPUR DUA SAMA DENGAN SEPULUH KE?
ATAU LAPAN CAMPUR DUA SAMA DENGAN SEPULUH?????
nota kaki : gua masih lagi anggap adik gua tu GENIUS..macam ABANGNYA..
Dijual oleh saudagar gaRAM.. pada 10:24:00 PM
Semasa gua belajar di UiTM dulu,pernah terjadi satu insiden kat dining tempat gua makan tu.Gua makan bersama 4 orang kawan gua yang selalu makan dengan gua.
Kami selalu makan beramai ramai..dan ada je insiden berlaku masa gua makan dengan mamat mamat ni..dan aktiviti gua masa makan,selain makan,gua cuba tengok awek2 cun yang makan kat dining tempat gua makan tu
MAT Z : garam,cuba lu tengok minah pakai baju IJAU tu beb..cun habaq hang.cun gila gua rasa cam nak jadikan awek gua plak..
GUA : mana beb?cun sangat ke?
MAT Z : tu hah..yang pakai baju ijau tu beb.cun gila habaq hang..
Gua cuba mencarik awek cun seperti yang dikatakan oleh member gua mat z tu..
gua carik..
gua carik..
ntah apa luck gua hari tu,tak nampak plak..mana plak minah cun ni?pandai plak dia nak sembunyi dari pandangan gua..
GUA : mana beb?gua tak nampak sorang pun awek cun ni?
MAT Z : hang gila apa tak nampak?tu hah..punyalah cun awek tu beb..pakai baju IJAU..hang tengoklah bebetul,beb..
GUA : mana beb?SUMPAH TAK NAMPAK..mana ada beb?
MAT Z : hang gila ka?hang tengok kat kaunter,pakai baju IJAU..tengah kat kaunter nak tunggu turn bayar tu hah beb..
GUA : gua dah tengok dah dari tadi beb.tak jumpa..mana?
gua carik lagi,tak jumpa..tapi sorang awek tu memukau pandangan gua..baju OREN,tudung ITAM, suar ITAM..
sikit punya CUN..gila ar wak cakap lu...
CUN BEB..
nak gua ngorat,confirm dia REJECT punya beb..
MAT Z : hang ni buta ka??tu hah..pakai baju IJAU,tudung ITAM,suar ITAM..hang biar betul tak nampak ni?hang dah rabun ka??
GUA : gua tak nampak..ehhh,jap..gua tak dengar,cuba lu ulang balik semua kriteria dia beb.
MAT Z : hang ni dahlah BUTA,PEKAK plak lagi..adoiiii..tu hah,baju IJAU,tudung ITAM,suar ITAM..tengah dok kat kaunter..haaaa...tengah nak bayar tu..
GUA : haaaa...kang lu yang gua lempang ni kang...mana ada IJAU,tu OREN ar beb..
jap..gua lupa nak bgtau..
MAT Z RABUN WARNA..
dia kata
ALAAAA....IJAU ATAU OREN,APA ADA BEZANYA BEB..
gelak sakan kami satu meja.
tetiba sampai sorang kawan gua..BAHARUM.dia pakai baju IJAU..
GUA : wei mat BAHARUM,MAT Z kata lu cun..dia nak lu jadi AWEK DIA..amacam?lu sudi?
sekali lagi gua dengan kawan kawan gelak..
penah sekali kawan gua dok cakap kat gua..
KAWAN GUA : beb,gua suka ar layan blog lu..tiap hari gua datang masuk..mau tengok kot kot ada post entri baru..
GUA : (sambil senyum bangga)takdelah tiap ari,gua bukan blogga tegar..
KAWAN GUA : serius beb..lu patut buat satu entri sehari..baru shiok dolll...GUA SUKA BLOG LU!!!
GUA : lu suka blog gua?waaaa....samalah beb..
KAWAN GUA : sama?sejakbila gua ada blog?
GUA : tak..maksud gua,gua sama macam lu..GUA PON SUKA BLOG GUA..
ps : gua cintakan diri gua..lu?
amek..skali 3 gua bagi..
kalo nak lagi,datang lawat gua..
hahahahaa...promote diri sendiri juga..
Saya pun nak join gak tok... Bagi link je la...
http://wanbinlin.blogspot.com/2008/08/43-topoh.html
Kira reserve je la postcard tu satu untuk saya... hahahaha....
..jual je poskad tu aku gerenti beli 10..
gua pun nak try jugak..
tajuk : macam setankan?
muka keras macam jalanraya..sembang lebat..pung-pang-pung-pang..samseng..belajar karate sampai tali pinggang hitam..pukul orang sana-sini..sampai pecah-pecah muka..lada jarum pakai gigit..bukak pintu pakai kaki..bawak motor kaki terkangkang..datang kerja tak pakai stoking, baju taruk keluar, lengan sinsing sampai siku..rambut panjang cecah bahu..lengan kanan ada bangle..kaki kiri pakai skru dan makan nasi guna straw..
tapi bila gua ajak keluar tengok bola MU VS Arsenal malam ni..
'sorry ah bro, bini aku tak kasi keluar malam'
entry ini juga boleh di capai di sini
http://mrblind.blogspot.com/2009/04/macam-setankan.html
Mak : Amri masuk kejap, mak nak pegi kedai.. jaga adik tido ni.
Amri : Amri tengah main ni..
Mak : Masukla kejap.. tolong jagakan adik ni.
Mak Keluar,,,mak pegi kedai jalan kaki.
Amri tengok ita, tengok husin..
Amri : Korang tunggu kejap ye.. kite nak jage adik kite.
.
.
.
.
.
Amri : Adik.. adik.... bangun.. mak suruh jage.
2005 gua keje kilang Knorr and Ladies Choice kat Rawang, ada satu brader gua panggil Abang Din, umur dalam 32 anak dua. Din mari sama gua dia sudah mengeluh. Kata abang ipar dia suruh die buat satu benda yang tabu.
Abang Ipar die suruh die beli "Topeng Suami Isteri", balik keje malam ni bawak.
Din cakap die segan, nanti apa orang kata kalau nampak. Gua cakap la kat Din apa nak segan, ramai orang beli skang. Pegi Seben EEi amik je kat depan kaunter tu, scan and masuk terus dalam poket. Tapi die tanye lagi, banyak jenis kan, tak tau nak amik yang mana satu.
Lain la aku orang muda, takde segan sangat kalau beli topeng tu. Kes nak mintak aku tolong la ni.
Mangrib tu on da way balik keje Gua singgah Seben Eii, Seben Eii tu paling sesak sekali sebab sebelah perhentian bas Rawang. Din bagi gua rm20, die amanahkan kat aku untuk belikan bagi membantu abang ipar die.
Aku masuk Seben Eii, budak Seben Eii tu senyum kat aku, pompuan, aiseh mesti die ingat aku liar nanti. Aku ambik je pac kecik yang ada 3 pieces dan ade duri duri sket tu. Mesti abang ipar die layan nanti.
Awek tu sambil amik duit die usha je muke aku. Mesti die ngumpat dalam ati. Arhhh lantakla, niat aku ikhlas nak Tolong Abang Ipar kepada Abang Din ni.
Nampak aku keluar, Din yang tunggunya jauh hujung blok sudah senyum.
"Amacam dapat?" die tanye aku.
Ek elah, benda ada jual mesti la dapat. Die je yang segan nak mampos.
Aku keluarkan dari poket dan secepat kilat die amik masuk dalam poket die.
Ceh, macam beli dadah la plak.
Sambil tu Abang Din cakap die nak makup dalam 5 ringgit kat Abang Ipar die nanti.
Kene ada untung sikit. Ceh aku yang beli die nak makup.
Aku ajak die lepak minum, tak boleh katanya... Abang Ipar die nak datang jap lagi amik barang tu....
Orait balik terus..
_____________________________________________________________________________________
Esok pukul 7 aku tengok Abang Din dah ready depan Mesin bancuh Tom Yam.
Senyum je tunggu aku masukkan bahan bahan yang nak diadun.
Aku datang dekat aku tanye
Aku : Amacam Topeng semalam? OK?
Din : Ok ape, tebal, sebu je...
Aku : Or tebal ye.....
Din : (terfikir)..... Eh mana aku tau, Abang Ipar aku la, mesti die main malam tadi, arhh lantak la die..Kompen die main tu....(muke merah)
Hehehehehe,, dan seperti diduga.. Abang Ipar Abang Din betul la,,,..
entri berbentuk imej. tak dapat di pos di sini. sila lawat http://amnahomar.fawari.com/2009/05/18/contest/ :)
macam best jek ni...
gua pun terasa nak cube sebab gua malas nak buat keje opis...
"saya memang seorang gadis yang licik-licik manja"
pagi semalam siap je gua setting tempat untuk bos meeting mata gua dah mula sayu dan layu. dalam hati gua mengutuk kutu yang telah mengganggu waktu tidur gua semalamnya. gua tunggu orang sampai. gua tunggu jepun masuk sebab gua nak cakap 'ohio gozaimas' pada dia. dulu gua penah simpan perasaan nak pegi jepun. sekarang pun. dulu gua memang minat layan otromen. otromen ace, otromen tiga, otromen taro..macam-macam la. watak paling gua minat ialah mother of ultra. tapi sekarang gua tengok otromen, macam bengap juga. dah tak seronok macam dulu. asik kalah dan terlalu banyak komplikasi semasa berlawan. cepat lemah dan gigi kuning. tidur malam pun sampai gua termimpi-mimpi otromen. gua jadi gadis yang diselamatkan otromen. masa dalam mimpi tu nama gua angelina jolie. tapi kenapa nama otromen tu ahmad husaini bin mastur pun gua tak pasti. keturunan jawa barangkali otromen tersebut.
ok. sebenarnya gua dah 'cong' bos gua. dalam pada bos gua meeting tu, gua cakap "bos..gua nak pegi pustakaan. gua ade hal nak ke sana. hal-hal yang berkaitan dengan research jugak.." kata gua dalam nada rokes. sampai je dekat pustakaan, gua senyum. orang pun tak ramai sangat. gua pilih port paling bucu. gua bukak buku kacip gua baca ala kadar tiba-tiba gua dah tak sedarkan diri. gua rasa gua dah tidur itu jam. sebenarnya gua memang dah ngantuk gila babi. bila dapat tidur peluk meja (gaya tidur zaman sekolah) pun gua puas hati.
tiba-tiba gua dikejutkan oleh nada pesanan ringkas hempon gua dari satu kutu yang tak glemer ni. perut hampir boroi, muka tak komersil. babas (jauh sangat dengan nama sebenar).
"weh..apa nama watak arnab dalam katun wonder pets?" gua memang hangin gila. ingat meset ajak makan tengahari. marah-marah juga, gua nyanyi sikit lagu wonderpets. kemudian balas "ming-ming."
notakakiberbulu: weh kawan..dalam wonderpet mana ada arnab belakon..buta hiburan betul.
APA YANG PENTING?? KERJASAMA!!!!!!
http://sekuqmeri.blogspot.com/
Gua nak cuba nasib jugak la. Untung2 dapat poskad. Tak dapat sudah. Kahkahkah..
Tajuk: Taktik meletakkan gambar-gambar menakutkan pada kotak rokok ni gua sudah dengar sejak dari tingkatan 2 lagi.
Siang tadi, dalam perjalanan gua ke taman permainan bersama Mus, gua singgah sekejap dekat Petronas, isi minyak. Iya la, takkan beli bawang pulak dekat Petronas.
Gua pergi kaunter, order minyak RM10. Mus pun pergi kaunter juga, nak beli rokok.
'Bagi Dunhill 14 sekotak bang', order Mus pada abang kaunter.
'Nak gambar apa? Gambar bayi? Gambar kaki? Gambar otak? Ke gambar paru-paru?', tanya abang kaunter sirius.
Puas Mus fikir, gambar apakah yang paling sesuai dengan beliau. Hampir seminit, akhirnya Mus membuat pilihan.
'Err...bagi saya surya la bang', jawab Mus tergagap-gagap.
Abang kaunter senyum sinis pada Mus. Gua cepat-cepat pergi isi minyak, kereta 18 bijik beratur belakang.
cakap2ayam: Semenjak dua menjak ini ramai perokok lebih cenderung membeli rokok secara beli batang berbanding beli kotak. Kalau nak beli kotak pun cari yang tak ada gambar-gambar menyeramkan. Nampaknya taktik kerajaan kali ini menjadi.
PERTANDINGAN SUDAH TAMAT. HARAP MAKLUM.
ala..baru nak hantaq.
ada lagi x poskad kartun camtu? ;)
Catat Ulasan