Rabu, Jun 17, 2009

BARING SAMA TINGGI


Kalau aku beli sekarang, aku boleh dapat diskaun. Begitulah tawaran yang dibuat oleh jurujual yang menjaga satu stesen jamah produk di Hypermarket Giant.

"Binamon nak Calciyum."
"Bukan sedap pun."
"Binamon nak tinggi."

Jurujual mula tersenyum. Budak dah masuk perangkap. Aku balas senyuman jurujual dengan sengih.

"Calciyum ni produk tenusu. Dari susu lembu. Lembu tak tinggi pun."

Jurujual tidak senyum lagi. Baru aku perasan bahawa dengan kasut tumit tingginya, tingginya cuma paras ketiak aku sahaja. Yang menjadi lebih ironi, dia memakai t-shirt promosi bertulis: Ask me about how to be taller. Sudahlah jika mahu masuk askar tidak lepas, jadi jurujual pun dihina. Mungkin dia terasa hati bila aku terlepas cakap.

"Nak juga. Binamon nak tinggi."
"Nanti kita pergi sebelah sana. Ada Calcifah."
"Apa tu?"
"Calcifah tu produk susu zirafah. Baru boleh tinggi."
"Euwwww!"


Nota Kaki:
By mid 2007 Calciyum, a cultured dairy product, was facing challenging times until they came up with a new approach. Unlike the rest of the competitors which only concentrated on mothers, Calciyum campaign team focused on ‘Calciyum kids have the height advantage’. They more than doubled their monthly sales volume within 6 months and gained a 10% value share in the Cultured Dairy Products Category. The campaign won 2008 Bronze Effie Awards, awards that honour achievement in meeting and exceeding marketing communications objectives, with a focus on effective campaigns.

15 ulasan:

adie berkata...

susu zirafah??

yarkk!!

hehe..

aku simpati pada salesgirls tu.

Portdy berkata...

kalau sales girl tu cun saya akan memihak kepadanya,
saya suka pompuan badan kecik ni,
saya menci tok sekarang huh!

Tok Rimau berkata...

Penyu,
Tok pun simpati. Apa boleh buat. Tuntutan kerja.

Port,
Menci tapi windu la tu.

Yana Ismail berkata...

errr...cm tk sedap je susu zirafah....euwww ;P

Tk baekk tau wat salesgirl tu gitu..huhu ;P

addyaholix berkata...

saya cuma minum susu ibu. berkat. dan saya tinggi.

bakrihafizhisham berkata...

kalau nak paling tinggi masa tgh baring, bina perut.im sure mat salleh punye hidung mancung pun kalah dengan perut boroi.

terrarosa berkata...

calciyum ?
mende mahal tapi sket,
skali beli, dengan sudu2 saya telan Rrrrrr...

. berkata...

kenapa masa aku kecik dulu
tak ada produk ni.
ciss.

jo berkata...

calcibi xde ke tok?

Unknown berkata...

Ciannyalah sales girl tu...sampai hati tok.

Tok Rimau berkata...

Liyana,
Tak sengaja la. Tidak berniat melukakan hati you.. eh hati dia.

Addy,
Gunakan ketinggian itu utk keamanan dunia.

Bak,
takut boroi sangat, baring tak boleh bangun.

Terra,
Kalau gitu beli susu Fernleave utk orang tua satu tin. Bagus utk tulang.

Nizam,
Alaa kempen tinggi ni tipu daya media je.

Jo,
Produk susu labi-labi?

Nadine,
Tak sengaja. Nanti tok minta maaf.

Aloy Paradoks berkata...

kalau nak gemuk?

Tanpa Nama berkata...

haha!agak lepas nih mesti salesgirl tu benti keja tok.atau dimintak tukar ke department lain.jual susu ibu mengandung je~

:))

Arda berkata...

kalau lembu ada situ mesti dia terasa kan tok

bukan orang pinkish berkata...

haha...biasak ah, bdk kecik nk tinggi..sy ketot je dulu time skolah..x yah minum susu mahal2..sy minum milo je. Skang dah tinggi klh anak zirafah...

"minum milo anda jadi sihat dan kuat!"

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...