Selasa, Ogos 04, 2009
TEORI TIMBAL BALAS
Sekali peristiwa, Hud singgah pejabat aku di Johor Bahru. Dia parking kereta bersama kereta-kereta lain depan bangunan pejabat.
"Hud, mana satu kereta lu?"
"Teka."
Aku pun lihat kereta-kereta yang berderet. Hud dari Kuala Lumpur, pastinya kereta dia pangkal W.
"Fuh! Kereta baru besar nak mampus."
Hud tersenyum bangga. Orangnya kecil tinggi paras ketiak aku tetapi kereta 4WD besar gedobo.
"Wa tahu kenapa lu beli kereta besar ni."
"Kenapa?"
"Compensation theory. Lu nak cover kekurangan lu dengan menunjuk kelebihan."
"Sialan lu. Ade ke kata wa kurang."
Kami ketawa berjemaah.
"Wa tahu kenapa lu kutuk wa."
"Kenapa?"
"Lu cemburu."
Kami ketawa berjemaah lagi. Tidak tinggi darjat seseorang yang merendahkan orang lain. Tak gitu?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
100 Yong and Dijirus.
Dalam satu bulan, powil (4WD) diesel aku minum kurang 1 liter minyak. Jimatkan? Dia duduk di rumah, tidak merayau ke mana-mana sebab minyak ...

5 ulasan:
ye tok. sy pn akn kurang rasa hormat pd org yg hebat tp suka merendah-rendahkan org lain.
ya..ya.. betul tok !
dengan memburukkan orang lain tak akan menjadikan kita lebih mulia.
tapi betui ka lelaki pendek, egonya tinggi ? hahahaaaa...
saya ambil dari skrip filem The Devil Wears Prada jek
dia yg pendek or ekau tinggi sangat?
tapi orang cakap isteri tinggi dari suami murah rezeki.
ini realiti atau serangkap pantun misteri? aku pun tak tau.
saya suke kete kecik jer..
senang nak cilok~
hehe~
Catat Ulasan