Khamis, April 15, 2010

GUA BLOGGER MISKIN JE


Terbaca la dalam Metro tentang satu blogger:

"Ketika itu saya menjadi peserta akhir untuk rancangan Fear Factor Malaysia pada 2005. Saya diminta makan testikel kambing dan badan digantung terbalik di Jambatan Putrajaya.

"Ketika itu setiap memori indah dalam Fear Factor saya coretkan dalam blog. Lama-kelamaan menjadi kemestian. Ketika itu blog peribadi masih belum popular dan saya antara pelopornya," katanya.

Bila gua mula menulis blog pada 2001, dah ramai juga yang menulis blog peribadi pada masa itu. Tidak seorang pun dari mereka mengaku sebagai  pelopor.

60 ulasan:

Pnut berkata...

eh tok, gue pun tulis blog tahun 2001,
dengan eksen nye la..gua nak ngaku..
gue adalah pelopor menulis blog peribadi..masa tu tak ramai emak-emak menulis blog, gua antara paling awal...

ok leh riak dak??

Nida Shaari berkata...

Tok bukan pernah keluar majalah ke sebelum tahun 2005??

Kak Pnut bukan pernah ditemuramah oleh radio ke sebelum tahun 2005??

Pnut berkata...

oh cik madu menambah darjah keriakan aku disitu

Unknown berkata...

dis is soo funny ekceli tok..smua nak ngaku as pelopor.kita blogger miskin sbb kita ada keje tok..haha..ada pulak org letak kat blog saya "boleh kaya ngan blog"..for me blog bukan la nak jadi kaya tapi saje2 je..bagi saya pelopor adalah doogie howser...ahhahaha

Amyz! berkata...

Malu juga nak mengaku pelopor walaupun mula menulis sejak 2001.

Saya menulis dengan ikhlas. Tak daftar pun nuffnag dan sebagainya. Tak buat pun entri iklan barang/promote barang.

Ya. Saya pun penulis miskin~

Lelaki Bersut berkata...

Aku sebenarnya taktau pun pasal blogger pelopor tuh. Aku tau pun dalam sebulan dua ni jek pasal blog dia tu.

Tapi apa2 pun tok mmg orang lama. Masa aku dok merangkak baru nak start berblog tok punya blog dah hebat dah. Memang kena dgn nama. Hahahaha!

cik puan daun berkata...

we are blogger since 1999. Masa tu kat geocities lagi. Selfproclaim status is hilariousssss.. muahahahahaha

up on my forehead berkata...

ya betul kata daun, kitaorang yang start in 1999? tak kecoh since there's those before us that had already start blogging. Kicking off in 1999 memang kurang orang blogging, belum terkenal sangat and time tuh blogger semua sangat rapat sebelum ada geng jurnal dan sebagainya.

set2 kitaorang lagi blogging start off dengan geocities, takdak kecoh jadi pelopor punnnnnnnnnnnnn.

this just shows, orang media pun bulat2 jer amik what's told by people and believe it just cause dorang terkenal ha ha ha.

Lily Abdullah berkata...

Tok,
Gua tulis blog bila ek? Tak beberapa nak ingat dah walaupun baru lagi.

Tapi gua tulis blog bahasa omputih tu dulu..sebab gua ingat semua blog best tulis dalam bahasa omputih.

Lily Abdullah berkata...

Tapi kan Tok, dah 3 tahun gua pasang iklan dari 'siput' tu, tak de kaya2 pun.

Gua ingat nak ikut tip2 pompuan ni la hehe.. :)

KYS berkata...

Tok, saya baca laman tok sejak laman tok warna coklat cair lagi. Masa tu tulisan tok penuh sinikal. Saya suka. Antara yang saya ingat kisah tok mengantar saudara berkahwin dengan orang Kelantan.

Sekarang Tok tulis simple je. Tapi saya masih suka.

cik easy berkata...

Jap jap... setahu aku..kita dah buat blog peribadi ni since 1999...hmmm tapi takle dapat 10K kan...and 100K worth of penajaan...ehehhehheheeee... PELOPOR kononnnnnnn~

u l t r a b a e berkata...

dia jadi pelopor blog dia la tu maksudnya...maklumlah dah byk makan testikel kambing otak pun jadi sikit sembab..nak contruct ayat penuh pun dh tak bleh..

tapi kan tok kan, credit 2u saya kenal blog2 ni..thanx..

Abdullah Mohd Nawi berkata...

There's always something about people wanting to be the first do something... but then.. nobody gives a crap... kesian...

sultanmuzaffar berkata...

hahahaha! lucu sangat! siapalah penulis artikel tu yang kena kelengtong hidup2.

adalah Dak Aup berkata...

tok, gua nak ngaku kat sini antara pembaca terawal blog-blog korang lah..itu pun dah ckup hahaha

Bukan Sepet berkata...

Terima kenyataanlah tok.

tok dahlah miskin, penakut (Takut nak self claim diri sendiri pelopor) pastu tak hensem pulak..

Tak macam minah tu. Kaya, berani claim dan leh tahan gak lawanya ya tok?

Apa kata tok pakai dress merah camtu?
mana tau pasni kaya... silikon jgn lupa.

coklat~vanilla berkata...

salam.
tok, wartawan tu x buat homework la kot..dia pakai amik je ape blogger tu cakap.walhal berlambak org yg start blogging dr zaman xde segala blogspot,blogdrive bagai ni..
xperlah..bgla can (bahasa utara. maksudnya peluang) kat blogger tu riak kejap :p

saya nk komen lebih2 xleh sbb start blog pun 2004. blog sejuk gedi plak tu..:)

tentangseseorang berkata...

gua rasa gua tau siapa...

dugongsenyum berkata...

hahaha

IamYonna berkata...

heh? pelopor? MY GOD. MY GOD! ada org lagi awal dari dia. ada org buat blog dr geocities tu, ada dari blogdrive, tiba-tiba dia dikatakan pelopor? oh penulis artikel ni main tulis je ke? takkan lah takde knowledge langsung tentang gejala blogging yg dah bertahun-tahun menular sebelum 2005?

takpelah tok.kita jadi blogger miskin je,janji tak miskin content entry :D

Bro Framestone berkata...

tumpang lalu Tok Rimau...

tolong jangan kekah saya jika saya merapu rapan di blog ini...

he..23x saya kenal RM dah lama dah... tau cara die sikit2... [bukan niat nk backing RM]

kite kne faham gak HM {tabloid nak gempak je}

cite len, dengar len, tulis lain huhuhu

xpasal2 kampung fatimah kacip pun boleh naik harga tanahnya jika masuk tabloid ini

BroFramestone Blog

rudy bluehikari berkata...

Aku tumpang gelak jer la. Siapalah kita nak dibandingkan dgn blogger kayo itu... hikss

daun: aku masih igt entri kau waktu hujan renyai kau lari kat pondok telefon itu. Hahahahaha! seriussss!

Nazri berkata...

Aku lebih salahkan wartawan yang menulis.

Nampak sangat tak buat research atau tak mahu ambil peduli.

Ini cuma syak, yakni dia menjadi wartawan sebab tak ada kerja lain.

Atau mungkin editor yang mengubahnya untuk nampak lebih 'umpphhh'.

Bila tegur wartawan, mmulalah diorang nak marah, nak boikot.

Ego mengalahkan menteri.

Pipiyapong Abdillah Hamzah berkata...

Hehehe. Tahun 2001 tu benda elektronik yang gua tau, mesin kuda je.

Tapi tok, gua yakin gua mekanik pertama dalam Pahang yang ada blog.

ymn berkata...

hahahaha -
blog yg mmmula aku jumpa blog fajar (tripod)ujung tahun 2000 so kiranya aku pelopor baca blog ..keh keh

Othman Juliana berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
sinaganaga berkata...

ok tok, gua sokong lu - gua mogok blog! humcha!

farwalis berkata...

masa baca artikel dia tu..

saya rasa seperti disindir-sindir.

blog kena letak nuffnang ke baru dikatakan aktif.....?

hukhuk

lovers-sinners berkata...

cik easy,tu belum ko tanya tahu kepompom tak?

mampos...

roserose*MrsYusof* berkata...

Tok R adalah salah seorang pelopor selain nama2 di atas.Gua ingat,gua selalu mengantu dalam blog danchan ke apa menda tu..gua pun dah lupa.Gua copy code html untuk belajar.
Rudy,Mie,Cik Daun dan ramai lagi tu..
apa lagi contact lah si penulis di Metro..Bukakkk mata dia besar2..

Yana Ismail berkata...

Alah tok, u jgn risau..blog you lg best dr dia. hi hi hi

Tanpa Nama berkata...

Aku syak dia ni sahabat karib Dr Rozmey yang perniagaan internet yang boleh untung juta-juta tu.

tuan tanah berkata...

Tahun 2005?

Saya dah ada di Dublin.

Seingat saya masa di Malaya lagi saya sudah start baca blog Sera.

Tolonglah, perasannya nak mengaku pelopor!

akirasuri berkata...

Hoh! Saya tak kenal pun dia pada tahun 2005.

Tahun 2005, saya lebih kenal TokRimau dan kawan-kawan. Dia? La'

Unknown berkata...

benda macam tu jadi sebab wartawan tu sendiri bukan dari kalangan blogger. dia mana tau sekitar 2005 tu wujud fenomena rimau dan naga.

Deen berkata...

rilek la tuk..hehe

Munyit berkata...

tapi saya lebih kenal tokrimau.. haha..

fadz berkata...

tok anytime lago hot!

Alan berkata...

saya start blogging tahun 2004.awal setahun dari RM..dan tok antara sumber inspirasi saya time tu sampai sekarang.

berita pasal RM ni dah banyak kali siar. Dalam Kosmo dan HM. maybe wartawan ni malas nak cari blogger lain pastu dia ulang tayang cerita lama.

WaWa berkata...

hmm.. saya pula start 2002. lebih awal dari blogger yang femes dan kaya ni. masa tu, saya muda lagi. boleh tak nak claim blogger paling muda untuk masa tu? haha. still, saya miskin juga. dan tak femes. aih... :p

Nic berkata...

I miss kepompom.. walaupun nic behind the scene tapi nic baca blog korang pun dlm 2000-2001, bila akhirnya nic sendiri ada blog dalam 2002.
Kalaulaa Geju masih aktif (eeh, ke nic yg dah tak aktif).

dugongsenyum berkata...

Wawa comel. lama tak jumpa.

tentangseseorang berkata...

nic geju dah on balik. in proses to be aktif. tapi takleh aktif kalau takde ahli. register back yourself at jurnal.biz

sorry tok promote. lu pun tak register lagik tok. :p

landaklaut berkata...

rasa mcm leha kebaya jarang la. hahahaha~

Pegawai Khalwat berkata...

Sayang sekali. Bahasa kucar-kacir. Terlalu kucar-kacir. baru lepas melawat mak merah tu.

Unknown berkata...

Aku setuju dengan Vovin, sebab sebagai wartawan dia perlu untuk pastikan sesuatu perkara itu fakta kerana yang menatapnya bukan beribu tapi berjuta. Jadi, kalau temberang yang dia bawakan itu dikira satu dosa, berapa banyak dosa dia collect.

Kalau la tahun 2005 mengatakan Redmummy tu sebagai antara pelopor blog peribadi, mungkin juga. Sebab perkataan blog baru diperkenalkan ketika itu. Tapi bagi kami (baca : generasi pertama Geng Jurnal), JURNAL adalah sangat mesra dan lebih merakyat ketika itu.

Tahun 2005, rasanya ulangtahun gathering Geng Jurnal ke-5 tu di Presint 8, Putrajaya. Redmummy punya blog punya pengikut sendiri. Malah mereka pernah bergathering di Putrajaya (sekitar tahun 2008) dan hampir 80 orang termasuk dari Singapura dan Brunei turun. Macam kata TokR, mungkin rezeki dia la.

* Gua dah lama mogok tulis blog. Sokong Abg Naga!

WaWa berkata...

@dugongsenyum - hai! ya, lama tak jumpa. :)

@tentangseseorang - bos, jurnal.biz da buka balik eh? nice.

mukhsen_x berkata...

gua pon start 2005. masa tu gua kira tok ni blog celebrity. Smpai skang pon segan lagi. ha ha. tapi gua baru tau hari ni ada blog Rm. ya la, gua baca blog org2 miskin macam tok je, wkakakaka.

Nizam.Ariff berkata...

Ceit! kepada dia tu..

Seingat aku, aku dah mula baca blog Tok (pembaca senyap) sejak 2003 lagi, masa tu pakai dial-up time.net lagi...

♛ LORD ZARA ๆœญๆ‹‰ ♛ berkata...

aku menulis sekitar 2004-2005.

kat blog2 Freindster, Hi5, MySpace, tapi tak mengaku semua tu pun~

ah, kalau dah tak terkenal tu Zara, mengaku je lah~

apa pun, nak cakap ku salute Tok, sebab ku punya daya menulis dalam BM lepas ku kenal blog Tok~ =)

Anonymous berkata...

Tok R,

Aku menulis blog semenjak tahun 1975 ketika aku umur 5 tahun lagi. Ketika itu desktop, laptop dan internet hanya ada di Kampung Batu Buruk, Kuala Terengganu sahaja. Tempat lain di Malaysia tak ada.

Ketika itu, di Amarika pun; internet hanya digunakan oleh US Army dan NASA sahaja.

Amacam tok?

~po.

Ajami Hashim berkata...

toq jelesss! wakaka!

ayobkelubi berkata...

poyo gyler mamat tu!. apa lagi tok.SAMAN lah!. keh keh keh

cik puan olympus berkata...

rasanya ada salah paham kot...

yes, RM is not my fren in person... but some sort like virtual fren...

try baca penjelasan beliau...

http://redmummy.com/2010/04/17/i-m-not-a-pioneer-blogger/

besa la tabloid dok pusing cite... cuba tengok bape manyak statement disalahtaip samada sengaja atau tak dalam tabloid ni...

Nurul Binti Ibunya berkata...

kekadang si penulis article tu yang melebih-lebih indahkan bahasa yang di gunakan,sampai jadi angkat mengangkat pulak..
pendek kata,
propa je tuh.

p/s:i had experience on it.
cakap lain cerita kuar lain

Hasmora berkata...

salam, saifulislam.com menulis sejak 1997.. dan dia tak ngaku pelopor pun.. alaahai.. ferasannya dia ya..kesian

AWANG berkata...

Tok, saya rasa nak gelak jugak, kuikuikui, tapi takpe saya nak isytihar saya pun pelopor jugak hehehe....tak caya tanya Mie pelopor GJ kehkehkeh...

NORDIN ABD RASID berkata...

dancan.com/weblog/tokrimau

Aku X-PO berkata...

haktuih punya merah

74 SINGAPURA DILANGGAR BASIKAL

Singapura kini bukan Singapura yang aku kenal semasa zaman remaja ku. Hujung tahun 80an, duit Malaysia dan Singapura hampir sama nilainya. J...