Selasa, April 27, 2010

SEJARAH MASA HADAPAN

Kepada sesiapa yang berkenaan,

Mesin masa memang makan tenaga elektrik yang banyak. Sebaik sahaja kamu sampai ke satu tempat, bersegeralah caj semula mesin masa kamu untuk perjalanan seterusnya.


Jika kamu ke masa lampau, mungkin ada sedikit masalah kerana bekalan elektrik terhad atau tiada langsung. Maka, bawalah punca bekalan tenaga secukupnya. Bateri misalnya.

Saya lebih suka ke masa hadapan kerana bekalan elektrik mudah didapati. Tiada persediaan awal yang membebankan. Tetapi, jangan buat silap penalaan seperti saya.

Saya berada di masa hadapan yang gelap. Bukan sahaja di sini tiada punca elektrik, langsung tidak ada apa-apa wujud pun di sini. Sesiapa yang jumpa mayat saya, sila bawa pulang ke 20.10.2010 untuk disemadikan di kubur Mahmoodiah, Johor Bahru. Lagi pun itu tarikh yang baik untuk mati.


Pengembara Masa,
(tandatangan)
Tarikh: 31 April 2020



LAWATAN SAMBIL BELAJAR
The Best Time Travel Stories of the 20th Century: Stories by Arthur C. Clarke, Jack Finney, Joe Haldeman, Ursula K. Le Guin, 
Traveler: A Science Fiction Novel of Time Travel 

4 ulasan:

Hajar B berkata...

berdarah hidung..sedap sangat baca

sinaganaga berkata...

mmm, duit lagi! [guna untuk adakan kenduri arwah untuk Tok].

u l t r a b a e berkata...

dah macam cerita time machine je..cuma cita time machine tu hero dia hensem..tok..hmmm..

Cikgooden berkata...

nage:...kenduri arwah buat petang ja..

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...