Khamis, April 08, 2010

STOK CERITA UNTUK FILEM PENDEK

 Jimbo dah mabuk bikin filem. Dia nak quit jadi ahli muzik katanya.

"Jom bikin filem," ajak Jimbo.
"Bila?"
"Esok."
"Gila."

Aku pun bongkar fail, tengok stok cerita ada yang boleh shoot:-
  1.  Menjinak Nafsu - Prequel kepada seorang gila di Pontian. Tidak boleh shoot sebab belum jumpa bakat yang boleh menjiwai watak seorang guru yang memotong nafsunya demi keselamatan anaknya. Ngeri psiko cerita ni.
  2. Cincin Suasa - Cinta perlu pengorbanan yang lebih dari itu. Ini sebuah magnum opus. Aku tidak boleh shoot dengan kamera henpon je. Aku perlu crane untuk gerakkan kamera.
  3. Mata Maut - Tragedi pengkhianatan. Prequel kepada pertualangan Si Bongkok Tanjung Puteri. Ini sebuah filem aksi persilatan purbawara. Aku tak fikir Jimbo yang anti-fitness tu sudah bersedia. Lagi pun aku tidak tulis habis lagi skripnya.
  4. Kerajaan Laut - Kisah pengikut kepada orang gila. Kena bina kapal untuk filem ni. Mana mahu cari kos?
  5. Kesumat - Kisah dendam seorang kakak yang dituntut sampai ke akar umbi. Baru siap separuh je draf pertama.
  6. The Gift - Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Sebuah drama kemaafan derita zaman Jepun. Masaki dah balik Tokyo. Mana nak cari pelakon?
  7. Rahsia - Kisah seorang adiwira dan musuh ketatnya bertembung dalam falsafah metodologi kehidupan. Perghhhh! Sebenarnya tak mula tulis pun lagi.
Pendek kata, tiada cerita yang readily available untuk shooting.
"Nanti on the way ke lokasi kita fikirkan la nak shoot cerita apa," ujar Jimbo.

Gerila betul Jimbo ni.

"Jom. Kita gi masuk hutan Mersing, buat dokumentari pasal bigfoot," kata aku.
"Tak mahu la. Bukan aku takut tapi dalam hutan nak makan apa? Tak jumpa nasi sehari, aku pengsan."

3 ulasan:

Bukan Sepet berkata...

gila.
Sah gila korang ni.

Tapi kata orang garis pemisah antara genius dan gila itu, memang tipis.

kata oranglah...

Amyz! berkata...

gila itu perlu.. ;-)

Hasrul Rizwan berkata...

try la lu buat macam mana Jimbo boleh survive dalam utan. cam blair witch project. Dana pun kurang. sama kurang ngan nasik yang nak ditelan dalam hutan tu nanti.Tengok jimbo meroyan dalam hutan sorang-sorang cam Tom Hanks dalam Castaway.Bagi lak bola tampar sebiji. namakan ia PIPI. stedi-stedi laku keras bai ini cerita! seminggu kurus!

73 SUNGAI TELOR

  Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...