Isnin, Januari 07, 2008

MINYAK MASAK

Aku tidak faham. Kenapa sebuah negara pengeluar kelapa sawit tiba-tiba terputus bekalan minyak masak?

Macam mana aku nak amalkan apa yang aku belajar dari Take Home Chef, Hell's Kitchen, Inspirasi Koko dan Yan Can Cook. Macam mana? Naga menasihati aku rebus mi Segera sahaja.

Sia-sia ada rancangan pendidikan jika tiada bahan untuk memasak. Serupalah macam rancangan Mari Membina Igloo di Mesir dan Sembilu di Amerika Syarikat. Sia-sia.

Mana menteri yang bertanggungjawab terhadap kebajikan pengguna? Adakah kamu berpihak kepada neo-kapitalisma?

Takkan nak tunggu DVD free diedarkan baru mahu bertindak.

Aku tidak faham. Kenapa sebuah negara pengeluar kelapa sawit tiba-tiba terputus bekalan minyak masak? Jawapannya mungkin sama dengan jawapan kenapa Negara Hutan Hujan Khatulistiwa terputus bekalan air.

11 ulasan:

dugongsenyum berkata...

Malaysia kekurangan gula, tepung, munyak dan guru, ya guru.

Kita terlebih bangla, indon dan myanmar - agaknya. Haha

sinaganaga berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
sinaganaga berkata...

'State' kita korup, Mau!

jiGOMorrison berkata...

Satu saja jawapannya, kleptokrat.

irdhi_hayati berkata...

haih macam2..mungkin kite patut sedarkan mereka..bg mereka bangkit dr lena mereka..kite punye kuasa sbnrnyer..

Tok Rimau berkata...

Dugong,
Lebih Indon pun rumah terbengkalai gak.

Naga,
Setuju lah. Enemy of the state yg tak korup.

Jigo,
Potong tangan mereka.

Yati,
Ya, guna kapal dan import minyak masak dari Indon. Lambakkan. Biar harga turun.

Unsunghero berkata...

Salam Tokrimau...Malaysia sebuah Negara Ironi :)

Chech berkata...

Tok, mungkin masanya membeli steamer Tefal.

Alan berkata...

Ada tanda tanda kerajaan nak tumbang je

sinaganaga berkata...

Mau,
Enemy of the state pun korup gak, Mau. Ha ha.

kamalariffin berkata...

rasanya laa kut....masaalahnya yg pandai2..semua jadi artis,cikgu dan pensyarah.. yg kurang pandai jadi politician dan businesman hahahah jgn marah

COSTOCHONDRITIS

 Masa aku sudah sampai. Mungkin malaikat maut sudah memberi salam.  Saat aku mengalami sakit dada, fikiran aku langsung melayang pada serang...