Isnin, Januari 21, 2008

TINGGALKAN SEGAN DI PINTU MASUK

Aku pakai seluar dalam baru malam itu. Aku sudah bersedia untuk segala kemungkinan.



"Tidak ada orang menari pun?" gurau vokalis kumpulan Redemption yang berambut rasta. "Kalau begini kita orang bawak lagu dangdut la."

Dua tiga dos irama raggae, lantai dewan mula panas. Tangan-tangan dilambai ke atas. Kepala-kepala diangguk mengikut rentak. Pinggul-pinggul mula dihayun mengikut lagu. Kaki-kaki mula menghentak ikut irama.

"Tok, old skool but not bad," kata Honey memuji t-shirt coklat dengan motif beruang kubrik yang aku padankan dengan seluar dan jacket jeans biru.

"You tidak perlu segan berdiri sebelah I lagi," sindir aku.



Erika muncul dengan t-shirt Wheel of Fortune. Tersenyum-senyum.

Aku meyambut senyumnya lalu membuat permintaan, "Can I buy a vowel?"

Dia hanya tersenyum-senyum, "Menari Tok?"

Aku angkat tangan kalah, "Tok tidak pandai."

Raggae berhenti. Disambung pula dengan instrumental yang sebak dari Novelea. Aku pejam mata dan menuang lirik dalam cangkir instrumental yang sedih itu. Emo sungguh.


Aku
tak percaya
bibir yang sama
pernah mengucup ku.
Mana mungkin
bibir yang lembut
menghambur kata kesat.

Baby
panggil mu
waktu engkau sayang.

Babi
panggil mu
waktu engkau benci.

Aku
tak percaya
bibir yang sama
pernah mengucup ku.
Mana mungkin
bibir yang lembut
menghambur kata kesat.



Sebenarnya, aku mahu tengok kambing disembelih. Aku mengharapkan keluar muka depan Metro, "Tok Rimau Memulas Mesin Masa!" Semuanya hampa. Ini mini konsert berhemah tinggi.

Peserta konsert mini ini semuanya penuh disiplin. Hisap rokok pun pergi ke parking lot. Jalan depan aku menuju ke tandas, mereka tunduk hormat. Mamat raggae itu pun tidak hisap rokok, ganja apatah lagi. Ectasy jauh sekali. Semuanya clean fun. Ini bukan alasan untuk berparti, ini betul-betul pure passion for Indie arts.

Tiada polis datang menyerbu. Justeru, tiada polis wanita paksa aku kencing dalam botol walaupun aku siap pakai seluar dalam baru, just in case. Agar tidak kelihatan miskin.

Sampai masanya, Cinderellas perlu pulang. Kita tidak mahu Kancil bertukar jadi labu. Kan? kami pun mengutip semula segan yang ditinggalkan di pintu masuk.

Gig yang berikutnya:
Maskara 6 live di Planet Pena :: 2 FEB 2008
Hujan turun di Taman U :: 2 FEB 2008

LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Sekitar parti liar kotak susu: Flickr LanRasso dan Fotopages Pheewit.

15 ulasan:

rasso berkata...

Hahahaha...

"Dua tiga dos irama raggae, lantai dewan mula panas. Tangan-tangan dilambai ke atas. Kepala-kepala diangguk mengikut rentak. Pinggul-pinggul mula dihayun mengikut lagu. Kaki-kaki mula menghentak ikut irama."


Saya tau ayat ini merujuk pada siapa... mesti awek pakai seluar jean ketat baju belang yang bersama terunanya... menghayun-hayun pinggul tu! hahahaha.... layan raggae....

:hayun: :hayun:

Azhar Ahmad berkata...

Ahahahahah, kotak susu adalah sensitip...

Eh... tok... saya terfikir benda yang tak elok... Seluar dalam - goyang-goyang - pinggul-pinggul...

Aduh berat kepala...

blackpurple @ jowopinter berkata...

Hehehe!

Seluar dalam jenama apa tok! Hahaha!

Pipiyapong Abdillah Hamzah berkata...

tok rimau ke gig?caya le..

Tok Rimau berkata...

rasso,
Kau patut belikan dia baju Gadis Elektrik yang pink itu. Buah tangan.

azhar,
tutup kedap-kedap kepala mu, jangan sampai masuk angin fantasi.

black,
jenama levis. Baru beli. kat bundle. ha ha ha.

Tok Rimau berkata...

pipi,
aku terpengaruh dengan kau. kau idola aku. bayangkan pahala engkau, jika kau pi masjid dan aku ikut sama.

Amyz! berkata...

salah pakai dress. patutnya pakai seluar paras lutut. rantai leher warna hitam dan celak tebal di mata.


ERIIIKKKAAAAA......

Pipiyapong Abdillah Hamzah berkata...

bisa juga ayat tok rimau ni..haha..

sinaganaga berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
sinaganaga berkata...

Boleh aku nasihat kau sikit. Ermmm... aku rasa flavor jaket jeans biru tu tak sesuai lagi untuk zaman ni. T shirt saja sudah memadai.

Seluar dalam baru - itu ok.

spyz berkata...

Aku pakai seluar dalam baru malam itu.

ooo... aku ingat kau nak naik pentas dan baling seluar dalam.

kih kih kih...

cik puan daun berkata...

jean with jeans is a no no... its so tomorrow..

:P

Tok Rimau berkata...

Amyz,
dan jangan lupa kaca mata bingkai putih. Erikaaaaaaa.

Pipi,
bisa lagi bekal ilmu engkau.

Naga,
Jaket itu mesti. Dewan itu sejuk. Lagi pun anthem aku, "lagu jaket biru."

Daun,
aku macam manequin depan butik. apa-apa aku pakai pun nampak kena.

Tok Rimau berkata...

Spyz,
kita tunggu di Maskara nanti. Komedi Berdiri Berani Mati. Ada tak coli yang dilontar sangkut di telinga.

A t i Q a h berkata...

atau sweater yang berhuruf 'G' lebih sesuai..

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...