Khamis, Jun 19, 2008

AYAT-AYAT CINTA

"Lu tengok ni kat ruang ulasan blog gua, awek tu panggil gua darling," kata aku mendabik dada.

"Ek eley. Lu tengok la kat blog dia. Dia panggil semua orang darling la," balas Pancho.

"Oh! Penat je gua kembang hidung. Gua ingat dia syok kat gua."

"Perasan tak? Bos pompuan kita pun, selalu panggil kita dear."

"Ayat-ayat cinta semakin murah ."

36 ulasan:

rasso berkata...

Dear Tok,
huh.... Xseswai... Hahahaha....

::.. a t i q a h ..:: berkata...

ya. ya.
tapi saya tak suka dengan trend ini.
kalau saya, hanya applicable untuk makhluk sejantina saja. hua hua hua.

Rajuna berkata...

peh.
pembaca aku panggil aku baby
biasa je.tak rasa pape pun.
:P

leez berkata...

pesal pulak murah?

kalau kita cakap dgn org yg kita sayang, contoh suami, kekasih atau anak, tonasi, expressi, body language dan perasaan berbeza..

kalau dgn kawan2 ia lebih kepada membuat/memberi rasa apa yg telah mereka lakukan itu di 'appreciated' tapi selalunya perempuan yg suka cakap sebegini..it's just a figure of speech..

kalau between men cakap ayat-ayat itu mmg tidak sesuai sangat-sangat.

Amyz! berkata...

Tapi yg penting, jangan cepat perasan lah..

Haha.

Yana Ismail berkata...

huhu, Tok darl:)
seswai kan kan?ha ha ha...

Tok Rimau berkata...

Dear rasso,
kau jangan hilang kompas moral. Ahak!

Atiqah yg dikasihi,
You jangan berhati batu. Jangan tidak penyayang. Cinta bukan trend. Dia datang untuk stay for good.

Juna Baby,
kamu jangan tak sensitif. Jiwa nanti jadi kematu macam ketuat.

Leez Luv,
I suka la komen you. You selalu bagi komen bernas. Mwah!

Amyz Ayang,
I dah biasa dicintai. I kaya dgn cinta. Itu pasal I perasan. Ahak!

Liyana darl,
Cinta bukan dalam perkataan tetapi dalam hati. Uhuk!

kasut-gombak berkata...

sedang membayangkan aku panggil tok aku darling, eii tak seswaii

adie berkata...

mula² dengor macam geli, tapi bila dah lama² jadik cam biasa aarr.

tasekM berkata...

jiwa kena kental tok... :P

darling sekadar kata... batas2 sayang itu utk org2 yg berbeza... hanya pengucap kata yg tahu...

ada setengah org... bila dh terlalu akrab... rasa sayang tu diungkap dgn kata2 carut... ha ha..

dugongsenyum berkata...

Aku tak kisah... orang panggil "Hoi!" pun tak apa.

Kaktiny berkata...

bermanis bahasa.. tak rugi... janji ikhlas.. yang mendengar pun sejuk telinga..
nak nak plak ayat Bos kul 3petang.. "My Dear sweetie.. could you please do me a favor.. please do my speech for tommorow's meeting - at least 5 pages.. and I need it urgently - forward it to me before 6pm today.. I know you can do it.. thank you my dear".. camner tuh?.. nak sejuk ke nak 'baran' ker???..

artisticklytouch berkata...

aku ok je panggil staf sayang and dear...he he diaorang pun ok je..tapi untuk tujuan2 larha..tonasinya berlainan sedikit ar

DeeN berkata...

Murah dengan murahan lain definisinya dan ia berbeza mengikut situasi. Ayat - ayat cinta murahan? Lagha, lagha!

Haha.

leez berkata...

my dear, tok, thank you for the compliment..terharu..

setiap kali jawab komen ikut tema, i like your style..refreshing.

rasso berkata...

tok dear,

jom ke biskop... layan ayat-ayat centa... huhuhu...

Tok Rimau berkata...

Rasso Cayang,
Tok dah layan AAC kat VCD.

Leez Seeetie,
Bila la you nak tulis blog?

Deen Tercinta,
Yang penting, mesti jadi pemurah. Bukan pemahal.

Art Baby,
kau pandai memainkan perasaan orang.

KikTin Comel,
Suruh dia berhenti menanam tebu di bibir.

Dugong Cute,
Hoiii!

Tasik Intan payung Gunung intan,
Orang melaka kuat mencarut.

Penyu Cinonet,
Dah biasa jadi geli?

Kasut Honey,
Aku cakap arab la. Ya habibi.

Sir Mute Key Chicks berkata...

aku juga memanggil anak2 murid ku dengan perkataan darling.
ya.aku memang sayangkan mereka semua.

Thenadi berkata...

itu kata kasih sayang
bukan kata2 untuk org perasan
hanya org perasan jew akan perasan dengan kata2 itu
seksitif
ngee~
:S
mellow~

hEr namE is diEla berkata...

memang murah sangat ayat-ayat cinta sekarang ni...

Danielle_Corleone berkata...

Saya belum tgk lagi ayat-ayat cinta, tok dah? haha!

Amiene Rev berkata...

Ha! Ha! Ha!

Yana Ismail berkata...

Tok darl:),
macam lagu Ungu la plak, cinta dalam hati:)uhuks!

Abdullah Mohd Nawi berkata...

Beb,

Gua ada pernah panggil lu darling ke?...hehehehe

yusrihashim berkata...

akak kat Pejabat Tanah pun panggil gua "yang"..hahahaha

Tanpa Nama berkata...

Kadang-kadang makcik dol yang jual sayur/buah kat gerai-gerai kat sini pun panggil customer dia 'love'. Kat semua customer la rasanya.

roserose*MrsYusof* berkata...

Amy darling,

I sokong you kaki dan tangan!


Dear Tok,
Kenapa dalam surat pun kita boleh tulis 'Dear Sir,' formal letter lagi?
Sila jelaskan....
Boss aku kat Kampar pun panggil aku 'Yg' tapi aku tak leh terima.

Yang selalu tak disayang,

Ros

BuRuuj berkata...

ayat lebih dari 1 perkataan. sayang, hubby, honey dll adalah panggilan sj. berlebihan boleh membawa kpd salah erti.

Chika Chika berkata...

haahahaha.
kelakar la entry neh, darling
wahaha.

Tok Rimau berkata...

Husni Macha,
Bangla tu jalan pegang tangan sesama jantan. Relaks je mereka.

Chika Gojes,
Jgn mainkan perasaan Tok. Ha Ha ha.

Buruj Ayu,
Harga barang semakin mahal. Ayat2 Cinta semakin murah.

Ros Ayang,
Cinta itu hanya berhala yg disembah-sembah. (Petikan Dunia Dekat Kiamat)

Tuantanah Luv,
Love is all around you.

Radio Manja,
Bila kau nak panggil dia sayang pulak?

Lah Darl,
Tak pernah. There should be a first time for everything.

Princess Comel,
Penat la nyanyi lagu Indon. Lagu siam pulak la.

Amiene Bucuk,
Senyum itu awet muda.

Danny Dear,
Tok beli novel ayat-ayat cinta.

Diela Anje,
Kena pandai menilai yat mana yg tulin, ayat mana yg palsu.

Eclipse Manis,
Hati tok dah keras cam batu. Serik.

Semut Sweetie,
Ramai la yg perasaan dalam kelas tu.

Abdullah Mohd Nawi berkata...

Dude... I just puked my entire box of J.CO donuts on the floor man...

Korakora berkata...

mula2 -dulu2- aku ingat dear tu rusa.

AL-BIMA SAKTI berkata...

bukan murah, tapi disalahgunakan... ikut sesedap rasa...

LaPan berkata...

TOK darling,

semakin murah atau kemaruk?

haha~!

Cinta berkata...

hanya suka di panggel cinta yang "ensem"..

Ili Khalil berkata...

Tok. Lembut sikit hati. Cepat benar cairnya. Pendek benar fikirnya.

Jgn cpt perasan sudahhh..

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...