Isnin, Jun 09, 2008

STRATEGI KEJI



Jalak, 27, pemain bola keranjang yang handal. Melihat cara dia bermain, engkau pasti meneka dia sudah mula bermain bola keranjang dari bangku sekolah lagi. Dia lari pantas, melenting tinggi dan melontar bola dengan tepat. Orangnya amat tangkas.

Aku tidak terkejar akan Jalak. Aku sedar diri, aku tidak selincah dulu.

Obiwan, 27 juga, pemain ragbi yang handal. Malah, dia berguru untuk jadi jurulatih ragbi dengan Cobra. Asakan tubuh serta lariannya sangat mantap. Pun begitu, dia tidak selalu dapat main ragbi kerana sukan itu memerlu pemain yang ramai dan padang yang besar serta tiang gol yang tinggi. Justeru, Obiwan belajar main bola keranjang.

Obiwan main bola keranjang macam main ragbi. Menerkam. Menyondol. Menggasak. Sering sahaja buat foul. Ini kesilapan biasa bagi pemain bola keranjang baru. Gelojoh macam pengantin baru.

Kalau main bola keranjang format 3 lawan 3, biasanya kami menggunakan sistem pertahanan seorang jaga seorang (man-to-man), seorang pemain ditugas mengawal seorang pemain lawan. Kalau aku seregu dengan Obiwan untuk menentang regu Jalak, aku akan arahkan Obiwan untuk jaga Jalak.

Jalak akan main kurang pantas, kurang lincah, kurang lenting dan juga kurang tepat. Dia akan lebih berhati-hati. Dia tidak mahu tercedera kerana asakan Obiwan. Hi! Hi! Hi! Keji betul muslihat mainan aku.


LAWATAN SAMBIL BELAJAR
:: Lagi 48 Strategi Keji
:: Black and White Photos of Ruipalha

13 ulasan:

Yana Ismail berkata...

Jahaatttt Tok:)huhuhu
Tak sudi jaga Jalak ke?

Danielle_Corleone berkata...

hehe! jalak ni mesti main macam jalak lenteng! :P

Lily Abdullah berkata...

Jalak? Bunyi sungguh klasik. Macam nama ayam pun ada :)

DeeN berkata...

Itu bukan keji namanya, itulah taktik. Macam nak ambush musuh la jugak. Tak pecaya? Tengok rimau [maksud aku harimau];)

rasso berkata...

hahaha... tak reti maen... ekekeke...

Tok Rimau berkata...

Ena,
Dia lari laju sangat. Penat kejar.

Dan,
Best tu cerita tu.

Lily,
lain kali Tok guna watak Tompok pula. Kucing sikit.

Deen,
Dalam Politik kau lihat pak lah diam bila Tun M bising. Pak lah suruh ahli2 politik kecil yg menyalak kat Tun M. sama la taktik tu.

rasso,
Belum terlambat utk belajar. Jom la main. Aku bagi kau jaga jalak. :-)

Kaktiny berkata...

taktik yang bagus sgt.. licik (ala2 menipu pun ada gak..) tapi kreatif.. guna apa shj taktik utk menang.. yang terbaik adalah mengetahui kelemahan musuh..

terror.. terror.. mcm kungfu panda.. hehehehh...

Sir Mute Key Chicks berkata...

abiwan?kenobi?luke pejalan langit?

kau bermain bola keranjang ke atau bermain perang-perang?

jom.aku sharp shooter untuk 3 point.haha

Pipiyapong Abdillah Hamzah berkata...

dengan jalak pun lu tak boleh baham??

SHIMI berkata...

Tok Rimau main je permainan yang rasa-rasa permainan yang boleh menang. Macam main guli ke, main dam ke.. apa-apa je la yang boleh menang

Tok Rimau berkata...

Shimi,
kalah menang itu adat. yang penting tak lengit.

Husni,
nanti wa subscribe ESPN kat astro. dan buang Nikolodeon. Pasti mon-mon gua jadi monster.

Pipi,
Dia dah main basketball sejak tadika. mana boleh celen.

Semut,
cakap mmg murah. turun la. ada berani?

Kak Tiny,
Tok mmg suka Jack Black. Tok tunggu DVD Panda keluar.

artisticklytouch berkata...

urgh...nak turun gak!!!

Yana Ismail berkata...

Huhu, pass kat kanda suh kejar:p

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...