Selasa, September 23, 2008

JIRAN ERINMON

"Erinmon ni kepoh," kata mami Erinmon kepada aku.

Erinmon duduk atas pangku sambil pegang trumpet plastik warna merah jambu. Dia tiup-tiup tidak berbunyi.

"Erinmon tinggal kat mana?" tanya aku.

"Damansara," jawab Erinmon.

Setahu aku di Damansara ada ramai selebriti. Mungkin mereka tinggal berjiran dengan Erinmon. Setidak-tidaknya pernah terserempak di kedai runcit atau pasar malam.

"Rumah Erinmon dekat rumah siapa?"

"Dekat rumah orang sebelah."

Jawapan jujur Erinmon buat muka aku sedikit kelat. Padan muka kerana tanya soalan bodoh. Mami Erinmon ketawa terbahak-bahak.

16 ulasan:

azie berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
azie berkata...

ai izinkan yu lempang laju2 erinmon tu

maaf, sedikit emo. sentiasa rasa mau melempang laju2.

Yana Ismail berkata...

huhu..saja erinmon mahu kenakan u;p..ahaks!

Amyz! berkata...

erinmon comel.. :-)

snm | snm berkata...

dush dush..
jwpn erinmon jujur
x salah kan tok?

BuRuuj berkata...

haha...kecik2 dh pandai buat lawak mengene kat org. cian tok...err...muke kelat tue macam mane ek ghupenyer?

ayobkelubi berkata...

hahahahhahahaha..good job erinmon!.

sinaganaga berkata...

Eh, blog kau dah open to pubic... aaa... public ke?

Unknown berkata...

sib baik tak live kat tv ?

saudagar gaRAM.. berkata...

erinmon cuba selamatkan jirannya dari tok sebenarnya..

hahahahhahaha...

tasekM berkata...

hahahaha... bijak sungguh erinmon~

Feeyona berkata...

erinmon ni sapa plak?
tak penah pon wujud sebelom ni?

Tok Rimau berkata...

Azie,
Jangan la garang-garang. Macam mak tiri la you ni.

Princess,
Erinmon jujur.

Amyz,
Macam Pak Ngah dia. Comel.

SNM,
Tak salah. Kirim salam orang sebelah rumah awak ya.

Buruj,
Nak tau muka kelat, kena la jilat muka tu. ha h ha.

ayob,
Dia belum kerja lagi Yob. 4 tahun.

Naga,
Belum. Setakat ni 80/100 readers. Lepas raya ni aku nak kutip yuran. ha ha ha.

Gunx,
Ada CCTV kot.

Garam,
Tau tau je awak.

Tasik,
Lurus bendul namanya tu.

Kayu sakti,
Ini watak baru.

Tanpa Nama berkata...

haha..akhirnya tok dikenakan oleh sorang budak kecik.hehe

A t i Q a h berkata...

Erinmon boleh jadi apprentice tok. Eheh.

snm | snm berkata...

tok..jiran sblh rumah saya lelaki bujang..staf Upm..:p mahu sampaikan atau tidak salam Tok tu? :p

72 RANCANGAN B

Ketika berkayuh dalam hutan setiap gram memainkan peranan melambatkan perjalanan. Semuanya mesti minimal dan ringan. Kami sudah pun menempah...