Rabu, September 24, 2008

MALAM-MALAM TERAKHIR

Malam-malam terakhir ini aku sepatutnya berbuka dan bersahur dengan Laila. Tetapi aku masih di sini. Maghrib ini di kedai mamak bersama roti telur.

Tiba-tiba Laila telefon bertanya khabar.

Laila: Buka apa?

Aku: Roti telur. You?

Laila: Buka baju dan spender. Hi! Hi! Hi!

(Gelak nada tinggi decibel rendah penuh keperempuanannya menggoda sekali.)

Aku: I nak buka dengan you.

Laila: Ngepong! Setiap tahun you kata begitu.

Aku: Sungguh. I cuba sedaya upaya.

Laila: Sekurang-kurangnya cubalah untuk cuba.

Kemudian talian putus. Senyap.

Aku masih di sini. Maghrib ini, di kedai mamak bersama roti telur. Walaupun orang ramai. Aku rasa sunyi. Rasa sepi. Rasa kosong.

19 ulasan:

Layla Haq berkata...

Sekurang-kurangnya mencuba untuk cuba.

Tetapi jangan salahkan takdir jika cubaan gagal dan gagal.

Itu bermakna, tuhan sengaja tidak memperkenan apa yang ingin di cuba.

tasekM berkata...

Berhenti mencoba tok... itu semua cobaan tuh~

Nida Shaari berkata...

cubalah untuk setia..

rasso berkata...

Orang yang sepi selalunya suit-suit.... Cume selalu kene tinggalkan jewrrr....

hahaha....

neeta berkata...

percubaan yang agak bahaya...

BuRuuj berkata...

laa...tok buka puasa sengsorang ker? aritue ade plan nk buka puasa dgn tok tp sy fikir mesti tok nak buka puasa dgn family. so..tak jadilah...tp tak tau lak jadi cengginih...=(

snm | snm berkata...

lenkali ajak MonMon tok..

Yana Ismail berkata...

Alaahai..sedihnye baca pasal sepi dan sunyi tu..jgn risau tok. Kami ada di sini. sedia berkhidmat!hehe..

Err..Jom!buka puasa dengan kami?dah nak balik raya ni;p..hik2;)

LediAgli berkata...

sepatutnya.. roti telur rasa telur.. tapi kenapa rasa kosong?

LediAgli berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
A t i Q a h berkata...

Kat dalam sana nanti pun, kita akan sendiri juga. Walaupun jiran semua dekat2.


Sekian. Tazkirah Rabu.

DeanSham berkata...

sedih la pulak baca entry nih.

sinaganaga berkata...

Kompius. I nak buka dengan you? I nak buka you? Ha ha. Tapi dude, kalau berjanji kena tepati tau! *wink*

Khamis ni I bak BERbuka puasa dengan you! Cantekkkkk!!!!

sinaganaga berkata...

Mau,
Nida takmoh ikut - dia nak kemas beg - balik kampung. Dan, dia tak moh anak sedara dia tercemar fikiran apabila berbuka puasa dengan kita. Ha ha hampeh!

Tok Rimau berkata...

Bayan,
gagal juga anugerah.

Tasik,
Mana boleh berhenti. Mesti teruskan.

Madu,
Setia kepada yang Satu.

Naga,
KL SEntral kan?

rasso,
Aku tidak pernah ditinggal.

Neeta,
Bahaya? kenapa pula?

Buruj,
Kita sahur sama nak?

SNM.
Mon-mon kecil lagi.

Princess Liyana,
Kim salam kat omak.

Ledi,
Brtul kata kamu. Sepatutnya Roti kosong rasa kosong.

Atiqah,
Thanks.

Dean,
Sedih Ramadhan dah nak habis.

Pembaca Budiman,
LAILAtulqada (Malam yang berkuasa adalah lebih baik daripada seribu bulan,). Mungkin simbol Lailatulqadar sebagai perempuan yang mengoda itu lapisan terlalu jauh untuk dikupas jelas. Mungkin juga, aku ni orang jahat maka entri tazkirah pun dianggap entri erotik selingkuhan. Makanya blog ini private, kerana sifatnya eksperiMENTAL.

BuRuuj berkata...

boleh jer tok..reramai lagi beshh!! aritue pertama kali, saya sahur McD..

ya, malam seribu bulan=) hanya insan yg benar2 mahu bertemu dengannya, akan ketemu;) sama2lah kita mengimarahkan malam2 terakhir ini.

dugongsenyum berkata...

Kat KL tu nanti majlis berbuka tertutup atau majlis berbuka terbuka?

Maklumalh grup soljah ni elit tidak tertutup kepada semua.

Bukan apa dah laaaama tak berbuka dengan Tok, ingat nak join :)

A t i Q a h berkata...

Oh. Oh.
Nak nyanyi lahu Shila Majid.
Engkaulah lagenda~~

test berkata...

aku mimpikan laila memeluk aku selepas pulang menghantar tok dr kl sentral tadi...
lembut dan sensual belaian laila...

73 SUNGAI TELOR

  Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...