Ahad, September 07, 2008

SUDU BENGKOK

Aku balik kampung dan buka dengan emak. Kesian emak buka sendiri.

Emak masak laksa Johor. Sedap. Biasa la masakan emak.

"Emak, kenapa sudu ni bengkok?"
"Emak buat cungkil tin biskut semalam."

Masa aku balik, mak bekalkan laksa dalam bekas plastik. Untuk sahor katanya. Aku cium pipi emak dan cakap terimakasih.

Emak tidak tahu aku juga bawa balik sudu bengkok dia. Nanti bila aku sahor aku akan makan guna sudu bengkok ni. Mesti terasa seperti makan dengan emak.

13 ulasan:

rasso berkata...

Wow....!

Kat rumah sewa saya duduk sekarang nie... dalam bilik saya duduk ni still ada lagi 'gelas logam' untuk buat teh tarik tu... gelas dari form 1 tu.... semata nak rasa pingan mangkuk dari rumah.. alahai~

Princess Liyana berkata...

Alaahai..baiknya anak mak sorangni:)bgus2. Sejuk perut ibu mengandung;)

Nak mama jgakkkkk;( isk2

azie berkata...

alaaaaaaaaa

nape wat entri camni?

nak menitik air mata ni ha.

tok ni..

Water Lily berkata...

Bertuah emak tok.Ada anak mithali..Hmmm..ustaz Ghazali namanya kan? :p

rudy bluehikari berkata...

emcurik namanya tuhhhh...ekekekeke

Tok Rimau berkata...

Rudy,
Nanti ganti dgn sudu lain. Silver yang mahal.

Water,
anak mithali utk ibu mithali.

Azie,
buaya pun manusia gak. ada perasaan. Ada emosi.ahak.

Princess,
balik la kampung.

Rasso,
Syahdunya. Kain batik mak ada kat rumah sewa tak?

Mr PenyuBiru berkata...

wah..syahdunya baca n3 nie.time bulan pose nie,kalu baca n3 cenggini,syahdunya tak bleh ditahan-tahan.

uuWAAAA!

tasikmerah berkata...

iishhh... rase nk menitik air mata ni tok...

makcik... ai nk jadi ank angkat boleh tak? ai teringin nk rasa laksa johor u la.... :)

saudagar gaRAM.. berkata...

ini sisi lain tok rimau..
bukan selalu boleh tengok..

mau tengok puas puas..

hahahahah..

dugongsenyum berkata...

Nak buat bukak tin jugaklah tu haha

rasso berkata...

ha ha ha...

tak yah ada kaen batik....

dah nak balek nie....

hohoho....

Mohd Yussof Ibrahim berkata...

Jangan guna untuk buka tin biskut diantara waktu imsak dan berbuka dah la...

Kumprinx berkata...

sebak juga ye..

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin