TV aku mati. Kemudian hidup semula. Berkali-kali jadi begitu. Suatu hari aku nampak Afimon menabung siling dalam slot kad Astro. Dia ingat setiap mesin berlubang adalah mesin vending agaknya. Aku cungkil keluar siling itu. Aku goncang decoder. Bunyinya macam ada dua tiga posen siling di dalam.
Kemudian. Pemain CD dalam kereta pula rosak. Ada teks tulis "Error" setiap kali aku masukkan CD. Untuk beberapa hari, mahu tidak mahu, semua penumpang terpaksa mendengar aku menyanyi secara live. Unplugged. "Oh Biduan, pujaan tua muda..."
Aku marah-marah. Maki-maki di pusat servis Hummer. Katanya kalah membeli menang memakai tetapi kenapa cepat sangat rosak?!
"Pemain CD ini masih dalam jaminan. Kami akan tanggal dan repair FOC," kata pomen di pusat servis.
Seminggu kemudian pomen yang sama buat panggilan. Katanya alat itu sudah siap dibaiki.
"Bukan sahaja servis ini FOC, kami juga ingin bagi encik dua keping syiling 10 sen."
"Kenapa?"
"Pemain CD encik rosak kerana ada syiling ini dalam slot CD."
Pomen pusat servis itu menyimpul senyum. Senyum itu memulangkan paku buah keras secara hadhari. Huh! Pedih. Pedih.
LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Dating Darth Vader Caption Contest
Jumaat, September 19, 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
73 SUNGAI TELOR
Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...
-
"Kenapa pada zaman aku, tiada orang nak tunjuk atau bantu aku dalam bidang yang aku suka?" aku tanya soalan ini dengan budak aku b...
-
Terbaca la dalam Metro tentang satu blogger: "Ketika itu saya menjadi peserta akhir untuk rancangan Fear Factor Malaysia pada 2005...
-
Sebelum Matt Groening terkenal dengan kartun dewasa The Simpsons dan Futurama, dia telah berkarya melalui Life is Hell. Life is Hell adalah...
20 ulasan:
At last...keluar juga cerita Afimon. Eheh.
Afimon belajar untuk jadi dermawan. Tok patut galakkan lagi perbuatan dia. Ye lah, demi menuju zaman hadhari.
Kalau Tok jatuh miskin, terdesak. Tok tahu mana nak korek duit. ha ha ha.
Afimon comel!!! Nanti auntie masuk meminang ya!!
ha ha ha
bagus betul afimon tue. macam abah dia. tok, kene bukakkan akaun sspn utk dia tue gamoknyer..
afimon,nanti auntie bg adiah tabung kat afimon ea...;)
afimon yang chomel,huhu
erm, tok ni baguslah, dari kecik dah ajar anak cara menabung,ahaha
waaa.....
kecik kecik dah belajar menabung.
masuk kat dalam cd player?
cam kata iklan lma dulu tu..
"tak dapek den nak nolong"
nina nak try manabung juga...
kalau terdesak boleh korek-korek...
** bila nak ajak jumpa afimon...**
Saya dari kecil sampai sekarang macam afimon.
"Yanggggggggg...ada simpan mana-mana lagi tak?" tanya si dia ketika putus duit belanja. Pastu haram tak berganti..ni yang buat aku rasa nak sabit kepala orang.:p
Kalau kau tidur - tutup mulut! :)
hahaha...
tido kene tutup mulut tue...
ikut kata naga gak...
adakah afimon ingat semua yg berlubang spt vending machine utk di abeli air? or dia ingat tu tabung bergerak?
hummer??huu~~~~~ mengidamkan hummer
kesian afimon.. ia cuba menunjukkan ciri² seorang penabung yg berjaya..menabung dimana jua berada..
Perghhh... dah pandu Hummer dah sekarang! mantap.
sangat pemurah hati afimon. macam ayahnya juga. :-)
Madu,
Langkah bendul. Kena bayar ayah dia sekali sepersalinan.
Buruj,
Tabung je? Duit tak de sekali?
Husni,
Biasalah. daki dunia je.
Azie,
Comel? Manalah tumpahnya kuah kan.
Garam,
Dia ingat siling tu, mini CD.
Pop,
Bagus juga. Nanti nak kahwin senang.
Lily,
Love is sharing.
Naga,
Aku tidur bercakap.
Rasso,
Tak original langsung.
SNM,
Kahwin la Horatio Caine.
Penyu,
Berada di mana sahaja tabung.
Dugong,
Biasa je pakai Hummmer. Buat lawat ladang.
Amyz,
TQ. Jom Tok belanja milo tabur.
uhuhu..afimon memang tomell..mcm..errr;)tak mo ckpla..haha
em,takpe.pasni kalau rosak lg, mesti tok tau apa sebabnye:)
Seperti yang saya kata dalam blog encik dugong, kanak=kanak ni suka berfikir di luar kotak. Sbb tu boleh buat apa sahaja benda yang berlubang sebagai tabung.
Orang dewasa, terlalu fokus. Yang berlubang tidak semestinya tabung.
hehehhehe......
tokr
sila bawak afimon datang beraya rumah saya.
dan tolong ajar dia letakkan not2 lima puluh dalam rumah saya okey?
tw ;-)
bayan... kau mencarut ya?
HAHAHAHA
kata afimon:
best keta ayah kita kan?
keta kat supermarket tu dulu kan,kita masuk 2 posen dalam tempat dia tu tahan 5 minit je dia gerak..
keta ayah kita kan,masuk 2 posen..
tapi jalan jauh..
bleh balik umah..
pegi sekolah..
pegi supermarket..
abis jalan semua tempat..
bayarnya sama..
untung kan?
Catat Ulasan