Sekitar 6.45 senja, aku ajak Sadikin, yang aku baru kenal dalam dewan Freedom Film Fest Hotel Tropical, keluar. "Kita buka sama yok."
Kami pun keluar dari Hotel Tropical. Di luar hotel, kami terserempak empat orang kawan Sadikin. Mereka ajak berbuka di Jalan Meldrum. Jauh juga. Setengah kilometer dari Hotel Tropical. Tapi set. Menapaklah aku dan orang-orang muda itu sepanjang jalan Wong Ah Fook untuk ke Meldrum.
Sudah lama sangat aku tidak ke downtown JB. Aku pun bercerita jadi pemandu pelancong membawa kawan-kawan muda itu kembara merentas masa.
"Dulu kat sebelah sana ada Flat Bukit Chagar. Aku lintas lebuhraya, panjat pagar, untuk tunggu bas Alec depan Komtar. Kat situ. Kat air pancut sana orang-orang bawak radio dan mereka kumpul dalam bulatan buat breakdance. Parking ni dulu panggung Lido dan Rex." Kami melepasi Komtar. Bangunan itu berpagar. Dalam proses perobohan mungkin.
Azan berkumandang tetapi kami belum sampai Jalan Meldrum lagi. Sadikin keluarkan sekotak rokok cap Saat. Dia minta maaf kerana dia cuma ada rokok murah. Kami baca doa dan mula cucuh rokok. Apa hukumnya? Rokok tu makruh, berbuka awal tu sunat. Kan?
"Kat Komtar ni ada jamming studio. Rockers otai Malaysia dulu jam kat situ. Sebelah Komtar dulu ada bazar. ABC dia kow. Sudah tu, pasar Besar JB. Kemudian ada Bas Stand. Tapi later bas stand pindah belakang sana. Lama kemudian, pasar dan bas stand pindah Larkin. Sekarang dah jadi City Square."
Sadikin dan kawan-kawan angguk-angguk je dengar cerita aku. Ada komen pun sekali je. "Otai betul abang ni. Era tu ada dinosour tak bang?" Kurang asam punya budak.
Sesampainya di Meldrum, ada beratus gerai. Tetapi semua kerusi penuh dengan bontot orang. Waktu kemuncak. Kami beli bungkus dan berbuka atas tembok. Sadikin duduk atas pili bomba. Zaman muda penuh geladangan terus mengimbau.
"Korang mana tahu. Dulu kat sini..."
Klip Punggok Rindukan Bulan. By Azharr Rudin
Lokasi: Flat Bkt Chagar (Arwah), tempat aku bermain dan jatuh cinta.
Reviews:
Amir Muhammad
Cinema Online.
Ajami Hashim.
Tonton Filem
KLue.
Ahad, September 14, 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
73 SUNGAI TELOR
Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...
-
"Kenapa pada zaman aku, tiada orang nak tunjuk atau bantu aku dalam bidang yang aku suka?" aku tanya soalan ini dengan budak aku b...
-
Terbaca la dalam Metro tentang satu blogger: "Ketika itu saya menjadi peserta akhir untuk rancangan Fear Factor Malaysia pada 2005...
-
Sebelum Matt Groening terkenal dengan kartun dewasa The Simpsons dan Futurama, dia telah berkarya melalui Life is Hell. Life is Hell adalah...
14 ulasan:
hahaha...
dinosur tu kelakar...
saya rasa, dua hari gi FFF tu... siaran ulangan citer tu kerap saya dengar... ha ha ha...
baek tok markalahkan....
erm, betul tu rasso. em, bila dah lanjut usia nih, semua mau dikenang-kenang,ahaha
:P
ha ha ha:)
kenangan, memang untuk dikenang:)
Err..berbuka dengan rokok je?. tak best.
aiyok!baik makan ayam penyet!;p
takpe tok, esok diaorang tua baru depa ada akai! hahaha!
tokr
blanja saya tengok citer pungguk rindukan bulan?
;-)
yg diorg tu umur berapa?
wah! tok bleh jadik sejarah bergerak tuk bandar JB nie.hehe..
Tok bukan tua...
Tok classical...
Komen untuk cerita kat atas, sama macam komen di fesbuk. Malas mau komen lagi. hehe.
Ermm..nak tgk juga Punggok Rindukan Bulan tu. Huhu.
fuhhh..
the good old days..
berek askar tuanku atas bukit blkg lido/rex tu ada lagi ke?
p/s jln dobi tak cerita ke? ha ha..
fuhhh..
the good old days..
berek askar tuanku atas bukit blkg lido/rex tu ada lagi ke?
p/s jln dobi tak cerita ke? ha ha..
berbuka dgn rokok cap saat?:p mmg sadikin klasik..
klu xde kenangan, xde la tok menjadi spt hari ini :)
Tok, Sungai Segget takde tinggal kenangan.?
huish terimbau kenangan lama la tok.. hahah lebih 10 tahun tak balik JB.. dgr citer jalan pun dah berubah
Catat Ulasan