Selasa, September 09, 2008

MAYA YANG MANJA

Ombak itu datang dari jauh. Mungkin beratus-ratus batu. Sesampainya di pantai, derunya menyapa lembut membasahkan pasir yang kering. Tanda air laut memasang.

"I pernah berkahwin dahulu. Tapi sekarang single," kata Maya. Jari telunjuk kanannya menggulung hujung rambut yang mencecah bahu. "Ada anak perempuan seorang. Umur tujuh tahun."

"Ahh sudah. Mobius berkawan dengan mak janda la pulak. Parah ni," kata kalian dalam hati. Tolonglah, naik mesin masa tu dan majulah ke masa kini. Jangan kolot sangat, okay. Janda pun manusia juga.

"Jadinya you ni janda la?" Mobius menghirup perahan jus epal campur lobak dan susu. Manis.

"I tak suka la perkataan janda. Kan ada perkataan yang lebih manis." Maya mencebikkan mukanya yang baby face. Mobius meneka umurnya dalam 23-24. Maksimum 25.

Tiba-tiba Mobius teringatkan lawatan sambil belajarnya ke Kedai Kereta Auto Bavaria. Kereta-kereta lama yang dijual semula tidak dilabel sebagai Second Hand Cars tetapi dilabel sebagai Pre-owned Cars. Klasik bunyinya. Ada kelas gitu.

"So, you ni pre-owned la." Mobius meletak siku kiri atas meja dan menongkat dagu dengan tapak tangan sambil mata merenung mata Maya.

"Apa la you ni. I bukan kereta tau." Maya ketawa kecil dengan kepoyoan tekaan Mobius. Perempuan memang suka lelaki poyo. Petah dan bijak tetapi selamba bengong.

"Sorry. Habis tu?"

"Ibu tunggal. Single parent."

"Kata Shakespeare, a rose by any other name would smell as sweet." Mobius melepaskan tangannya dari gelas. "Macam you. Janda ke. Ibu tunggal ke. Tetapi tetap manis."

Ombak itu datang dari jauh. Mungkin beratus-ratus batu. Sesampainya di pantai, derunya menyapa lembut membasahkan pasir yang kering. Tanda air laut memasang.



LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Creative Ads

Lirik Ghazal/ Joget
Memikat Janda - Fadzil Ahmad

Bagaimana menggoreng lada
Ah hai sayang menggoreng lada
Ah hai sayang tuang-tuangkan

Bagailah mana
hai sayang nak memikat janda
Ah hai sayang nak memikat janda
Ambil anaknya timang-timangkan

Apalah guna menggoreng lada
Ah hai sayang menggoreng lada
Takutlah minyak tumpah ke muka
Ah hai sayang tumpah ke muka

Hajat di hati nak memikat dara
Ah hai sayang nak memikat dara
Sekali fikir baiklah janda
Ah hai sayang baiklah janda

Apalah guna menanam lada
Ah hai sayang menanam lada
Kerana lada tanam-tanaman
Ah hai tanam-tanaman

Apalah guna memikat janda
Ah hai sayang memikat janda
Kerana janda banyak pengalaman
Ah hai sayang banyak pengalaman

16 ulasan:

Feeyona berkata...

Maya ni bukan manja tapi mengada-ngadalah. hahaha

Sila maklumkan apabila sudah membuat pembayaran royalti.

;-)

Tanpa Nama berkata...

n3 nie membuatkan cam ku nak cari single mother jer.hehe..

rasso berkata...

i nak gak lah yang sweet gitew... ha ha ha.... "pre owned se!"

A t i Q a h berkata...

Eh, Mobius bukan dengan Romlah ke dulu? Hmmm...

BuRuuj berkata...

hurmm...pre-owned cars? i want new car. hahahaha....=)

tasekM berkata...

bukan pre-owned car tu maintenance tinggi ke? he he.

neeta berkata...

ermmm...takut nak komen

DeanSham berkata...

oh Mobius idola ku!

Lily Abdullah berkata...

Oh kesian Romlah, Mobius sudah beralih arah

ayobkelubi berkata...

nasib baik pre owned,kena re con?. masak

Yana Ismail berkata...

"Perempuan memang suka lelaki poyo. Petah dan bijak tetapi selamba bengong"

Ye ke tok? ha ha ha..

rudy bluehikari berkata...

Maaayaaa Longorrrriiiaaaaaa~ jerit aku dalam teater 2 jam...cantek ke?

dugongsenyum berkata...

Hujan lebat menumbuk lada,
lada lumat hujan pun teduh;
Bertuah dapat berkahwin janda,
anak tiri pun boleh disuruh.


Tak kisahlah tok... pre-owned ka, klasik ka, secondhand ka, jangan terkena kereta potong sudah lah HAHA

azie berkata...

wah!

bad sign nih....

Tok Rimau berkata...

Sakti,
Terimakasih kerana mempertemukan Mobius dan Maya. Royalti matchmaker akan di beri waktu raya. Nanti kau dapat oren lebih dalam gelas. Jangan mabuk okay.

Penyu,
Dari rupa paras kau yg ganteng, mereka la yg akan cari kau.

Rasso,
kau terlalu muda untuk mereka.

Atiqah,
Bunga bukan sekuntum.

Buruj,
Kereta baru pun, abis bayar loan rosak sana sini gak.

Tasik,
Biar papa asal bergaya.

Neeta,
Jangan malu-malu.

Deansham,
Sila hantar undi SMS pukal 1-800-Mobius

Waterlily,
Best woman wins.

Ayob,
Yang penting ada sport rims dan spoiler tonggek.

Princess,
Sudah gaharu cendana pula.

Rudy,
Kau pun gila mak janda yang sama? Best man wins.

Dugong,
Lagi antik lagi mahal.

Azie,
You tetap nombor satu.

roserose*MrsYusof* berkata...

apalah tok citer psl janda, citerlah psl org pmpuan trlbh umur yg x kawin2..

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...