Sabtu, September 06, 2008

SENYUMLAH KUALA LUMPUR


Dari kaca mata dia, aku buaya tembaga kelas 5. Lesen laut dalam dan bahaya untuk perahu-perahu kecil.

Status Facebook aku: Tok Rimau kawan ketawa. Kawan menangis susah mahu cari.

Pada bulan Jun, Facebook kata kepada aku, "Nana is now friends with Tok Rimau."
Pada bulan Ogos, Facebook kata kepada aku, "Nana is now friends with Tok Rimau."

Apa hal Facebook ini persis RTM selepas jam 12 tengah malam, tayang siaran ulangan?

Aku tulis komen di Facebook Nana, "Apa hal Facebook ini persis RTM selepas jam 12 tengah malam, tayang siaran ulangan?"

Nana balas, "Bukan salah Facebook. Bulan Jun, Nana added Tok. Then my BF deleted u. Then I added u again in Aug. Sorry."

Laaaahaiiiii, ini mesti kes tiada rahsia antara kita sehati sejiwa sejujur setelus sekongsi kata laluan untuk semua akaun. Termasuklah kata laluan Facebook.

Dalam satu tazkirah Ramadhan, Ustaz menyatakan bahawa adalah fitrah manusia itu menjadi cemburu melihat pasangan mereka ketawa-ketawa dengan orang lain. Lelaki yang buat perempuan ketawa akan dicemburui oleh rakanwiranya [ yang buat mereka rimas kerana bersikap Raja Kawalan (King Control).]

Aku belum buat Nana itu ketawa lagi, aku cuma kata aku ini kawan ketawa. Ha! Ha! Ha! Ha! Sebenarnya aku lebih bahaya jika aku ini kawan menangis. Hi! Hi! Hi! Hi!

Dari kaca mata dia, aku buaya tembaga kelas 5. Lesen laut dalam dan bahaya untuk perahu-perahu kecil.


LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Have you smiled today? (pics)
Oktapodi (Animation)
Fascinating Savants (Article)

18 ulasan:

tasekM berkata...

kamu sebenarnya buaya emas, intan berlian tau tok~

ok hape... ahaks~

Unknown berkata...

tok memang ada tokoh buaya..menggoda (haha)

Yana Ismail berkata...

Auww. Di umur you skrang, you masih mampu menjadi ancaman kepada lelaki2 muda? dasyat tu;p

hik hik hik.

Moral of the story : Jgnla bgtau password anda kat org lain. ha ha ha.

azie berkata...

err..tak pe tok..walau seribu dtg dan pergi, kau tetap #1 di hati,ahaha

rasso berkata...

tok,

di mata i, hati tok selembut mentega ok!

takde nye buaya2 berlesen laut dalam nie... ha ha ha

Tok Rimau berkata...

Tasik,
Boleh jual Tok kepada Habib Jewels.

Feed,
Tapi Feed tak tergoda pun.

Princess,
Kongsi kasih tidak bermakna kongsi pin number ATM.

Azie,
Ha Ha Ha, Tok tak percaya kata-kata bersira gula mu.

Rasso,
Ambillah hati ku utk buat kek raya ni.

azie berkata...

tok..sampai hati..ai ikhlas dalam menipu u taw,ahaha

see....u gelak sakan time jawab komen ai kan?ahahaha

Lily Abdullah berkata...

Dalam satu tazkirah Ramadhan, Ustaz menyatakan bahawa adalah fitrah manusia itu menjadi cemburu melihat pasangan mereka ketawa-ketawa dengan orang lain. Lelaki yang buat perempuan ketawa akan dicemburui oleh rakanwiranya [ yang buat mereka rimas kerana bersikap Raja Kawalan (King Control).]

Entri Tok buat saya melihat kembali tindak-tanduk saya selama ini. (wooo..patutlah laki aku sentiasa cemburu bila aku ketawa2,walau dengan lelaki-lelaki seusia adik - mungkin juga berpangkat anak)

A t i Q a h berkata...

Rasso,
buaya tembaga tu, kulit je keras. Hatinya lembut juga. Ngeh3.


Kalau nak jadi Savant, kena accident kat kepala dulu. Ha ha ha.

Yana Ismail berkata...

hehe. setuju!;)

Duit dalam bank perlu dijaga rapi;p

Tok Rimau berkata...

Princess,
Kumpul duit tu. Senang kahwin nanti.

Atiqah,
Ni tengah hantuk kepala la ni.

Lily,
Nama ustaz tu Ustaz Ghazali

Azie,
U never fail to make me smile.

rudy bluehikari berkata...

kaktin ooo kaktin

Nida Shaari berkata...

Bila lagi U nak datang KL dan lunch dengan I?

sinaganaga berkata...

Nana tu yang... ermmm... ermmm... yang aku... ermmmm... ermmmm... pernah jumpe tu ke? Ermmmmm... ermmmm....

Tok Rimau berkata...

Naga,
Bukan la.Yang ehem-ehem tu dah ehem-ehem. Dia ehem-ehem tapi aku kata ehem-ehem. Nana ni lebih ehem-ehem. Lain kali aku ehem-ehem, aku ehem-ehem. Okay?!

Madu,
Okay baby. Sila book satu table kat The Legend for lunch.

Rudy,
Kau kawan dgn aku dah lama tetapi kau cuma kawan. Mari bersahabat dan berdamping dgn aku- aku tunjukkan kau syurga. ha ha ah.

Feeyona berkata...

Hai tok,
u ni nampak sweet sangat

*uwekss*

roserose*MrsYusof* berkata...

Tok,

Mungkin Tok menjadi ancaman kepada lelaki2 muda,tapi tidak ke si dia aku itu.

Dia tidak pernah jeles Tok,siap nak hamparkan karpet merah lagi di Lumut..hahahha!

snm | snm berkata...

erk..tepat spt yg disangka :p

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...