Sabtu, Mac 21, 2009

SEMANGAT SEORANG PELAJAR

10 malam. Semangat gila nak mentelah tetapi gangguan bunyi TV buat Tok tidak fokus. Elok tidur je dulu. Maka, Tok set penggera di telefon untuk kejutkan Tok jam 1 pagi. Zzzz.

1 pagi. Penggera menjerit. Tok tekan snooze.
2 pagi. Peggera menjerit. Tok tekan snooze.
3 pagi. Penggera menjerit. Tok tekan snooze.
.
.
6 pagi. Penggera menjerit. Tok ambil wuduk. Solat. Lepas Subuh rasa ngantuk lagi. Tidur tak lena. Macam ada gangguan setiap satu jam. Tidur semula.

Terjaga jam 10pagi kerana bunyi Ultraman Ace tengah lawan raksasa di TV.

13 ulasan:

Afrezal Karim berkata...

haha pengaruh kuat Ultraman Ace :). Salam ziarah sahabat.

dugongsenyum berkata...

macam kerja on call, haha

Lily Abdullah berkata...

Ya..ya.sungguh bersemangat :D

Yana Ismail berkata...

hu hu hu..you mmg pnuh dgn semangat ;P.. Kah kah kah...

i pun selalu je snooze alarm i..;)

i syak afimon yg buka TV kuat2..huhu..awal dia bgn..ahaks

tasekM berkata...

aku pun selalu juga tekan butang snooze tu tp lepas 2 jam snooze tu off sendiri.


.

Tanpa Nama berkata...

Waa...kalau macam tu,letak bunyi Ultraman Ace lawan Raksasa jadi bunyi alarm la tok.Hehehe!

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

hehehe..

aku juga gemar snooze..
rasa kacak je..

Ultraman Ace mampu buat Tok terkejut bangun ... adakah selama 3 minit je? =)

Tanpa Nama berkata...

oooh..itu semangat pelajar taraf ambil SPM je tok...hikhik ampun, tak niat nak sindir.

blackpurple @ jowopinter berkata...

Ooo...kalau ULtraman Taro, tak bangun lah Tok ye... Kena Ultraman Ace juga-lah ye...Hehehe!

Nizam.Ariff berkata...

Ni mesti terjaga time Ultraman tengah fire...

hana_kirana berkata...

sama macam aku *mengeluh berat*

terrarosa berkata...

saya punya alarm lagu ni,

"Indah sinar sang suria
Merdu irama sang bayu "

hahahahaa
bolehlah diharap pagi - pagi
:P

Tok Rimau berkata...

Terra,
bangun tidur terus menari kalau camtu.

Hana,
Kita sama. Cuma katil lain. Bantal beza.

Nizam,
Jaga masa lampu signal ultraman berkelip.

Black,
Berapa banyak ultraman yg ko kenal?

Amirah,
Tok tersinggung. Tok merajuk.

Zara,
Hari-hari hujan mmg sedap tidur.

Ariana,
Bagus gak idea tu. Nanti tok rekod ngauman raksasa tu.

Tasik,
Orang tua mmg perlu tidur lebih.

Princess,
Dia celik2 mintak TV.

Water,
Semangat hangat2 tahi ayam.

Dugong,
Kerja jaga.

Riezal,
Mmg generasi Ultraman. Dari bangunan kotak sampailah ke CGI.

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...