Jumaat, Ogos 28, 2009

DIRGAHAYU TOK RIMAU




Tekanan. Ini hari istimewa. Gua mesti tulis entri yang bagus. Tekanan.

Majlis sambutan Hari Keputeraan gua disambut dengan sederhana. Gua dan kawan-kawan JB dengar ceramah perdana Photojournalism di Pertubuhan Arkitek Malaysia Wilayah Selatan oleh yang berbahagia Alessandro Scotti, duta United Nation. Penganjur mensyaratkan semua khalayak pakai kasut. Bila sampai tempat kejadian, semua mesti buka kasut sebelum masuk dewan sebagai tanda hormat kepada karpet dalam dewan. Cheh! Sia-sia gua bergaya dengan kasut kulit.

Ceramah Alessandro Scotti disokong oleh foto-foto gig Jejak Narkotik di beberapa negara dan beberapa shots bandaraya Johor Bahru. Sambil dengar ceramah kami tanya soalan. Berterabur Bahasa Inggeris masing-masing. Ada sorang tu siap cucuk gua, minta alihbahasa soalan dia. Ha! Ha! Ha! Tetapi pun, Alessandro faham broken English. Antara soalan yang menarik:

Q: After shooting those violent conflicts, you are still alive?
A: Yes. Until now.


Ada satu gambar hitam putih yang paling melekat dalam kepala gua. Rasanya foto dari Colombia di mana pihak keselamatan membakar rampasan dadah jutaan dollar. Api menjulang naik dan asap berkepul-kepul. Dadah itu ambil masa lama juga nak hangus. Subjek foto adalah seorang pegawai keselamatan yang sedang ketawa lalok akibat terlalu lama berjaga memastikan bahan bakar tidak dicuri. Menarik. Gua nak mohon kerja anti-narkotik bahagian bakar-bakar ni.

Majlis ditutup dengan midnite show sebuah filem pendek Bumbung Aku Lantai Orang, wayang yang ditulis berdasarkan cerita dari blog gua. Ceritanya tentang pahit manis hidup di Flat Bukit Chagar (Arwah). Ini bertepatanlah dengan tugasan Alessandro Scotti di Johor Bahru untuk buat photo research habitat manusia di bandaraya ini.

Pasca Majlis, kami menjamu selera di restoran berdekatan. Bayar sendiri-sendiri.

p.s.
Lu tengok gambar kat atas. Dua-dua orang penting majlis adalah botak. Kalau lu tak botak, lu tahu la kedudukan lu. Sedar diri sikit okay.

16 ulasan:

landaklaut berkata...

selamat hari kejadian tok!

Jek berkata...

Salam Tok Rimau.

Mula-mula gua rasa marah jugak sebab luu timbulkan persoalan botak seolah gua & semua yang berambut tu tak sedar diri, tapi lepas keluar bilik air tadi, gua fikir balik, memang betul, kedudukan gua rupanya amat jauuuh lagi dari luu dan Alessandro.

Justru itu, gua nak mohon himpit-himpit selalu dengan lu, untuk belajar apa juga ilmu yang luu ada.

Sebab itu, bila bergambar, gua tak mau jauh-jauh haha.. Walaupun tak botak, at least, berkaca-mata tu kira diterima lah yer, ada gak persamaan... haha...

p/s - Syarat penganjur suruh berkasut, sungguh tak masuk akal.. sengsara siut gua cari kiwi kat stor semalam...

Firol berkata...

SELAMAT HARI LAHIR TOK.......

SEMOGA PANJANG UMUR,TERUSKAN PERJUANGAN...

rasa macam filem perang pulak....

fadlismile berkata...

aku pon perasan semalam tok.. hmm.. mgkin kerana org yg hebat ni terlalu bnyak berfikir.. tu yg habis rambut.. lepas ni aku pon jadi botak agaknye.. hehehe.. event semalam mmg best.. dah lame x jumpe geng2 photog n lain.. harap ade lagi pasni..

p/s : melampau yb razak siap kiwi kasut.. mlm bute sape tgk kasut bang.. seb baik yb x pakai kemeja siap tie.. hehe

thephotographer berkata...

aku lah yg mencucuk itu.. hahaha..
sebab dah banyak sangat tanya soalan. keh keh keh. memang berterabur bahasa inggeris sebab kagum tengok gambar dia. Excited tapi asyik balik-balik orang sama je tanya soalan.

lagipun tok kan ada sebagai translator. kekeke..

ape pun tok, kalau tak silap la. hari nie bday tok kan.
happy bday. Semakin tua semakin handsome.

thephotographer berkata...

kalau tau awal-awal bday tok hari nie, saya belanja teh tarikh tok yang kedua tu... keh keh keh keh.

NAA berkata...

selamat hari menjadi, tok...!!

Tok Rimau berkata...

Chem,
Thanks. Hadiah?

Jek,
Gi kedai gunting. Cakap pendek nombor 1.

Diz,
Tok cam Benjamin Button, makin tua semakin muda.

Tok Rimau berkata...

Cinta,
Thanks. Susah susah je.

Fadli,
Gua pun suka hangout dgn photogs w/pun gua pakai henpon cam je.

Amyz! berkata...

Selamat hari tua.

balduPuteh berkata...

SeMoGa PaNjAnG UmUr!!

Boleh sambut Hari Keputeraan Bersama Abah (25/8) N Epyn (24/8)
He.. He...

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

selamat hari lahir Tok~

kamu memang menuju era baru~

hehehe~

=)

ayobkelubi berkata...

konpom.gua botak balik lepas raya nanti.

azmeir berkata...

Salam suai kenal tok rimau..
hehe.. br je dapat bertemu muka dalam majlis ilmu ni..
tayangan Bumbungku Lantai Orang sangat menarik!

aku baru terjumpa blog ni.. terus subscribe rss dalam google reader..

Abdullah Mohd Nawi berkata...

Cita-cita gua nak jadi botak mcm lu bro...

Roti Kacang Merah berkata...

Cis, on the very same day, PAM HQ punya lecture punya la bosan macam nak muntahdarah.

Ada dengar2 khabar yang Alessandro Scotti nak beri ceramah di PAM-KL pula tak? Nak pergi.

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...