Isnin, Ogos 10, 2009
HARI MENULIS SECARA SUKAHATI
Hari ini aku nak tulis macam tahun pertama aku jumpa blog dulu. Dulu sangat. Zaman Tok Kadok. Entah-entah ada pembaca belum lahir lagi. Zaman tu, tulis je sesuka hati. Apa yang terlintas, tulis je. Hari ni sarapan nasi lemak dan karipap kentang 3 biji. Aku lebih suka karipap keledek. Lebih manis. Dan minum teh tarik.
Benda apa ek yang aku baru beli. Mmm... aku baru beli seekor monyet. Monyet solar kepala goyang. Ala yang letak kat dashboard kereta tu. Ramai orang letak bunga solar. Aku tengok kat Giant, RM10. Tapi aku jumpa monyet solar kepala goyang cuma RM6.90 kat IOI Mall. Terus sambar. Lagi pun bajet unik la sebab orang lain bunga, aku punya monyet. Sejak bila aku pakai perkataan "bajet" ni?
2 minggu lagi dah puasa. Orang sibuk buat kenduri tahlil. Ada gak sibuk buat kenduri kahwin. Aku pula sibuk main basketball. Nanti dah puasa, cuti main. Raya pun orang sibuk beraya. Ada cuti dua bulan main basketball. Boroi perut aku kang kalau tak lari-lari kejar bola. Aku tak pandai lari-lari jogging tanpa kejar apa-apa. Tak ada matlamat.
Okay. Cukup.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
73 SUNGAI TELOR
Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...
-
"Kenapa pada zaman aku, tiada orang nak tunjuk atau bantu aku dalam bidang yang aku suka?" aku tanya soalan ini dengan budak aku b...
-
Terbaca la dalam Metro tentang satu blogger: "Ketika itu saya menjadi peserta akhir untuk rancangan Fear Factor Malaysia pada 2005...
-
Sebelum Matt Groening terkenal dengan kartun dewasa The Simpsons dan Futurama, dia telah berkarya melalui Life is Hell. Life is Hell adalah...
16 ulasan:
wah..tok macam awek-sekolah-geng-pakai-baju-ketat-tudung-pendek-naik-motor-tarik2-baju-sebab-nampak-kulit-pinggang menulis blog..
fuiyoo..comelnye monyet tok..memang bajet lain dari yang lain..
ehh..saya 1st ke?
kalau ku letak apa2 depan kamu Tok, benda yang berharga mungkin, sanggup tak berlari berkejar2?
hehehe~
cis.. tok melayan gak menda2 munyit ni.. xpatut langsung..
ahaha..tulis macam tahun pertama jumpa blog?
monyet biru yang unik(^^,)
nak kucing gerak2 kepala ada x?
salam Tok. best apa baca bila Tok tulis mcm tahun pertama jmpa blog. mcm manja2 n comey gitu...ngalahkan monyet yg goyang kepala..
tok, kayuh basikal.... satu pakej ok.....
penyu solar kepala goyang ade tak toq? dah lama mencarik tapi blum ketemu.huhu
rimau kepala goyang takde?
zaman awal-awal menulis blog?
ni mesti sebab dah terasa tua...
hahahaha. i love ur entry so much. simpe n giler sempoi. neway, nape i xder jumpe pun monyet solar yg gerak2 tu woo!!!! nak gak :P
bila nak datang kl?
boleh borak2 kosong
kalau zaman dulu takde,tak akan ade zaman sekarang. tak salah imbas kembali sejarah. mungkin perasaan lebih menggamit hati.
monyet kepala goyang? hahah..
lawak pulak..hurm...
pasni ramai ltk monyet kepala goyang kat keta memasing..huhu..promote ek tok..
best la ayat2 tok..cayalah..
Catat Ulasan