Isnin, April 18, 2022

043 BAJU TERBANG LIAR

 Mengemas barang untuk pergi bike touring (lancong basikal?) 8 hari bukan mudah untuk orang baharu. Mula-mula aku longgokkan barang kepada tiga kumpulan - pakaian, alat berkhemah dan benda yang aku senang capai ketika mengayuh.

Dalam longgokan pakaian ada baju dan seluar mengayuh untuk 8 hari. Dan setiap malam aku akan pakai baju yang sama untuk tidur. Baju-baju ini aku siap bungkus dalam plastik berasingan. 

Dalam longgokan alat berkhemah ada beg tidur dan alatan memasak termasuk cawan dan pinggan yang diperbuat daripada tin. Makanan seperti mi segera dan milo 3 dalam 1 juga dalam longgokan ini. Aku mahu pastikan aku tidak lapar. 

Dalam longgokan benda mudah capai ada barang elektronik seperti kamera, lampu dan power bank. Toiletries juga dalam longgokan ini kerana memudahkan taharah bila perlu. Barang-barang ini aku mahu letak di handle bar bag.

Apabila tiba masanya aku dapati beg basikal yang aku bawa tidak boleh memuatkan semua barang-barang dalam longgokan. Aku terpaksa punggah dan kemas semula. Aku tinggalkan sebahagian barang yang sudah terpilih. Beberapa kali juga aku keluar masuk barang dalam beg sambil menilai semula keperluan membawa barang-barang itu. 

Mahu tidak mahu seorang pelancong basikal perlu belajar minimalis dan cerdik menyusun barang. Di sinilah aku merenung tentang konsep nafsu keinginan dan hakikat keperluan. 

Kadang-kadang aku lupa dalam beg mana aku letak barang. Terpaksalah aku buka semua beg. Toni bagi petua agar letak tuala atas beg baju agar kita sentiasa tahu mana satu beg baju. Jadilah macam Toni. Ini petua yang baik yang aku amalkan segera. 

Aku pelajari dari memerhatikan otai bahawa tuala, baju basah dan pakaian yang kotor boleh diletakkan di luar beg. Benda-benda ini akan kering apabila terdedah kepada angin dan matahari ketika kayuhan. Dalam beg juga hawanya panas tetapi pakaian terpakai di dalam beg akan berbau kepam macam ikan masin.

Pakaian di luar beg hendaklah diikat kemas dengan tali getah. Kalau kau ada duit, beli voile strap tetapi jika kau McGuyver, guna sahaja helaian potongan tiub basikal terpakai. Pakistan jual karpet selamat bawa dagangan keliling kampung dengan ikatan getah tiub sahaja. 

Apa pun, yang penting ikatan mesti kemas. Jangan jadi macam Toni. Ketika kami downhill menuju tasik Banding dengan kelajuan 60km/j dua tiga helai baju dia terbang. Antara yang hilang adalah tshirt #spedaliar yang rare. Jika kau jumpa tshirt tu di lebuhraya timur-barat Titiwangsa janganlah kau anggap macam sampah lain. Ada harga tu.

Pokok pangkalnya dalam karangan ini, aku mahu cerita pasal kepentingan untuk minimalis. Bawa barangan terlalu banyak pun tidak terpakai semuanya. Akhirnya baki biskut dan mi segera tu akan dibawa pulang. Mereka mengucapkan terimakasih kerana bawa jalan-jalan. 

Seharusnya kita sedar, sepanjang jalan juga ada kedai runcit kampung untuk kita beli apa yang kurang, jika perlu. Sebagai pengembara, kita boleh main peranan memajukan ekonomi kampung. Selebihnya, berserah dan bertawakallah. Kau akan terperanjat dengan rezeki seorang musafir.


13/2/22



Tiada ulasan:

74 SINGAPURA DILANGGAR BASIKAL

Singapura kini bukan Singapura yang aku kenal semasa zaman remaja ku. Hujung tahun 80an, duit Malaysia dan Singapura hampir sama nilainya. J...