Jumaat, November 26, 2010

RENGIT TIME TRAVEL AGENCY - TEE RIMAU No. 3

Saya suka berjalan-jalan di Rengit kerana terdapat banyak bangsal-bangsal menjual barang terpakai. Kebanyakan perniagaan ini diusahakan oleh orang asli.

Terlintas di kepala saya, entah-entah mereka ini punya mesin masa yang membolehkan mereka merentas ke zaman lampau untuk mengumpul barang-barang lama dan dibawa ke 2010. Lazat sekali ilham ini, sesuai sangat untuk projek Tee Rimau yang selanjutnya. Rengit Time Travel Agency- Tee Rimau no. 3.

Saiz cetakan rekabentuk atas baju adalah A4

Harga adalah RM30 termasuk belanja pos. Jika kalian berminat untuk pre-order sila hantar e-mel ke tokrimau(at)gmail.com dengan tajuk e-mel RENGIT TIME TRAVEL AGENCY - TEE RIMAU No. 3. Nyatakan saiz yang anda mahu. Saya akan balas e-mel kalian dengan menyatakan langkah transaksi seterusnya.

Saya akan menjual terhad 10 helai sahaja secara online. Bakinya untuk simpanan peribadi.

Sekarang tinggal 3 helai available. (updated frequently)

Siapa cepat, dia dapat. Bukan nak berniaga, cuma nak menggoda. Ahak!


Inspirasi lain untuk projek ini
1. Ada sekeping foto dari tahun 1940 di laman web muzium Kanada. Sepintas lalu, foto itu kelihatan seperti mana-mana foto lama. Tetapi, apabila diamati kelihatan seorang lelaki memakai baju dengan logo W serta mengenakan sepasang cermin mata hitam yang amat hip. Dari busananya, dia terlalu moden untuk zaman itu. Kesimpulannya, dia adalah seorang perentas masa. [Time Traveler Caught in Museum Photo]

2. Dalam sebuah filem Circus (1928) lakonan Charlie Chaplin kelihatan di kalangan orang ramai seorang wanita sedang menggunakan telefon bimbit. 1928 sudah ada telefon bimbit ke?  Kesimpulannya, dia adalah seorang perentas masa. [Cell phone time traveler from 1928]

Foto-foto di atas masih diragui kesahannya. Pun begitu, jika anda tertangkap bergaya dengan memakai baju Rengit Time Travel Agency, sahlah anda seorang perentas masa. Stok amat terhad. Beli sekarang.

Khamis, November 25, 2010

PENGURUSAN TAMAN YANG MAMPAN

San Anselmo's Creek Park Movie Night

Kebanyakan taman ditutup pukul 7 malam. Ini adalah satu pembaziran sumber.

Apa yang rakyat perlu adalah taman yang dibuka hingga jam 12 tengah malam. Kalau rakyat boleh bayar untuk main futsal, snooker dan gym bagi keselesaan riadah malam, maka rakyat juga tidak kedekut bayar untuk riadah di taman di waktu malam.

Untuk bayaran yang berbaloi, pengurusan taman malam perlu menyediakan kawalan keselamatan yang cukup bagi mencegah jenayah dan maksiat. Taman juga perlu menyediakan alat senaman, litar jogging, taman kanak-kanak, gelanggang takraw, bola keranjang dan amphiteater (sekadar menyebut beberapa pasarana). Bayaran masuk ini boleh digunakan untuk urusan pembinaan dan penyelenggaraan taman.

Kalau taman buka siang sahaja, tidak sempat rakyat pergi memandangkan kita kerja bertungkus lumus pada waktu siang. Lagi pun cuaca Malaysia terlalu panas untuk riadah terhad di waktu siang.

Kredit: Yusri Hashim, tukang komplen bebas.

Ahad, November 21, 2010

BASIKAL POSMEN IDAMAN HATI

Semalam saya singgah Batu Pahat membeli basikal terpakai dari Jepun. Harga basikal terpakai di sana sekitar RM100 hingga RM200. Saya angkat 3 buah basikal.

Di depan kedai itu dipamerkan dua biji basikal posmen Jepun berwarna merah. Tempat duduk penunggang diperbuat dari kulit lembu. Tempat duduk pemboncengnya lebar. Di hadapan handle ada carrier untuk beg surat. Sungguh memikat hati. Harganya RM500. Kalaulah masih muat masuk kereta, aku dah sambar basikal posmen itu.



Terdetik sebuah cerita:
...........
Sang Posmen
Nordin adalah seorang posmen yang kerjanya menghantar surat di kawasan kampung di Pulau Tioman. Dia jatuh cinta dengan Maznah tetapi Maznah sudah bertunang. Tunang Maznah berkerja sebagai polis di Kuala Lumpur.

Nordin memendam rasa menahan cinta tidak kesampaian kerana saban hari dia terpaksa menghantar surat cinta sang tunang kepada Maznah.

Bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, surat dari tunangnya semakin kurang. Akhirnya tidak ada langsung. Berpucuk surat sudah diutuskan, namun tiada balasan. Hari-hari Maznah menunggu Nordin, Sang Posmen, membawa khabar dari kota tetapi hampa belaka. Nordin singgah tetapi tidak membawa surat.

Ahhhh klise. Kau pasti tahu endingnya.

Jumaat, November 12, 2010

USAHAWAN PART-TIME

Team Wonderstuff akan menjual gajet fotografi, vintage comics and magazines dan pre-owned attire.

Kalau jumpa gua, sila bisik, "Tok, PhD second hand ada tak?" Gua akan keluarkan dari dashboard. Product haram ni memang tak boleh jual open.

Jumpa kita di Carboot Sales.

Khamis, November 11, 2010

MISSING PERSON

Lagi cerita Din Root aka Azaruddin Paiman. Dia hilang. Kawan-kawan tidak tahu dia di mana. Kali terakhir dia berkomunikasi dengan gua, dia kata nak jumpa bomoh untuk ubat kaki.

Bomoh ni bukan boleh percaya sangat. Buatnya dijadikan Din makanan jin, naya juga.

Apa-apa pun, kalau jumpa dia, sila contact gua. Pesan dengan dia, kucing kat rumah tak de orang bagi makan.

Selasa, November 09, 2010

APA KATA SURVEY

Masa gua muda dulu, ramai awek nak kawan dengan gua.

Tok post soalan di FB dan Twitter. Tok jumpa ramai wanita yang punya lebih ramai kawan lelaki berbanding kawan perempuan. Kenapa? Men are better friends?


Kita lihat jawapan-jawapannya.

Asrahales: nak faham lelaki kena kawan dengan perempuan ke>?hehehe

Zulhadri: Bcoz men understand women.

Ainfazrin: Lelaki tak cakap belakang. 'Boyfriend ko tu teruk. Tinggalkan je'. Kawan pmpuan akan swoh 'bersabar demi cinta'. Haha!

Gingerdon: because I talk/joke/fuck like a dude myself

KL48HFP: pompuan kalau sekelompok membawa bencana!

Atie91: perempuan xleh simpan rahsia seorg perempuan..HAHA

Khalizawati Mohd Zin: totally agree..

Cahaya Ilyana Zaini: Ada perempuan rasa berkawan dgn lelaki lagi seronok berbanding perempuan sbb lelaki x bzbody dan x menyebok hal dalam kain dia.

Zalila Isa: Otak perempuan yang sedia komplikated, harus diringankan dengan otak lelaki yang selalu make it simple. Tapi ada juga lelaki yang make it complicated.

Nisa Kamaruddin: sayelah antaranya. kawan dengan lelaki senang sebab cakap straight tak selindung-selingung, tak cepat terase hati dan tak emosional. juge boleh suruh angkat2 barang. heh.

Aishah Nur Hakim: sebenarnya, malas nak mengaku. tapi pemikiran perempuan selalu boleh diterima lelaki, walaupun sekadar "buat2 faham". perempuan rasa tidak membazir bila ideanya dicurahkan kepada lelaki berbanding perempuan. hate to admit this.

Zulela Jamaludin: saya suka berkawan dng lelaki .. lebih santai dan cool .. mmm .. tapi kekadang takut isteri isteri or gf mereka tersalah paham lah pulak :(


Nor Azlin: lelaki memerlukan perempuan ; perempuan memerlukan lelaki. macam magnet, mesti tertendang semula ke belakang kalau P-P, L-L. Sebenarnya, semuanya berkaitan psikologi. :P Penerimaan, mendengar, kadangkala, pihak berlainan jantina lebi...h cenderung memahami...

Hate to admit thid tooooo!

Fikri Kacak: Saya nak kawan dgn ramai perempuan tapi depa yang taknak kawan dengan saya :p

Ain Fadzal: sy byk kwn perempuan. kah kah kah. dulu sedang-sedang saya gemok banyak kawan perempuan. Tapi, sejak saya kurang-kurang gemok dari dahulu bertambah kurang kawan perempuan. sbb sy x cukup solehah. T-T

Nurul Yahya: Ada y tak kena dgn perangai perempuan tu..memilih kawan..susah nak bertoleransi..kalau org biasa,dia tak memilih,lelaki perempuan tua muda semua boleh dibuat kawan..

Yalynn Minority: saya sendiri asek terkene gosip liar dari mulut perempuan. mulut lelaki pun ada juga. tapi overall lelaki mmg mudah dibuat kawan selagi tidak menyelewang maksud berkawan. dan saya mmg punyai kawan2 lelaki yg rapat dgn saya. mereka lebih rel...ax dan tidak merepek fikirannya. at least blh balancekan pemikiran saya yang kadang2 merepek. neutralizer. dan saya juga punyai kawan2 perempuan yang rapat, ini sudah ditapis dari segi attitude yang sesuai dgn saya. saya tidak memilih sebarangan, ini penting supaya tidak tersalah pilih kawan yg BUSUK. :D

Spyz Tom Faizul: hv u ever heard what harry said to sally bout man-woman friendship? :-)

Aku La Q: baru nampak best, macam player coz ramai kawan lelaki... ha ha


Kesimpulannya: Lebih banyak wanita menjawab soalan yang Tok ajukan berbanding lelaki. Ini membuktikan dengan jelas dan muktamad  bahawa Tok mempunyai ramai teman wanita. Ha Ha Ha.

p.s.
Agak-agaknya lepas ni mereka unfriend Tok tak?

REDUP PEMIKIRAN

Din Root melayan Kenangan Lalu Mengusik Jiwa. Single and available.
Din update 9.00 malam tadi di FB mengatakan dia sudah ada blog, reduppemikiran.blogspot.com. Kawan-kawan berbondong-bondong pergi tengok mahu jadi orang pertama tinggalkan komen. Tak wujud pun. False alarm. Inilah konspirasi paling besar. Mak kepada bapak konspirasi.

Dalam gua tertipu itu, gua pun bikin reduppemikiran.blogspot.com. Gua tahu Redup Pemikiran itu satu jenama yang tidak boleh dipisahkan dengan Din. Sebagai manusia yang disumpah dengan kesetiaan, Din pasti mahukan Redup Pemikiran.

Bila dia mahukan Redup Pemikiran, dia kena bayar gua. Inilah mak kepada bapak peras ugut siber. ha ha ha.

Sementara itu, jam 7.33 pagi Jimbo bangkit tidur dan sarapan. Sambil dia makan nasi lemak, dia bikinkan blog untuk Din. Tajuk blog itu Redup Pemikiran tetapi urlnya http://pemikirandin.blogspot.com/ . Huh! Tak komersial langsung. Tapi tak sampai 12 jam, dah ada 5 postings. Memang prolifik. Kalau satu hari dia tak update, maksudnya dia hilang. Kita boleh buat report polis.

Kita lihat sampai mana dia bertahan.

Ahad, November 07, 2010

SIHIR KL48HFP



Okay. Kami tak menang. Kalau menang, kami akan takbur dan lupa diri. Kami bukan boleh lebih sikit. Hi hi hi.

Filem-filem lain dari KL 48 Hour Filem Project boleh ditonton di SINI.

Selasa, November 02, 2010

TAYANGAN PERDANA SIHIR tulisan Tok Rimau

Unofficial Poster

Official Poster

Sinopsis: Nurul, seorang wartawan, menyiasat kes santau sampai mati seorang ahli politik. Berjayakah Nurul atau dia sendiri yang bakal jadi mangsa?
Undilah filem ini untuk Audience Choice Award KL48HFP.

Tayangan Perdana
Waktu: 2 p.m.
Tarikh: Sabtu, 6 November 2010
Lokasi: Dewan Kuliah Utama, ASWARA

DATANG & UNDI: Mengundi adalah tanggungjawab anda. Undilah filem SIHIR tulisan Tok Rimau. Arahan Rozinor Razali. Semua pelakon dilatih oleh ratu filem pendek, Fazleena Hishamuddin. Diterbitkan oleh Pelita Bambu Production.

 .............
Berita lain:
Addeen Multimedia Sdn Bhd akan mengadakan satu open audition untuk mencari bakat voice actor bagi siri animasi 'Eicak'. Details are as follows:

Date: 9 November 2010 (Tuesday)
Time: 10 am
Venue : 5 Jalan Berlian 2, Taman Berlian, 68100 Bt Caves. (first floor)

Sebenarnya tempat ni kat greenwood, opposite Greenwood punya bas stand, tempat jual2 tiket bas ekspress tu. Shop house kat taman Berlian. Walaupun alamat dia tulis Bt caves.

kalau ada problem dengan lokasi tempat, contact

1. Azman0193832341
2. Dean Sham0173043907

Voice acting ni adalah projek berbayar. bayaran di tentukan berdasarkan pengalaman actor, watak yg diberi, jumlah watak.

So sesiapa yg tamak haloba bole amik 2,3 character buat 2,3 suara dapat 2,3 bayaran. hahaha.

Kalau anda takde bakat, sila sampaikan mesej ini pada rakan yg ada bakat. Sekian terima kasih.

Selasa, Oktober 26, 2010

MENCARI CINTA

Suatu hari, Esah merasa sangat bertuah. Maka, dia pun mencari cinta.

Isnin, Oktober 25, 2010

PERASAN POPULAR


Gua melabuhkan punggung di atas kerusi. Keluarkan sebatang rokok dan cucuh api. Gua sedut penuh paru-paru dan lepaskan perlahan-lahan. Setiap sedutan mesti dinikmati. Rokok mahal sekarang.

Gua panggil pelayan datang ambil pesanan. Pelayan itu datang sambil berlenggang. Dia catat pesanan dan terus ke dapur. Mata gua tidak ikut pinggulnya ke dapur. Pandangan kedua dah kira dosa.

Lima minit kemudian, pelayan itu datang menghulur cawan atas meja. Dia kata, "Tok Rimau?"

Terperanjat gua. Macam mana pelayan ni boleh kenal gua? Tidak sangka gua popular.

Gua pun menghulurkan tangan untuk berjabat. Gua tanya, "Macam mana kenal?"

Pelayan itu nampak keliru. Dia ulang lagi dengan nada lebih kuat, "Teh-O limau?"

"Teh-o limau?" Gua pun ketawa, "Ha! Ha! Ya, ya, abang order teh-o limau tadi."

Celaka! Gua salah dengar. Malu gua. Malu siot. Merah muka gua agaknya.

"Terimakasih," sambung gua lagi cuba kawal kool. Pelayan itu pun berlalu. Dan gua pasti dia berlalu dengan anggapan yang bukan-bukan.

BRING YOUR OWN TENT



Converse Jamboree 2010 6 - 7 Nov - 2 days and 1 night creative camp workshop

Only open for 18 - 21 years old.

Please fax in your entry form to 03 – 5632 0737, and call 03 – 5631 6500 (Nakiah) to check if we receive your form copy.

All entries must submit to us before 31st October 2010. Campers are limited to 150 participants only. We hope to see passionate faces and flaming talents who constantly ready - to learn and evolve.

Get your form and details HERE.

Rabu, Oktober 20, 2010

CASH & CARRY


For Sale. Syiling 50sen tahun 2007. Tunai dan angkat. Harga patut. Hanya Rm0.50

Selasa, Oktober 19, 2010

KEDAI HARTA KARUN

Sila datang ke Kedai Harta Karun gua. Gua tengah buat sales sempena musim kemarau. (Kalau lu friend je baru boleh masuk ini kedai. Eksklusif gila)
Gua tidak mahu, bila gua mati nanti, waris-waris gua berebut harta karun gua. Oleh itu, lebih baik gua jual sekarang. Keuntungannya kelak, gua boleh tempah plot tanah kubur yang dekat bawah pokok. Redup sikit kubur gua. Waris-waris datang nak baca doa pun tak mengeluh.

Rabu, Oktober 13, 2010

KEDAI HARTA KARUN

Bayangkan sebuah kedai. Namanya Kedai Harta Karun. Mungkin 20 kaki panjang dan cuma 6 kaki lebar. Barangan yang dijual dipamerkan kemas dalam rak berkaca dari dinding kiri ke dinding kanan dan lantai ke siling.

Apakah barangan yang dijual? Harta karun. Ini termasuklah komik, anak patung, buku stem, piala, t-shirt dan piring hitam. Sebenarnya banyak lagi tetapi malas nak sebut semua. Harta karun adalah barangan yang aku sayang tetapi kegunaannya sudah hampir tiada atau tiada langsung.

Berbalik kepada saiz kedai. Biasanya kedai lebar sampai 70 kaki tetapi kenapa guna 6 kaki sahaja? Oh! Sebenarnya ini konsep bukan nak niaga, cuma nak menggoda.

Depan sahaja nampak macam kedai tetapi sebenarnya di dalam adalah ruang latihan untuk bengkel penulisan, penerbitan, fotografi dan filem. Dalam ruang latihan ada meja-meja bulat, papan putih dan projektor. Bayangkan macam sekolah tadika tetapi untuk remaja dan orang dewasa.

Konsep dan idea ini adalah inspirasi dari projek 826 National, sebuah organisasi untuk bengkel penulisan dan penerbitan. Mereka ada 8 cawangan di Amerika Syarikat dan di setiap satu didepani sebuah kedai "gila". Ada kedai Time Travel, Bigfoot Research Center, Kedai Lanun, Kedai Jelajah Angkasa, Kedai Robot, Kedai Bosan dan paling mengujakan adalah kedai Superhero di Brooklyn (Sila klik untuk lihat gambar).

Itulah mimpi saya pagi ini. Hi! Hi! Hi!

Selasa, Oktober 12, 2010

IMYVM


"But that's alright, Because I love, The way you lie, I love the way you lie, I love the way you lie," bunyi nada dering lagu Eminem dan Rihanna. Ajan angkat telefon.

Rima: Rindu saya?
Ajan: Mestilah. Rindu sangat. Macam lagu Senyumlah Kuala Lumpur- Alleycats, "Di lebuhraya, di papan tanda, tergambar wajah mu.."
Rima: Sweetnya.
Ajan: Atas Papan tanda tulis, "Awas! kawasan Kemalangan." Ada gambar tengkorak. Hi! Hi! Hi!
Rima: Jahat!

KARUNG GUNI DOT COM

Kepada penggemar barang langka (rare), gua baru jumpa satu kedai yang amat langka di Johor. Ia menjual barang-barang terpakai dalam bentuk mainan, perhiasan rumah, perhiasan badan dan barangan antik. Kebanyakannya datang dari Australia.

Taukenya bernama Jane dan Vincent. Mereka sangat peramah. Gua singgah beli pelbagai bentuk Spiderman, Batman dan buckle talipinggang tembaga.

Oleh kerana kedai ini langka, maka maklumat kedudukan kedai ini juga langka. RM10 untuk maklumat lokasi. E-mel gua untuk urusniaga maklumat.

Gua memang pakar bab model perniagaan ganjil dan ekonomi baru. Ha ha ah!

Otai-otai di luar kedai bukan untuk dijual

Kereta-kereta plastik terpakai
Kereta-kereta besi
Figura aksi pelbagai bentuk
Topi koboi asli dari Australia sesuai untuk di pakai ketika mahu melaram.
Gua pun patutnya duduk sebelah barang-barang antik ni. Ha ha ah!

Selasa, Oktober 05, 2010

Isnin, September 27, 2010

ESOK MASIH ADA

Letak gambar kuih rasa macam blog makcik-makcik

Menunggu Syed datang macam menunggu kucing bertanduk.

Awal pagi Syed SMS kata, dia nak datang beraya ke rumah aku. Tentulah aku berkemas-kemas dan mula memikirkan apa nak jamu dia.

Tapi, batang hidung dia tak kelihatan.

Ini contoh perkara yang membatalkan raya. Janji nak datang tapi tak muncul-muncul.

Tengahari aku tanya, "Mana?" Dia sedang beraya di tempat lain. Giliran rumah aku lama lagi gamaknya.

Petang sikit aku tanya lagi, "Mana?" Dia kata dia kat rumah tunggu Shafiq datang rumah dia. Eh! Bila dia nak datang rumah aku ni?

Tidak boleh jadi ni. Aku kena desak sikit biar dia datang cepat. Aku tidak boleh pergi ke mana-mana selagi dia tak sampai. Habis program aku satu hari tunggu dia.

Jadi, aku hantar beberapa siri desakan via SMS setiap beberapa jam.

"Air batu dah sejuk ni tunggu lu datang."
"Jangan sampai bara BBQ ni jadi abu."
"Oiii ayam atas BBQ dah jadi arang."
"Bagi tahu exact time bila lu sampai rumah gua."

Akhirnya jam 10 malam dia sampai. Dia datang dengan Shafiq.

"Mana BBQ?" Dah la lambat. Ada hati tanya BBQ.

 "Tadi ada group marhaban datang. Mereka habiskan." Aku bohong.

"Cheh!" Syed tahu aku bohong.

Aku hidangkan dia spaghetti goreng dan koktail buah. Sambil-sambil menjamu selera, aku marah dia sebab buat aku tunggu. Dia tidak mempertahankan diri tetapi dia minta aku baca balik SMS yang dia pagi tadi.

"Saya nak datang raya rumah Tok esok."

ESOK. Bukan hari ni. ESOK. Bukan malam ni. Oh! Aku terlepas ESOK sebab aku amalkan speed-reading. Aku la yang tercepat, bukan dia yang terlambat. Malu dowh!

Ini contoh perkara-perkara yang membatalkan raya. Marahkan orang tanpa usul periksa. Mengenakan pula. Paksa orang datang rumah. Ish ish. Raya-raya tambah dosa.

Maaf zahir batin kepada Syed dan Shafiq. Dari hujung rambut sampai hujung kaki. Dan seluruh ukur lilit badan. 0-0. Janji, aku tak buat lagi.

Khamis, September 23, 2010

TAKTIK CONMAN


Fatin mendapat panggilan telefon dari Ms Ng, MBF Cards. Ms Ng menuntut Fatin melunaskan hutang kredit kad RM8500. Kali terakhir, kad tersebut dibelanjakan adalah di Jakarta, Indonesia. Ms Ng menyatakan butir nombor kredit kad, nombor kad pengenalan dan alamat Fatin di Lot 261, Jalan Pantai, Kota Kinabalu.

Fatin naik marah. Dia tidak punya kredit kad MBF. Dia juga tidak pernah jejak kaki di Indonesia. Passport pun dia tidak ada. Dan dia tidak tinggal di Kota Kinabalu. Fatin bermastautin di Johor Bahru.

Ms Ng memberi nombor telefon Pusat Aduan Pemalsuan Kad Kredit, Bank Negara kepada Fatin. Ms Ng menggalakkan Fatin membuat aduan. Fatin segera menelefon. Pegawai Bank Negara menanyakan butir-butir kes serta butir-butir akaun sebenar Fatin.

Fatin rasa tidak sedap hati mendedahkan maklumat sulit melalui telefon. Dia segera meletak telefon. Dia segera bergegas ke Balai Polis berdekatan dan pusat MBF. Saya menjadi drebar Fatin untuk ke Balai Polis dan MBF. Ya, watak saya kecil sahaja dalam episod ini. Hi hi hi.

Menurut Polis yang mengambil laporan, dalam minggu ini sahaja sudah ada 4 kes yang sama. Salah seorang mangsa penipuan bagai terpukau dan menyerahkan RM10 000 walaupun dia tidak pernah ada kad kredit. MBF juga membuat penjelasan Ms Ng tidak bekerja untuk mereka dan tiada orang membuat kad kredit menggunakan nama Fatin.

Nasib baik Fatin cepat sedar walaupun ketika itu emosinya bercampur baur panik dan marah. Nasib baik dia tidak menyerahkan butir-butir akaun yang membolehkan "pegawai bank negara" menyedut duit dari akaunnya.

Apa pun, untuk tujuan keselamatan. Fatin bukan nama sebenar mangsa yang hampir tertewas. Dan kawan-kawan semua hati-hatilah. Sekian laporan saya.

107 SUNGAI KARAS KE SUNGAI BEKOK

Kurang 12 jam sebelum ekspedisi Sungai Karas–Sungai Bekok, Toni telefon aku. “Berita buruk. Saya tidak dapat pergi kerana ada tugas rasmi ya...