Isnin, Mac 03, 2008

AIR KEROH




"1 missed call," kata telefon aku yang sudah tidak trendy lagi itu.

Ini mesti dia. Dia mesti mahu bercakap dengan aku sebelum dia masuk kawasan kampung. Di sana, katanya, signal cuma satu bar. Line tidak jelas.

Aku hantar SMS.

"X bleh jwb. Td jmakasar kat RnR Air Keroh."

Dia balas SMS.

"Jimak kasar? U jimak kasar or lembut, jgn cerita dgn I."

Aku hantar SMS lagi.

"Solat jamak qasar la bodoh."

Dia balas.

"Mana I nak faham. Lain kali tulis la lengkap."

Orang lain semua faham. Dia sahaja yang tidak faham.

Aku balas balik SMS.

"SMS = SHORT messages sytem. Bodoh"

Dia tidak balas SMS aku lagi. Merajuk la tu agaknya.



LAWATAN SAMBIL BELAJAR
  1. Gambar hiasan oleh MangosteenSkin.
  2. Sol-jah masuk hutan.


p.s.
Jawapan kuiz nanti dulu ya.

17 ulasan:

mangosteenskin berkata...

Tok, kalau talipon saya berbunyi katakan saya sedang jmak kasar ya. Haha.

bluecherry @ fai berkata...

tok,

sms = sistem merosak sopan, berbahasa.. he he

rasso berkata...

hahaha...

tanda2 nak beli phone baru la tu~

azie berkata...

dia merajuk sebab tok bagitau dia tok jmak kasar,muahaha.bukan sebab tok panggil bodoh.

blackpurple @ jowopinter berkata...

Hahaha!

Jimak ada kasar - lembut rupanya....

Cinta berkata...

kenapa cakap dia bodoh? hu...hilang hormat..

Yana Ismail berkata...

hehe..itula kan..org da tersalah anggap..ambigious btol sms tu..hik2

A t i Q a h berkata...

tidak! kalau ikut dasar auku, saya tak boleh baca entri ini. jangan masukkan saya dalam ASI.

Azhar Ahmad berkata...

Tok, saya pun terasa nak merajuk, kalau dibodoh-bodohkan.... Uhuhuhuhu

Tok Rimau berkata...

Mango,
Telefon u bisu la. Lagi semalam tunggu tidak bunyi2. I cuba delete SMS atas telefon u dgn liquid paper.

Blue,
Bahasa tidak rosak, ia berkembang mempelbagai.

Rasso,
Ongkosnya masih dikumpul.

Azie,
Tahu sahaja engkau. Aku tidak boleh berahsia apa-apa dengan engkau.

Black,
Sudah gaharu cendana pula. Hi hi hi.

Cinta,
Saya cakap dia bodoh sebab dia bodoh.

Princess,
Dia tu yang befikiran tidak bersih. Itu pasal pentafsirannya ke situ.

Atiqah,
Takbir! Takbir! Takbir!

Azhar,
Tak kuasa Tok nak memujuk kau. Buruk bebeno kau merajuk.

elmi berkata...

tok,

sungguh keji entry ini. hahahah..

jiGOMorrison berkata...

Bukan aku 'mute'-kan. Dah memang dia dalam 'silent mode'. Apa nak buat? Ada tips ka?

Tanpa Nama berkata...

Ha ha...tinggi betul bahasa SMS tu.

Tok Rimau berkata...

Elmi,
Keji adalah nama timangan aku.

Jigo,
Dia bising kau marah. Dia diam pun kau marah. Macam mana nak memenangi kau?

Azzam,
kadang2 aku dapat esei ditulis dalam bahasa SMS.

Husni,
Jamak Qasar berjemaah selalu la.

azie berkata...

haish..i know too much la tok..erm, makin terpesong komen2 kat sini. bahaya nih..

rudy bluehikari berkata...

hahahaahaha!

saudagar gaRAM.. berkata...

kawan saya penah kata..

kalau nak jadi pandai..
anggap semua orang kat keliling kita bodoh..

terangkan satu persatu..dari a sampai z..

sampaikan org tu nanti kata..

hoi..aku tak bodohlah.
dan kemudian..

kau jawablah..
tapi kau tak nampak pandai jugak..

hahahaaa...
(tiada kena mengena dgn post)


tapi saya slalu buat karangan dalam SMS..
mungkin saya ada bakat jadi penulis,tok..


hahahaaaaa

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...