Rabu, Mac 12, 2008

ISI DOMPET



Jarang aku kena tag. Orang takut mahu tag aku. Takut kena gigit.

Rekrut baru Soljah, Si Pipiyapong Hilang Punca, tag aku. Berani betul dia tag aku. Tidak sayang tangan la tu. Aku gigit terus kudung nanti. Ketuk dram sebelah tangan je lepas ni.

Apa pun, nak jadi Soljah mesti berani. Aku kena layan juga budak Pipi ni. Dia sudah tunjuk berani. Mahu bagi pingat Hang Tuah, tidak mampu la pula. Layankan sahaja.

Aku bawa keluar dompet aku. Bonia. Awek aku bagi. Masa dia bagi tidak ada duit dalam dompet ini. Aku mengeluh. Aku syak dia beli dompet ini dengan duit aku juga.

Tag: Apa ada dalam dompet anda? (Memang soalan kepoh jaga tepi kain orang la ni)

1. RM22.45 sahaja. Semalam ada ratus-ratus tetapi aku sudah bagi awek buat dia joli-joli beli kasut atau coli (aku pilih perkataan coli sebab rhyme dengan joli). Kertas-kertas yang ada gambar sultan inilah tangkal mengorat yang dikatakan oleh Pipi.

2. Kad Diskaun Badan Bookstore dan Popular. Aku belum jadi ahli MPH.

3. Lesen memandu terkini. Dua keping lesen memandu yang dah mati. Kenapa aku simpan sampah ini? Entah.

4. Kad nama: Tauke Ujanailmu.com.my, jurnalis majalah Nur (Karangkraf), pensyarah UTM dan Corporate Affair BMW. Kata orang tua, dari kad nama yang seseorang itu simpan dalam dompet ketahuanlah peribadi seseorang. Chewahh! Aku la orang tua yang berkata-kata itu.

5. Gambar awek. Cun. Kalau tidak cun, bukan awek aku la.

6. Secebis kertas dengan semua nombor akaun simpanan, akaun semasa dan akaun hutang. Aku takut lupa nombor-nombor ini. Aku juga letak tandatangan atas kertas yang sama, takut lupa rupa tandatangan aku. Nanti tidak percaya kerani bank kepada aku kerana tandatangan berubah-ubah. Maklumlah orang kreatif.

7. Resit ATM. Keluar duit RM1K. Biasalah. Orang berada belanja awek. Kalian tidak biasa? Aku tahu kalian bukan orang berada.

8. Resit mesin deposit tunai. Bayar hutang kereta.

9. Dua keping resit beli buku. Resit pertama, Popular bookstore RM151.30. Mahalnya buku. Aku baru sempat baca kulit depan sahaja. Sebenarnya aku beli buku untuk hias rak aku agar aku kelihatan pandai di mata pelawat. Keji. Resit berikutnya, Badan Cermelang bookstore. Tajuk: Studi Ilmu-ilmu Quran. Rm31.50. Ishhh... macamana resit ini boleh masuk dompet aku? Misteri. Ada isyarat dari langit ni.

10. Simkad nombor rahsia. Aku guna nombor ini bila mahu buat peras ugut atau panggilan-panggilan yang menyalahi undang-undang negara. Kalau engkau dapat SMS, "sunyi, hubungi saya." Mungkin itu dari aku.

11. Kepingan kad sim 3G maxis nombor sekarang. Ada tercatat nombor PUK*. Penting ni. Aku malas mahu hafal nombor. Apa ke jadah PUK* pun ada nombor?

12. Kad Mesra Petronas. Entah bila mahu kena Supercar. Petronas dah kaya raya makan duit aku. Nanti bila kena, lelaki-lelaki muda akan nyanyi lagu Jamal Abdillah:


"teman baru mu lulusan luar negeri,
berkereta sana-sini,
diri ku tak kau hiraukan,
mudahnya kau lupa pada janji."


13. Habuk warna kelabu. 5 mg.

14. ATM Bumiputra Bank. Masih laku walaupun tidak ada logo CIMB.

15. MyKad. Alamat rumah lama. Kalau hilang, orang mahu pulang mesti sesat ke rumah lama.

16. Kad diskaun kedai alat tulis Rainbow.

17. Kain lap cermin mata. Digunakan bila nampak awek jogging kat padang dan untuk membaca skrin elektronik waktu-waktu solat di masjid.

18. Dawai hitam sejengkal. Dawai ikat kabel ni. Kenapa aku simpan dawai ni dalam dompet. Misteri betul.

19. Resit pengajian. Bukti aku sudah bayar universiti.

18. Resit cermin mata Merlin.

19. Kad kredit. Master Card. Satu lagi tangkal mengorat.

Dan aku kena tag entri berantai ini kepada lima orang lagi. Kalau tidak jam aku akan mati dalam masa 24 jam. Oleh itu, aku tag orang yang selalu komen di blog ini. Aku tag awek-awek sahaja. Mereka ini semua mangsa tangkal Pengasih Dawai Kabel Hitam nan Sejengkal. Itu pasal mereka selalu datang blog ini.

1. http://atiqahnasir.blogspot.com/
2. http://princessliyana1706.blogspot.com/
3. http://miszazie.blogspot.com/
4. http://psittacula.wordpress.com/
5. http://madulebah.blogspot.com/

Aku tahu kalian baca blog ini, sila buat apa yang patut. Jawab soalan: Apa ada dalam dompet/purse/beg tangan. Jika tidak jawab, sumpahan entri berantai akan terjadi. Jam kalian akan mati dalam masa 24 jam.

39 ulasan:

Azhar Ahmad berkata...

Yeah 1st

Azhar Ahmad berkata...

Ahahahahha, tak tahan... tok siap timbang debu debu lagi... Ahahahahah... 5mg tuhhhh

blackpurple @ jowopinter berkata...

Dawai hitam? Isk!

Apapun tahniah tok kerana bersemangat kesukanan menjawap tag ....

Pipiyapong Abdillah Hamzah berkata...

haha..caya le tok..gua tgh siasat apa jenis peribadi tok ni..

Max J. Potter berkata...

eh, tok pun jwb tag? i thot rimaus have other things to do. *^^* btw, i answered your comment. some things just DON'T go out of date.

irdhi_hayati berkata...

dawai itam untuk cuck cdrom bila cd sangkut kat pc kut heheheh

jiGOMorrison berkata...

Lain kali kalau nak tangkap gambar kredit kad, tangkaplah betul-betul. Aku tak nampak nombor awal kad kredit HSBC kau tu.

Kau tolong alihkan sikit dompet kau tu.

Terima kasih.

A t i Q a h berkata...

Kau kijam tok. Saya ada esaimen yang perlu diberesin malam ini. Dengan kelas Mandarin lagi. isk
Tok, upah sehelai kertas merah yang ada muka sultan tu. Boleh?

Amyz! berkata...

Banyaknya isi wallet~ Macam poket doraemon.

rasso berkata...

hahaha... tok bukan dapat isyarat dari langit la... bukan kah resit tu tujuan nya untuk tok tolak cukai nanti... maklumlah... beli buku boleh escape bayar cukai lelebih... ha ha ha...

Izzah berkata...

tok,habuk tu boleh dijual?nak simpan kat museum habuk sedunia.
unik tu,boleh kumpul habuk dalam dompet

dugongsenyum berkata...

dawai? ermm... entri sebelum ni ada berkaitan rambut. dawai itam? ermm...

azie berkata...

adoilah..
dahlah kne jampi, ni kne tag pulak doh..

Yana Ismail berkata...

dush2..kna tag pule..tok2.hehe
byknyer harta u dalam wallet tu..kalo i nak yg bercop sultan tu sume bley?=).wahaha

Yana Ismail berkata...

owh tok ni ade guna tangkal pengasih ke.ish2.bahaya.tak dpt yg bercop sultan, mestila i mau ur master card.credit card.huhu..it's all about the money..lalala

pengkao berkata...

habuk kelabu 5mg..
kemenyan?
mintak penjelasan.

Tanpa Nama berkata...

Habuk warna kelabu? 5mg pulak tu. Semacaaaam je ni heh!

Layla Haq berkata...

Tag? Sah semalam kelaparan dan kekeringan ditinggalkan bersendirian sampai rela layan tag. Hahahaha

Dawai hitam, saya syak di 'magic'kan jadi cincin emas bertatah permata - untuk sigadis.

Tok Rimau berkata...

Azhar,
Mula-mula aku nak tag kau. Dah taip nama pun. Tiba2 aku terperasan, aku cuma nak tag awek je. So, nama kau kensel.

Black,
Dawai hitam ini berguna dalam masa kecemasan. McGyver pun simpan satu. Just in case. Eh, adik2 lain kenal McGyver?

Pipi,
tak payah psikonalisa, aku dah tahu. Tok seorang lelaki urban yang tahyul. Yeeehaaa.

Hannah,
Golden Compass, so out of date.

Irdiyati,
Cucuk CD, ikat pokok bunga, korek telinga, ikat kabel, jadi cincin, etc. 1001 macam khasiat la dawai ni.

Jigo,
Bak sini nombor akaun kau yang kering tu. Aku tranferkan duit. Untung tender gantung poster BN aku banyak ni.

Atiqah,
Belajar rajin-rajin. Sudah besar jadi macam Tok.

Amyz,
Topikopter pun ada tapi tok tak simpan dalam wallet. Nanti Tok terbang ke K9.

Rasso,
Oh ya. Ini resit engkau. Patutlah aman je dompet Tok. Rupanya ada resit ini. Tok cek juga kalau2 ada teguran tercatat atas resit tu.

Sunshine,
You are my sunshine, my only sunshine (Tiba2 rasa nak nyanyi).

Habuk itu mengandungi DNA dagu orang mati. Huh! Misteri Nusantara!

Dugong,
Rambut tok macam dawai. Nak gunting kena pakai playar.

Azie,
rajin2 la cari pendinding.

Princess,
Itu baru dalam wallet. Dalam poket tok lagi banyak harta. Pisau rambo, tanduk kambing gurun, akar tongkat ali, buluh perindu, kain kuning 6 ela, kain kapan orang mati beranak sulung, Portable hard disk, printer, banyak lagi. dah jadi macam Giant Super Store.

Lalox,
ya. serbuk kemiyan. bagi makan rimau jadian tunggangan Tok. aummm.

Azzam,
Tidak cukup utk gantung mandatori. Ha haha. 5mg je.

Zalila,
Betul. Dawai tu adjustable. Sesuai untuk gadis gemuk atau kurus. One size fits all.

Yana Ismail berkata...

sejak amik phd ni bertambh2 ek harta dalam wallet tak pun dlm poket u ek.hihi. Giant super store tu kire tok punyela ek?hihi

azie berkata...

isk, tok ni mistik lah..poket pnuh bende2 mistik..erm, tok ngan ayah pin tu de kne mengena ke?

mangosteenskin berkata...

blog tok ni bersifat antidepresan. jarang sekali dapat mengelak dari senyum kalau singgah.

AdIQuE berkata...

tok...dawai tuh utk apa tok? nak korek duit syiling kat public phone eh??

Nida Shaari berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Nida Shaari berkata...

dawai hitam tu boleh guna untuk cungkil gigi..

atau umpil pintu kereta.. (kereta Tok bukan Z4 kan?)

Amyz! berkata...

Hahaha.
Bleh pula selitkan lagu Jamal Abdillah kat situ. Hahaha.

izzat berkata...

hahaha..kok semua di tag is wedok (perempuan in JAWA)...
cepat susut kandungnya walau masih mudah usia...hahahah..camana di tengah bulan nanti...duit.duit

sinaganaga berkata...

Mau,
Aku belajar satu - sekalai kau belikan perempuan karipap sardin - dia kenang kau sampai mati! HA HA.

ayobkelubi berkata...

pun sama gak macam daun,mcm amyz, simpan resit.haiyaaaah!

Lily Abdullah berkata...

Fuh..lega sebab tak kena tag. Dan ada satu tag yang belum berjawab hahaha.

Unknown berkata...

yuhu~
:P

Tanpa Nama berkata...

sedih aku tak kena tag...hahahaha

Pegawai Khalwat berkata...

Baru aku tau hang ni misteri ya Tok.

Amiene Rev berkata...

Ada sesiapa yang berani mengetag Doraemon. Kononnya barang-barang di dalam pokentnya sungguh banyak dan beraneka warna.

Tok Rimau berkata...

Princess,
Dulu lagi banyak barang sehingga terpaksa bawa pouch pinggang.

Azie,
Ayah Pin kerajaan langit. Tok cuma pembangkang di kerajaan langit.

Mango,
Teruskan senyum. Kau begitu manis bila tersenyum.

Adique,
Tok pun tidak ingat bila kali terakhir guna public phone. Sejak ada henpon ni.

Madu,
Z4. Nanti kalau kena tikam Kad Mesra Petronas. Baru ada Z4.

Amyz,
Mungkinkah boyfriend kamu yang akan mendendang lagu Jamal itu? Ahak! Keji!

Herizat,
Duit! Duit! Bikin perut buncit. Kata Kembara.

Naga,
Membazir je aku belikan Burger King. Karipap sardin sudah cukup ya.

Ayob,
Bukti pembelian. Income Tax purpose maaa. tapi resit kasut tak deductable.

Lily,
Tok tahu. Itu pasal Tok rizabkan Lily.

Zara,
Yuuuu to you too.

Amirah,
Kasihan kamu tidak ada kawan nak tag kamu. ahak!

Pegawai,
Dalam siri bercakap dengan Jin, aku berlakon sebagai Jin.

Amin,
Sila ke doramon.blogspot.com dan tag dia.

ezham berkata...

Apo kabar tok.

Unknown berkata...

its pretty out of date la hanna j. potter..right tak, tok harimau? tapi tok harimaunye paru-paru lg out-o-date!!!!!

Yana Ismail berkata...

wow!from a grammarian to a doctor. You must be very rich ae.=)

KunangKunangMalam berkata...

nilah satu2 tag sya bejaye baca sampai abes..sgat2 klaka~ buleh wat terapi otak..=)

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...