Isnin, Ogos 25, 2008

MENUTUP LANGIT

Seminggu sudah blog aku menyorok. Kawan-kawan yang ingin membaca menghubungi aku melalui telefon, e-mel dan Bukumuka. Aku jemput mereka jadi pembaca.

Dulu aku ada sekitar 200 pembaca sehari tetapi sekarang, setakat ini cuma ada 20 pembaca yang boleh membaca. Selamat tinggal lampu neon dan flash kamera. Selamat tinggal alam glamer.

Pun begitu, mengamalkan dasar langit tertutup ini buat aku rasa sunyi. Rasa sepi. Perasaannya seperti tiada ada orang peduli lagi. Untuk hilangkan kesepian, aku coret entri ringkas di nota Bukumuka.

Aku bukan sahaja menyorokkan blog, aku juga mula memboikot orang di Gtalk dan Yahoo Messengger. Di Bukumuka, aku padam kawan-kawan tanpa foto profail. Apahal tiada muka dalam Bukumuka? Aku tidak perlukan sahabat punya rupa tanpa wajah.

Aktiviti memadam orang ini buat aku merasa seperti punya kuasa malaikat maut. Rasa amat berkuasa. Rasa kejam. Kalau tidak percaya, cubalah. Pilih satu orang, dan padam dia dari hidup kalian. Kalau dia tanya, "kenapa buang aku?" Jawab dengan sombong, "engkau tidak layak untuk berkawan dengan aku."

11 ulasan:

BuRuuj berkata...

adakah sy tergolong dlm golongan org yg tok buang itu? huhu...sedihnya=(

Tok Rimau berkata...

Buruuj,
Relaks! Tok tak buang kamu.

snm | snm berkata...

hee~~ Tok R..saya pernah buat begitu jua..:D amalkan Dasar Langit Tertutup. ada seorang ex tanya, kenapa remove dia. saya jwb. siapa kau utk aku kenal lagi? :p emo~~

Chika Chika berkata...

1. kenapakah tutup blog yang gila punya glamer ni? chika sangat memikirkan relevannya.

2. kekuasaan best bukan? hahahahaha. itulah. dari dulu chika perjuangkan dasar kekuasaan sewenag-wenangnya tersebut. bila private blog, mmg rasa berkuasa tok. sangat boleh berlagak secara berleluasa. hahaha

azie berkata...

tukar layout. jiwa kachaulah tu.

jangan tok sampai ati mau buang saya dari bukumuka atau blog ini.nanti ai kechewa:(

Amyz! berkata...

Kita ada hak memilih. Haha.

rasso berkata...

maaf.... rupa ai seperti ghades... idaman setiap teruna dan dara....

jangan buang daku.... auwwW~

Unsunghero berkata...

Salam Tok...mujur tak menjadi orang terbuang tok. terima kasih atas jemputan.

Feeyona berkata...

tokr,

ini bukan tok yang saya kenali.
tok seorang yang gila glemer dan sentiasa positif.

what happen tok?

Jimmy Ang berkata...

saya pun nak tanya tapi pengunjung-pengunjung atas sudah tanya... *-^

kasih abadi berkata...

eeeee
adakala manusia perlu bersendirian. thanks tak buang sy..

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...