Selasa, Ogos 12, 2008

YANG REMEH DAN YANG TEMEH


Di Malaysia senyap je, di Indonesia riuh. Siap mahu ganyang-ganyangan lagi.  Isunya adalah Barongan (Sebahagian dari watak dalam Reog) yang terpampang di laman web rasmi Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan Malaysia dengan lencana "Malaysia."

Pada 29 November 2007 sekitar seribu pengamal Reog Indonesia berdemo di  Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta. Mereka menuntut Pemerintah Malaysia meminta maaf atas tuntutan seni reog Ponorogo sebagai milik Malaysia sedangkan menurut mereka hak cipta kesenian Reog dicatatkan dengan nombor 026377 tertanggal 11 Februari 2004.

Baru aku tahu bahawa tarian turun temurun pun boleh dipatenkan.

Malaysia berhujah, ia tidak kata Barongan itu miliknya tetapi tarian itu adalah sebahagian dari kebudayaan komuniti Jawa Johor dan Selangor yang berasal dari Indonesia. Jika versi popular asal-usul Reog di Indonesia berkisah dari tarian yang meraikan dongeng Prabhu Kelana Sewandana memenggal Singo Barongan sebagai hantaran perkahwinan dengan Dewi Sangga Langit, di laman web Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan Malaysia lain pula ceritanya. Dinyatakan Barongan adalah kesenian yang menggambarkan kisah-kisah di zaman Nabi Allah Sulaiman dengan binatang-binatang yang boleh bercakap.

Baru aku tahu bahawa tarian turun temurun pun boleh diIslamkan.

Pernah dengar cerita kancil menipu buaya agar berbaris? Raja Sulaiman (Nabi) yang suruh katanya. Pengajaran cerita itu jelas, yang menyebarkan ajaran sesat adalah orang-orang panjang akalnya.


LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Reog Ponorogo
"Kucing bawa tidur rimau bawa igau," dari lirik Mantera Beradu oleh Malique feat. M. Nasir

29 ulasan:

Yana Ismail berkata...

Cerita kancil clan takde?hahaha
Macam-macam sekarang. Ramai sangat orang panjang akal, tak gitu tok?;p

BuRuuj berkata...

so..which one is correct?

azie berkata...

er..orang memang PANDAI REKA CERITA BOHONG. contohnya cerita CINTA.

huh~

Lily Abdullah berkata...

Tok,
Reka cerita dan fiksyenkan cerita lain kan? Contohnya cerita CINTA :p

Mat Jan berkata...

sempadan tu cuma garis atas peta saja, yang dilukis oleh manusia. hanya kerana garis tu, kita nak ganyang-ganyang orang kerana isu yang remeh temeh.

kang Aceh keluar Indonesia kang (macam Singapore keluar Malaysia dulu), orang Indonesia dah tak boleh menyanyi lagu Aceh?

bak kata Dewangga Sakti masa MASKARA, "alangkah ironi lagu bertajuk RASA SAYANG boleh mewujudkan RASA BENCI."

(merujuk kes Rasa Sayang dulu)

A t i Q a h berkata...

Dan orang yang pendek akal pun akan jadi pak turut.

tasekM berkata...

nampak gayanya aku nak kena patenkan gaya jalan aku la tok.. ahaks..

Tanpa Nama berkata...

erm.. ye ke. macam tarian pago lah.

Budak Johor berkata...

Pehh, kalau nanti tempe pun dipatentkan, darurat negeri johor dan selangor.

Pa'chik berkata...

mereka tak naka demo suruh hantar balik semua mat indon kat lam negara nih ke...

akubukanpilihan berkata...

tak abih2 dgn isu plagiat malaysia dan indon nie... sapa yg tiru sapa sebenarnya?.. kecoh laaa...

Danielle_Corleone berkata...

Sekali lagi ada pertindihan hak budaya. hmm.

Tok Rimau berkata...

Liyana,
Kancil Klan baik-baik belaka.

Husni,
Bertelur sebiji riuh sekampung.

Buruj,
Macam sejarah, dongeng orang menang la yang betul.

Azie,
jangan ungkit lagi kisah kita. Bila I bohong dengan you, I berbohong dengan jujur.

Lily,
Tambah aji no moto untuk sedapkan cerita.

MJ,
Sepatutnya warisan itu tak kenal sempadan tetapi kita masih mewarisi peta penjajah.

Atiqah,
Ignorance is bliss.

Tasik,
Terlambat. Sudah ada yang mempatenkan jalang kengkang itu. Syukur sahajalah kau tidak disaman.

Alina,
Dan poco poco.

Budak Johor,
Cari mi bandung dan sirap bandung di Bandung. Tiada.

Paachik,
Ongkosnya sahaja yg pulang. Orangnya biar di seberang.

Derhaka,
Love is sharing. Sepatutnya.

Dan,
Bawa ke Mahkamah Dunia untuk selesai tuntutan bertindih ini?

tentangseseorang berkata...

org di indonesia rasa, melayu itu mereka aja...

azie berkata...

ahahaha

bohong secara jujur ek..nantilah u tunggu...kifarah tau,ahaha

Amanina berkata...

dat is barongan rite?some say dia b'asal dr arab n some say from india.

p/s:sy sgt mcintai segala btk tarian kbudayaan kt mesia ni!

blackpurple @ jowopinter berkata...

Orang Jawa tak bising-bising pun. Ha ha ha!

Tok Rimau berkata...

Jawa,
Kau seorang pendiam.

Amanina,
Itu barongan. Versi asal usulnya banyak.

Azie,
Jangan sumpahin gwe. gawat ni. Gwe baru aja mahu sembuh.

Tentang,
Kitakan serumpun.

dugongsenyum berkata...

Pantun-pantun macam mana pulak? Nanti pantun buah cempedak pun taruk paten... susahlah.

Orang Indonesia kawin dengan orang Malaysia, bersalin di Malaysia - anak dia warganegara mana? Sudah tentu Malaysia.

Kalau Jawa Indonesia patenkan Asam Jawa, itu baru betul-betul fuck!

Pipiyapong Abdillah Hamzah berkata...

panjang akal kalau penuh ilmu di dada gua ingat oraiitt kot..

Nida Shaari berkata...

saya tak terlibat dalam ini filem

Sir Mute Key Chicks berkata...

tok,
aku tak pernah tau pun tarian tuh warisan org2 jawa.haha.aku bukan jawa.
anyway, terima kasih sebab bagi tau ek.

cik.sepi berkata...

cerita cinta tu kadang2 ade 2 version tok!..
satu cerita cinta BOHONG..
satu lagi cerita cinta JUJUR..
pandai2lah si HATI memilih..

Yana Ismail berkata...

Huhu. Kancil clan memang baik.tgkla siapa ayah angkat mereka:)

Tok Rimau berkata...

Lyana,
Pembetulan. Atok angkat la.

Sepi,
Aku sudah belajar berbohong dengan jujur.

Semut,
Aku separa Jawa. Paling aku takjub tentang orang Jawa adalah teknologi Paritnya.

Madu,
ya. Kita hanya makan gaji.

Pipi,
dada tempat nikotin, bukan tempat ilmu.

Dugong,
Kenapa asam tu dipanggil asam jawa? Hairan.

Amyz! berkata...

Asal dari keturunan, bukan dari negara. :-)

Tuan Taip berkata...

Salam, lama tak jumpa. Saya rasa kementerian pun silap. Cari lah yang ori Malaysia, joget pahang ke, boria ke, zapin johor ke kalau nak pakai nama Malaysia. Kalau tak kena cerita rumpun bangsa mana yang punya... Tapi kalau selidik, Barongan yang famous ialah dari Bali, sah hindu. Kenapa perlu kita menonjolkan yang itu?

-rakan lama zaman blog dancha.

Rajuna berkata...

ni pun step2 seni2 joget2 mabok ni...huish
aku tak into sangat la benda mcam ni walaupun aku jawa batu pahat.
layan hardcore pun tak mabuk tau?

yusrihashim berkata...

semua orang mau nama....

p/s gua nampak lu kat mekdi tgh oder kopi o gua kat drive thru...tapi sms lu sampai pagi ahad..hahaha..hampeh beef fold-over dah tak der lagi...

73 SUNGAI TELOR

  Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...