Rabu, Ogos 20, 2008

NE NO NE NO NE NO KECEMASAN

Ain dan Razak ajak aku tengok wayang cerita animasi Disney, Wall.E.  Aku layan je la. Turut serta adalah adik Ain, Boboi, yang berumur 6 tahun. Bukan main lagi budak tu, pakai tee Oshkosh dan jeans Levi's. Aku dulu dah masuk universiti baru boleh sambar Levi's. Itu pun pakai duit biasiswa.

Apa pun, Ain dan Razak behave sikit kerana Boboi ada. Takut Boboi report kat emak. Kalau Boboi tak ada, mereka dah pegang tangan dan peluk pinggang dah. Aku pun haram tidak diajaknya. Kacau daun je.

Masa beli tiket, Razak bawa Boboi pergi tandas. Lepas itu, aku dan Ain tunggu kat popcorn. Tiba-tiba kami dengar jeritan dari tandas. Suara Boboi tu. Kelam kabut kami pergi tandas. Ain pun ikut masuk tandas lelaki.

Razak nampak cemas. Macam bini nak beranak. Boboi menjerit-jerit. Bird dia sudah sangkut kat zip. Bukan, zip sudah sangkut kat Bird dia. Damn. Ain pun jadi cemas. Risau Boboi mati pucuk pulak.

Terus kami ke klinik 24 jam terdekat. Aku sakat, nanti doktor akan sunatkan. Menjerit-jerit Boboi. Kecoh Si Ain dan Razak marah aku. Apa pun, doktor suruh terus masuk. Tidak perlu tunggu giliran. Ain dan Razak ikut masuk, aku kat luar baca pamplet kesihatan mental.

Akhirnya berjayalah bird Boiboi diselamatkan. Rugi je tiket wayang kami. Kami makan kat mamak sambil layan TV tonton kuda-kuda olimpik lompat wall. Tiada kena mengena Wall.E.

13 ulasan:

Amyz! berkata...

Wall.E comel sangat!!!!

Mat Jan berkata...

eleh tok... salahkan boboi pulak. sebenarnya bird tok yang tersangkut kat zip kan? kan?

snm | snm berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
snm | snm berkata...

hee..ngerinya..kalau org dewasa seperti Tok R kena macam tu, how does it looks ye? :p

Mat Jan berkata...

bumi sudah tercemar tahap tepu. tidak dapat didiami lagi. tahun 2110 semua orang sudah pindah ke stesen angkasa lepas AXIOM.

di bumi, unit-unit Wall-E ditugaskan untuk membersihkan bumi. apabila bumi sudah selamat didiami, manusia di AXIOM akan kembali ke bumi.

dari semasa ke semasa, unit-unit EVE dari AXIOM akan dihantar ke bumi untuk memantau sama ada bumi sudah selamat didiami atau belum.

tahun 2800, semua unit WALL-E sudah rosak, kecuali satu (WALL-E yang jadi hero cerita ni). sebuah unit EVE turun ke bumi dan menemui anak pokok - indikator bahawa bumi sudah selamat didiami. WALL-E jatuh cinta dengan EVE lalu mengikut EVE pulang ke stesen angkasa AXIOM. di sana, cinta mereka semakin kuat.

manusia di AXIOM ingin pulang ke bumi selepas mengetahui bumi sudah selamat didiami. namun, ada robot jahat yang menghalang. WALL-E jadi hero, selepas berjuang sehingga rosak motherboard (hampir mati), manusia berjaya pulang ke bumi.

sampai di bumi, EVE menukar motherboard WALL-E dengan yang baru. WALL-E hidup kembali, namun dia seperti robot yang baru, tanpa memori. segala kenangan manisnya bersama EVE hilang. dia tidak kenal EVE lagi. ohh, sungguh sedih cerita ini. EVE lari membawa diri.

tatkala manusia membina semula tamadun di bumi dengan bercucuk tanam dan sebagainya, EVE dirundung kesepian akibat cinta yang tak kesampaian.

TAMAT

(haha... tok tak payah tengok lagi. gua dah cerita siap dengan spoiler.)

Tok Rimau berkata...

Amyz,
WallE tu PC Windows. Eve tu Mac.

MJ,
Tok pakai 501 button fly.

SNM,
Betul ke nak tengok Big Bird? Ada kat Sasame Street.

MJ,
Aku beli DVD je la nanti.

azie berkata...

ahahaha

kacau daun tje boboi ni.org nak deting pun tak senang,hi hi hi

Lily Abdullah berkata...

Tu la..lain kali deting jangan bawa budak kecik.

BuRuuj berkata...

hahaha...lawak laa...=D

snm | snm berkata...

ohh..Big Bird tu tees saya dalam almari. sudah lama tak gunakan tees Big BIrd berwarna kuning itu :D

Amyz! berkata...

Mat Jan keji.. Cerita tu bukan macam tu!!

A t i Q a h berkata...

Sapa yang pernah ada adik lelaki, mesti pernah mengalami peristiwa ni. Kecoh woo mak abah kitorang kalau benda ni jadi.

Tok Rimau berkata...

Azie,
Nanti hantar boboi ke nursery.

Waterlily,
Nak dating jgn bawak org tua gak.

Buruj,
Ha h aha.

SNM,
Bigbird tak pandai terbang.

Amyz,
MJ ngepong.

Atiqah,
Lain kali pakai seluar pinggang getah je.

73 SUNGAI TELOR

  Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...