Khamis, Ogos 28, 2008
DIRGAHAYU
Aku menyambut hari warga berlian. Berlian itu selamanya. Sempena itu, aku mahu bertitah. Ingat hari lahir ku, lupa tahun lahir ku. Ha! Ha! Ha!
Aku anugerahkan Dean Sham pingat JPS (John Player Special) yang membawa pangkat Tun. Jangan salah guna pangkat ni.
Aku anugerahkan Lan Rasso pingat Jaksa Pendamai yang membawa pangkat Datuk. Bila beliau ada skandal dengan mana-mana artis, senang la akhbar menulis Fasha hanya berkawan dengan dengan Datuk L.
Untuk kekasih ku, Sitijatatiqaziena, amboi panjangnya nama, you tidak perlu bagi hadiah kat I. Malah, I akan curi bintang di dada langit untuk you. Suka? I memang ada estet tebu dibibir.
Dan, kepada gadis Batu Pahat. Pulangkan hati ku yang kau curi. Kluang, Kota Tinggi, Muar, Pontian dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya juga. Secara biologinya aku tidak boleh hidup tanpa hati.
Untuk Soljah, kekanda di medan perang adinda di medan seni. Sama-sama berjuang untuk ibu pertiwi.
Dan kepada semua penjenayah yang aku hukum sebelum ini. Aku bagi pengampunan bersyarat. Jika kalian sudah insaf dan berikrar akan berubah. Aku maafkan kalian. Yang mana aku buang negeri tu, pulanglah. Keluarga kamu menanti setia.
Aku dah beli sabun Daia saiz ekonomi dan pelembut Softlan. Sebuah parti buih besar-besaran akan di adakan atas bot mewah, S.S. Minnow, lengkap dengan jakuzi yang port dua batu nautika dari Teluk Danga. Semua dijemput hadir. Sila berpakaian mengikut tema. Tema untuk tahun ini: Sport Illustrated - Swimsuit Edition.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
72 RANCANGAN B
Ketika berkayuh dalam hutan setiap gram memainkan peranan melambatkan perjalanan. Semuanya mesti minimal dan ringan. Kami sudah pun menempah...
-
"Kenapa pada zaman aku, tiada orang nak tunjuk atau bantu aku dalam bidang yang aku suka?" aku tanya soalan ini dengan budak aku b...
-
Sebelum Matt Groening terkenal dengan kartun dewasa The Simpsons dan Futurama, dia telah berkarya melalui Life is Hell. Life is Hell adalah...
-
Banyak yang tidak dicatatkan. Kenapa? Adakah aku rasa hidup ini tidak penting lagi untuk dicatatkan? Mmm... tidak. I suka hidup dan menjalan...
18 ulasan:
Warga EMAS dapat separuh harga kalau naik flight, tengok wayang dan pergi musium. Bolehlah gunakan kemudahan itu sebaik-baiknya. Yach! :-)
Selamat Ulangtahun. Moga makin hensem. Botak pun hensem~ Hahaha.
selamat ari lahir...
:D
Hah? Tak payah bagi hadiah. Oke, sila pulangkan balik hadiah tu.
Boleh kami bagi pada Tun Dean Sham.
Curi bintang di dada langit?huhu sungguh sweet;)
Selamat hari lahir tok, semoga panjang umur, dimurahkan rezeki:)
Terimalah hadiah kami yg tak seberapa tu;p...
Perrghh..Datuk L tu nak berskandal ke;p hik2..
Parti buih tu mcm menarik. Haruslah i cari swimsuit warna pink;p ha ha ha..kidding!
Selamat Hari Lahir Tok!
Parti buih tu nampak membuihkan.huhu..
haih?
tak mau hadiah? PULANGKAN!!
erm, bintang di langit mau dipetik buat kami? owh, terharu.
gadis batu pahat masih enggan pulangkan hati u. harap maklum.
Selamat Ulangtahun!!!
Semoga berbahagia selalu
assalamu'alaikum tok =)
selamat hari ulangtahun kelahiran. saya mendoakan semoga Allah melanjutkan usia tok agar senantiasa di dalam kebajikan, dimurahkan rezeki yang berkat dan hidup bahagia berpanjangan hingga ke syurga. amin.
ikhlas dari cucu tok ;)
Dan, kepada gadis Batu Pahat. Pulangkan hati ku yang kau curi.
>Ermm... Pssttt, kenapa gadis BAtu Pahat tu kena pulangkan hati u balik???
huhuhuu... saya baru dapat buka e-mail.. baru masuk blog semula..
dan nampak ada jemputan dari tok... huhuhu.. tiap2 hari bukak blog tok tak leh masuk.. huhuhu... tapi hari ni tgk2 dpt jemputan dan dpt jemputan.. time kasih tok.. time kasih.. huhuhu..
masih huhuhuhuuhu...huhuhuuhu.. huhuuuhuhuuh..
tok, gua ada suar hawaii aje?. boleh join parti buih lu?
Untuk kekasih ku, Sitijatatiqaziena, amboi panjangnya nama, you tidak perlu bagi hadiah kat I. Malah, I akan curi bintang di dada langit untuk you. Suka?
>> suka la tapi Tok R curi? hemp..nmpknya kena pulang kan balik barang curi nih :p
tapi terima kasih ya. susah susah je curi utk kami.hihihi~~
selamat hari lahir tok... semoga yg baik2 buat kamu.
doa buat kamu boleh dikira hadiah ke?
Parti buih tok turut dijemput anak-anak muda yang genit dan gedik tu kan..ahaks.. Makin bermakna lah merdeka kali ini..heh
Terima kasih atas anugerah ittew...
penerima kedua darjah tue....
ha ha ha....
Selamat hari lahir semoga allah panjangkan umur dan murahkan rezeki..amin
Selamat Hari Lahir yg ke ermm berapa ek?? Semoga Tok dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur.
selamat hari tua tokr.
Catat Ulasan