Selasa, Februari 17, 2009

CARI KAYU CARI KAYU

Satu kumpulan akan naik kenu ikut kuala sungai untuk masuk ke dalam hutan. Mereka akan jumpa kumpulan aku yang bergerak ke dalam hutan ikut jalan darat.

Kami dipandu oleh orang asli yang mahir dengan selok belok hutan. Jins namanya. Sungguh. Aku tak tipu.

Jins menunjukkan kami khasiat pokok-pokok kayu hutan. Daun untuk ubat sakit perut. Kayu penghalau setan. Akar penguat tenaga batin. Pucuk ubat kencing manis. Getah pembuang resdung. Buah penahan racun ular. Biji pemikat wanita. Dan macam-macam lagi. Aku ambil banyak  sampel masuk dalam beg.

Dua kumpulan tadi bertemu di tepi sungai. Giliran kumpulan aku pula naik kenu dan meneruskan perjalanan pulang ke kem ikut jalan air. Begitulah kisah aku merentas hutan simpan Mersing.

Sampai di rumah aku tunjukkan kepada Pak Long kayu-kayu penuh khasiat itu.

"Yang ini apa khasiatnya?" Pak Long.

Aku garu kepala kerana aku dah lupa. Aku tak catat.

"Kau rebus semua, kau minum je airnya." Pak Long.

"Tak mahu. Tak mahu la minum air kayu penghalau setan." Aku.

"Pak Long tahu khasiat kayu-kayu ni."

"Nasib baik. Apa dia Pak Long?"

"Kayu-kayu ni elok buat kayu api. Ha! Ha! Ha!" kata Pak Long menyindir.

"Cheh! Cucuk dengan kayu ni kang," kata aku. Dalam hati.

15 ulasan:

Nida Shaari berkata...

sekarang zaman teknologi.

Rakam saja dalam video. Atau ambil gambar dan terus letak caption.

Kan mudah tu

azie berkata...

cuba u imagine, u rebus and minum semua. semua khasiat bercampur baur.

mau tak tido malam u,kah kah kah

Amyz! berkata...

hahaha. lucu la pak long..

dugongsenyum berkata...

bijik pemikat wanita? yang pasti biji tersebut bukan kayu.. kah kah kah

BuRuuj berkata...

hahaha...tue la..nape la tak tulis? kn dh rugi..

ape2pun, paklong tok mmg klakar;)

Nazri berkata...

Kenapa tak mahu minum air penghalau setan?

Masih sayangkan setan yang bertenggek di bahu?

Atau takut terhalau diri sendiri.

Ekekekeke

Yana Ismail berkata...

hu hu hu..kenapa tak cucuk paklong?haha..i tau u tk berani ;P..

Tanpa Nama berkata...

oohh kayu2 itu semuanya berkhasiat, terutama bila buat tongkat, jadila kayu tongkat tok rimau, hah pengganti tongkat ali.

Tok Rimau berkata...

madu,
ini cerita zaman dulu la.

azie,
lepas i bersalin i buat.

amyz,
paklong ni man belon.

dugong,
kalau aku ke hutan aku carikan untuk kau.

ruj,
masuk hutan tak bawak pensil.

naz,
guilty as charged. Tapi kayu tu bukan untuk diminum. Dipukul. Cam ubat ubat sapu kau minum, kan bahaya.

yana,
nanti dia tidur i masukkan kayu kat lubang hidung dia.

syuhada,
Mana lebih kacip? Kacip fatimah atau Pipiyapong?

tentangseseorang berkata...

ahahahaha pedepek kena sekali ahahahahahaha

DeeN berkata...

Aisey, camner nak jadik ahli sain neh. Hahakk!!

BuRuuj berkata...

tok, askar pun kalau masuk hutan bawak alatulis dan buku nota tok~

Tanpa Nama berkata...

kayu buat belasah orang je la tok..:)

MisterZyl berkata...

salam TOK RIMAU...
seperti kata Pak Long tu, memang itu khasiat sebenar kayu-kayu itu, - buat kayu api.. kalau saya, mungkin saya cucuk jugak Pak Long dengan kayu api.

salam-sejahtera.blogspot.com

Tok Rimau berkata...

Faizal,
Waslm.

Ariana,
Ganas betul kau ni. Banyak tengok DVD la tu.

Ruj,
Next time tok bawak komputer masuk utan.

Deen,
Gua masuk utan nak jd tarzan. Bukan ahli sains.

Tentang,
Dunia ni macam roda. Selalu sangat pancit.

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...