Ahad, Februari 15, 2009

MEMBAIKI GENG UPIN DAN IPIN

Dalam entri sebelum ini, saya seperti berpuas hati dengan filem Geng. Mana boleh! Saya blogger, mesti ada komen. Ha! Ha! Ha! Ada beberapa cara penceritaan Geng boleh dibaiki.

Terlalu banyak watak maka penulis tidak berjaya mengembangkan watak-watak utama kepada 3D. Watak Badrul dan Lim boleh digabungkan. Maka Badrul akan jadi wira tidak sempurna. Seorang hero yang gabra dan clumsy. Baru konflik cinta Badrul dan Kak Ros boleh bergeser.

Watak ketua jahat boleh dihapuskan juga. Ganti dengan Sally sebagai ketua. Maka, Sally akan lebih menonjol jahatnya. Aku akan buat bas yang membawa Badrul rosak kerana near-accident dengan lori Sally. Jadinya ada hubung kait antara konflik orang jahat dan orang baik sejak awal lagi.

Aku juga tidak suka cara Oopet digambarkan. Macam watak cuplikan dari Barbie Mariposa animated. Oopet lebih mirip watak kartun Hollywood berbanding dengan watak lain yang lebih Malaysia. Watak makhluk asing perlu out of this world. Lihat contoh makhluk ET, Ewok, Gremlin, CJ7 dan Ultraman. Makhluk seperti Jenglot mungkin lebih sesuai untuk Oopet.

Babak berulang seperti gelongsor atas tanah dan kenderaan skid seperti drift perlu dikurangkan. Dan isi ruang itu dengan keletahan Upin dan Upin.

Itu sahaja komplen saya. Selebihnya cerita ini best. Gi la beli tiket.

12 ulasan:

Yana Ismail berkata...

Ish tok, janganlah komen lebih2. Kami blum tgk lagi tau. Nanti kami tahu cerita. hi hi hi.

Orang filem memang byk idea ;P

K.H berkata...

Tunggu keluar DVD sajalah. Tak ada teman (wanita) nak ke panggung.

Ajami Hashim berkata...

Oopet = mutasi Stitch versi melayu?

hahaha!

Tok Rimau berkata...

Liyana,
Babak paling best dalam filem ni adalah bila kapal angkasa datang landing atas KLCC.

Indrasakti,
Cuba promo diri kat sini nampak.

Ajami,
Ular raksasa tu macam dragon wars punya creature.

BuRuuj berkata...

seperti biasa, idea itu datang dari sudut yg berbeza;P

tentangseseorang berkata...

sungguhpun begitu, ianya tetap best kan tokR kan?

aku pun dah nengok dah citer ehehehe...

blackpurple @ jowopinter berkata...

Aku tengok sampai 2 kali. Dua-dua panggung sesak.

ainfazrin berkata...

betul betul betul!

;)

Ajami Hashim berkata...

tok, les copaque baca nih sure oper tok utk sekuel.. hehehe

tapai berkata...

Nak berkenalan dengan Oopet? Cuba kamu Google 'Oopet Geng Murai'. Aku pasti kamu suka dengan Oopet yang begini. ;p

Awang Kapak berkata...

hebat tok. boleh jadi pengulas filem di akademi fantasia.

memang bernas dan praktikal idea tok.

Tanpa Nama berkata...

Saya belom tonton lagi sebab pawagan penoh sampai ahad utk filem Geng. Sedih. Nasib baik ada brad pitt. Gembira.

Tok rimau, kalau heronya gabra dan clumsy, dah terlalu biasa agaknya.

Macam hero jepun kan?

-Pertama kali baca blog ni, pertama kali komen-

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...