Isnin, Mac 02, 2009

SEKS DAN KESIHATAN

Deja Vu. Aku syak soalan panas dalam ruang soal jawab Seks dalam majalah-majalah ditulis sendiri oleh sidang pengarang. Kemudian, pengarang akan mengarang jawapan yang berbentuk ceramah.

"Saya berumur 17 tahun. Saya mempunyai seorang teman lelaki. Kami kerap mengadakan hubungan seks. Seks oral (Seks Lisan?) sahaja. Bla. Bla. Bla. Adakah saya akan hamil? Adakah saya berdosa?" (Ruang Seks dan Kesihatan. Majalah Remaja)

Dulu Sarahmon baca Bintang Kecil. Tetapi sekarang dia sudah 12 tahun. Dia minta belikan majalah Remaja. Maka, aku pun ke kedai majalah. Aku belek majalah itu dan bayar.

Sebelum sampai rumah, aku koyak, renyuk dan buang laman Seks dan Kesihatan. Adakah aku berdosa?

IKLAN
Tiket Jason Mraz. 4th March 2009. 8 Malam. Stadium Negara. Harga RM 65 sahaja. Sesiapa yang berminat, sila hubungi saya di fadzdiela85.gmail.com (Tuan punya X boleh pergi).

20 ulasan:

Nazri berkata...

first

Nazri berkata...

okey, baru nak komen.

Itu anak Tok, maka terpulang pada citarasa Tok nak mendidik mereka.

Tapi pada hemat saya, menapis perkara-perkara yang mereka akan tahu juga nanti (dari orang lain, dan berdoalah orang itu berhemah tinggi, bukan sebaliknya, dan cara mereka tahu itu, seperti ayah memberi tunjuk ajar) seperti kita marahkan gomen berhasrat nak menapis laman-laman web seperti yang dilakukan oleh negara China.

La la la la la

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

Uhhh..

Tak salah kot?

tapi kalau niat nak mendidik, mungkin Tok boleh buat cara lain..(aku percaya..)...

Yana Ismail berkata...

you tak berdosalah. kenapa berdosa plak. langkah bjaga2 tu.huhu

Ryehanna berkata...

Tak salah... at least u tried to protect ur child by doing what u think was best

bukan orang pinkish berkata...

cabaran menjadi ayah kepada anak remaja sudah bermula tok~ be prepared..

Unknown berkata...

adakah dengan membaca ulasan itu.. bakal membawanya ke arah negatif?

tidak mungkin..
melainkan faktor persekitaran iaitu pergaulan rakan2..

addyaholix berkata...

tidak salah. dan tidak betul tok.

aku tak punya anak dara sunti yang baru mahu kenal dunia. jadi aku takkan faham. cuma aku pasti kau buat untuk kebaikan sarahmon.

Unknown berkata...

tak berdosa...tapi dari pengalaman saya bukan majalah atau column tu yang menjadi masalah but kawan-kawan di sekeliling yang akan lebih mempengaruhi bila dah sampai usia sebegini.Di saat ini mereka lebih terdorong mengikut kata kawan dari ibu bapa...

Tok Rimau berkata...

Nazri,
Tahniah. Jadi orang pertama. Sebenarnya dia dah tahu, darjah satu sekolah agama dah ajar bab taharah, perkara2 yang mewajibkan angkat hadas besar.

Zara,
apa cara lain tu?

Princess,
Lebih senang jaga kerbau sekandang ek?!

Ryehanna,
Perasan tak soal jawab tu sentiasa berulang. Macam soalan tahun lepas je.

Ayares,
Baca soalan je. Jawapan yang berceramah tu kita tak baca.

Addy,
Ini semua karma. Balasan. Jgn la kau mainkan hati wanita masa muda ni.

Nadine,
Bila dah remaja, kata kawan lagi kuat dari kata mak bapak. Itulah mak bapak kena jadi kawan.

tasekM berkata...

berat betul tugas mak ayah zaman ni ye.... haih~


.

theblabber berkata...

kalau itu caranya difikirkan sesuai, apa salahnyakna?

p/s: next month pun nak koyakkan gak? Hehe

tentangseseorang berkata...

itu langkah berjaga sebelum dapat soklan yang lebih cepu mas. ehehehe

K.H berkata...

Kebiasaannya, soalannya terlalu fantastik dan jawapannya sudah tentu terlalu skematik.

Pengarang sepatutnya cuba cari kaedah supaya soalan dan tajuk tidak mencuit fantasi dan rasa ingin tahu remaja, sebaliknya jawapan panjang lebar itu lebih mengujakan untuk dibaca. Barulah mendidik secara pintar.

Tidak percaya? Cuba baca Dang Setia di Hmetro. Soalan ringkas dan menarik perhatian, jawapan meleret dan menolak perhatian.

iamstradust berkata...

ada ank dah ke?

nampak muda

memang the curious case of tok rimau ah

hahahhahaha

Tok Rimau berkata...

Starman,
Tok sudah bercucu pun.

Indra,
Mereka nak mengajar tapi tak ikhlas.

Tentang,
Cemas jika dapat soklan cepuemas

Mizi,
Tiap2 bulan koyak.

Tasik,
Dulu pun susah juga.

Dugong,
TQ.

Nizam.Ariff berkata...

Aku suka baca tapi aku tak nak anak aku baca, camne yek?

Tanpa Nama berkata...

the best place for sarahmon to get sex advice is from her parents themselves.it works better than anything.so..maybe rasional kut utk sarahmon yang berusia 12 tahun!

leez berkata...

anaknya dah 12 tahun, kat sekolah takde program 'Growing years' ke?

Salam

erny firdaus berkata...

Actually apa yang awak buat as a father tu betul. Tapi, jika difikirkan memang bebudak skrang terlebih advanced, sampai naik ngeri kite dibuatnya. Btw, dari pengalaman as a journalist (meskipun bukan dari magz remaja sebab dah terlebih umur..hehehe) slalunye dlm column soal jawab tu memang ada the real letters..yang kadang2 saya sendiri terkejut membacanya. Tapi bercakap sbg ibu bapa, kita mungkin perlu jadi lebih 'curious' tentang anak2 kita..mengajar dgn cara berhemah dan media pula perlu menterjemah dgn lebih sopan, sihat dgn berteraskan nasihat..just an opinion.. :-)

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...