Ahad, Julai 26, 2009

AKU BERKABUNG


Pengarah filem dan iklan terkenal Yasmin Ahmad meninggal dunia kira-kira 11.25 Sabtu malam. 25 July 2009 - BERNAMA.

Dia menyentuh hati kita dengan filem-filemnya. Aku bukan kawan rapatnya, aku cuma seorang yang rasa takjub dengan cara dia menyulam kasih sayang dalam babak-babak filemnya. Terlalu aku rasa kerdil bila membandingkan seninya dengan diri aku.

Pada malam anugerah BMW Shorties 2007, aku berpeluang untuk berbual tentang filem dengan dia secara bersemuka. Dia begitu ramah seolah-olah kami telah kenal lama. Dia jemput aku dan Dean Sham pergi menonton Mukhsin di KLCC bersama kawan-kawannya keesokan hari.

Aku dan Dean Sham pergi tetapi kami tidak masuk bersama kumpulan Yasmin Ahmad kerana kami terasa rendah diri. Pun begitu, selepas tayangan kami sempat jumpa dan mengucapkan syabas kerana Mukhsin adalah sebuah filem yang cantik. Dan itu adalah itu.

Sekarang dia telah pergi, aku rasa menyesal kerana tidak SMS dia dan tidak mengambil peluang untuk belajar dengannya. :-(

Al-Fatihah.

11 ulasan:

Abdullah Mohd Nawi berkata...

Al-Fatihah...
We have indeed lost one of the nation's brightest sparks.
May she rest in peace.

landaklaut berkata...

innalillah.. semoga allahyarhamah yasmin dicucuri rahmatnya. amin..

adie berkata...

Al-Fatihah..
semoga rohnya dicucuri rahmat

u l t r a b a e berkata...

Al Fatihah.

err..tapi kan tok kan..kalau x silap saya..kalau x silap la..berkabung dalam Islam ni, anak kepada ibu bapanya n isteri kepada suaminya.

kalau x silap la. kalau silap. maafkan saya tok.
tapi tok xleh marah. saya foxy..Rrrrr...

sinaganaga berkata...

dulu kau ada janggut!

noorafzan.blogspot.com berkata...

saya juga kagum dengan beliau..
semuga rohnya dicucuri rahmatNya..

MisterZyl berkata...

salam tok rimau.. semoga rohnya sentiasa dalam sejahtera..

Salam-Sejahtera

jo berkata...

kan?
aku pun minat tonton karya arwah dari iklan sampai ke filem.. :-(

al-fatihah..

joegrimjow berkata...

die berkarya dengan hati

SHIMI berkata...

Al Fatihah
pasti kita rindu dengan hasil karyanya

BuRuuj berkata...

dan si anak pun keluar mencari kemahuan ibunya. Lantas seekor lembu dibawa pulang.

Mak...mak!!!
Along dah balik!- kata si adik.

Mak,
hati, limpa, perut semua ada mak..-kata si along.

(ini antara iklan raya yg menyentuh hati saya...)

73 SUNGAI TELOR

  Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...