Lengang je gerai pada pagi ini. Ustaz ada kata puasa pada 27 haribulan Rejab seperti berpuasa 60 bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti berpuasa 1000 tahun kerana kebesaran hari Israk-Mikraj. Sah la ramai orang berpuasa pada hari ini. Bagus tu.
Aku nampak Mobius diam sahaja sambil menumpu kepada kerja. Selalunya tidak begitu.
"Puasa?" aku tanya Mobius.
"Aku? Aku menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa orang lain."
Sabar je la dengar jawapan dia.
4 Gigitan Mesra:
mcD mcValue lunch dari kul 12 hingga 3 petang jer. camne? nak tapau ke? hehe
bagus la camtuh..
jawapan yang bijak..
haha~
Kirim salam pada Mobius. :-p
Bagus..bawa-bawa bertobat le Mobius.
Catat Ulasan