Selasa, Julai 21, 2009

ZAT MAKANAN

"Jemput-jemput la makan. Kalau tak makan, kecik hati tuan rumah. Tak nak makan pun, jamah la." "Tinggal dua suap je lagi, habiskan la. Tak baik tau nasi nangis. Kat Ethiopia tu ramai orang kebulur tidak makan nasi."

Dulu-dulu masa zaman Jepun memang la rakyat tidak cukup makan. Kanak-kanak kekurangan zat dan mesti makan. Memberi orang makan pada zaman itu satu penghargaan. Sekarang ni makanan berlebihan. Obesiti semakin mengancam. Jangan la paksa budak-budak makan. Kalau dia tidak mahu makan, cukup la. Dah kenyang la tu.

Lagi pun. Kalau budak tu makan habiskan nasi pun budak-budak kat Ethiopia tu tetap juga kebulur. Tak ada kena mengena langsung.

.......

Lawatan Sambil Belajar

ZUNAR
Pertama kali aku jumpa karya Zunar adalah dalam akhbar tempatan melalui siri Papa. Watak utama dalam siri itu adalah Papa dan Kedana (anaknya). Ia merupakan sebuah komentar sosial tentang kemiskinan.

Pertama kali aku jumpa Zunar secara bersemuka adalah di Senai Utama dalam sebuah bengkel kewartawanan. Aku bawa buku-buku kartunnya untuk ditandatangani. Aku merasa kerdil dalam kehadiran seorang gergasi kartunis aktivis.

Kali terakhir aku jumpa dia masa perasmian blook Ayah Kita Bos. Zunar merasmikan buku itu. Rasa bangga sekali bila seorang tokoh ini merasmikan buku kami.

Sekarang Zunar ada projek baru dengan kodnama, Konco Zunar. Klik la gambar di atas.

6 ulasan:

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

Jemput makan Tok...

ahh, aku minat Zunar..1st aku tengok lukisan dia..dalam surat khabar barisan alternatif~ ihiks~

A t i Q a h berkata...

Lepas tu, isteri Zunar minat tok. Kan?

adie berkata...

bukan Zunar minat tok ke? hehe

noorafzan.blogspot.com berkata...

tok..
makan la tapi benti la bile kenyang~
kalau nak ada kena mengena, tok kirim lebihan beras tu ke ethiopia..
mesti ada kesan~

Tanpa Nama berkata...

sokong tok, ethiopia takder kena mengena dengan kita. jarang jumpa nontipikal malay cam tok.

sitinurulhawa berkata...

dulu2 masa tadika kawan2 kata kalau makan nasi tak habis nanti emaknya pendek umur... seram tuh!

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...