Jumaat, April 11, 2008

KALAH TERHORMAT

Kini Chekov dan Yamoto sahaja tinggal di meja itu. Mereka meneruskan perjuangan dalam final saingan piala, "Isteri Siapa Call Dulu, Dia Kalah."

Sudah masuk extra time. Sudden death. Ayam jantan sudah berkokok, tiada tanda-tanda game ini akan tamat.

Tiba-tiba nada sms masuk berdendang dari telefon Yamoto. Yamoto dan Chekov saling berpandangan. Chekov tersengih menunjukkan dia bakal menang.

Anti-climax. SMS itu hanya iklan Maxis mempromosi Top-up Reward. Yamoto tersenyum lega.

Lima minit kemudian masuk lagi satu SMS. Masing-masing berdebar. Mungkinkah ini hanya iklan Maxis lagi?

Yamoto membaca SMS itu. Dia tidak menunjukkan apa-apa reaksi. Dia kemudian mempamerkan skrin telefon kepada Chekov.

"I mengidam mi goreng panas." Singkat teks SMS itu.

Ya Yamoto kalah tetapi kalah dengan maruah. Mereka bersalaman. Masa untuk pulang.

"Apa pun, gua respek bini lu. Ayat dia halus," kata Chekov.

"Dia memang genius. Sumpah seranah tidak jalan dengan gua. Dia tahu lebih mudah melembutkan hati gua dengan kata-kata halus," jawab Yamoto.

Budak McD mengemas dan mengelap meja mereka. Kerusi yang ditinggal kosong dimasukkan ke bawah meja.

17 ulasan:

Yana Ismail berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Yana Ismail berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Yana Ismail berkata...

Tersirat sungguh sms isteri Yamoto:). Simple tapi menusuk.
Kalau by the time Yamoto sampai rumah mee tu dah panas, dia kena tidur luar. Haha.

Tanpa Nama berkata...

Aku orang baru yg sesat kat sini dan aku suka cerita game ni. huhuhu..

A t i Q a h berkata...

Penuh sebakul bekas-bekas kertas atas meja. Jenuh budak MekDi tu kemas.

tasekM berkata...

dalam dok berembun tu, mengidam gak bini dak yamoto tu yek... yamoto dinasihatkan utk buat ujian dna kt ank yg bakal lahir tu.. yamoto mengesyaki sesuatu.. teng teng teng...

Layla Haq berkata...

Finally...

yusrihashim berkata...

aku rasa mee goreng tu trick org baru kawin jer..apa kata mlm nie kita teruskan game itu...hehehe

azie berkata...

giler psiko bini yamoto tuh..nak berguru dgn dia lah before kawen:p

Tanpa Nama berkata...

cool lah bini dorang..idolaku

pengkao berkata...

sayangkan mi goreng, tangan-tangankan..

Tok Rimau berkata...

Princess,
Kat rumah ada microwave, Boleh panaskan kalau sejuk.

Hey,
Sesat dalam cahaya. Sesat di hujung, balik ke pangkal.

Atiqah,
Kerja dia. Biar dia buat kerja dia. Kami bayar service tax.

Tasik,
Jangan kau mengidam bini Yamoto sudah la.

Bayan,
Ye laa. Asyik lelaki je menang. Sesekali bagi la awek pulak menang. Ambik hati.

Radio,
Tak boleh malam ni. Aku nak lipat kain.

Azie,
Isteri mithali tahu mengambil hati.

Amirah,
Jika kau kool, kau boleh jadi bini diorang.

Pengkau,
Kalau ya pun nak berkawan- bersosial, pi la surau. Tak gitu?

Aku berkata...

tu mesti password..hehe...yamato debar-debar tu nak sampai rumah :p

[ madey ] berkata...

cerita nya treng treng...=>
hebat ya...geng2 Sarkas Selatan,

Waiting for our first event from K.I.T.A

-Mahathir-

Tanpa Nama berkata...

yuhu..ape kabo?hehehe..saje je singgah

Tanpa Nama berkata...

yuhu..ape kabo?hehehe..saje je singgah

dugongsenyum berkata...

Mc D mana ada jual mee gorenggggg...

Kalau takdak mamak 24/7 terpaksalah cari warung tomyam 18/6 hahahaha...

72 RANCANGAN B

Ketika berkayuh dalam hutan setiap gram memainkan peranan melambatkan perjalanan. Semuanya mesti minimal dan ringan. Kami sudah pun menempah...