Rabu, April 16, 2008

WANGI

Ciumlah aku. Aku berbau seperti lelaki yang hendak solat Jumaat. Semuanya kerana secalit minyak attar dari Mekah setiap pagi.

Dulu, pensyarahku meminta 100 jenis serangga untuk tugasan biologi. Aku masuk belukar dan bawa keluar 100 jenis serangga. Aku cucuk mereka dengan peniti pada kepingan polisterine putih. Dua hari kemudian serangga itu membusuk. Aku sembur serangga yang 100 itu dengan minyak wangi (yang dihadiahkan oleh buah hati aku ketika harijadiku yang ke-20.)

Sejak hari itu aku tidak pakai minyak wangi lagi, kerana bauan itu mengingatkan aku kepada belalang dan cengkerik yang membusuk.

Semut mula menghurung. Aku nak cucuk semut-semut itu tetapi aku sudah ada semut dalam koleksi. Aku hantar juga tugasan bila sampai masa. Dan aku dapat "F" untuk biologi.

Helaian kalendar dicarik sehelai demi sehelai sebagai tanda masa berlalu pantas. Sehinggalah suatu hari ada yang menitipkan kepada aku sebotol minyak attar dari Mekah.

Kenapa kau tidak mahu cium aku? Takut wudhu Jumaat aku batal? Atau kau mahu tunggu aku mewangi seperti lelaki yang hendak tidur di malam Jumaat? Ha! Ha! Ha! Nakal sekali.

19 ulasan:

rasso berkata...

nakal sekali...

tunggu awek bagi wangi-wangian...

auuwuwwW ;P

Yana Ismail berkata...

Uhuhu. Akan berubahke perception tok terhadap perfume selepas mane2 awek menghadiahkan perfume? Tok kena associate perfume dengan benda2 yang meaningful:)Lupakan kisah lama.haha

tasekM berkata...

tok,
bau perfume yang wangi akan sangat wangi apabila ianya tidak diiringi dengan bau rokok... tok merokok?

Lily Abdullah berkata...

Tok,
Siapa gerangan yang tok minta supaya mencium Tok tu? Minta pada yang berhak saja tau.

ps: entri Tok nakal betul :)

Aku berkata...

ha ah tok nakal juga ya.. ;p

Tanpa Nama berkata...

Ha ha! Berbau di malam Jumaat.

sinaganaga berkata...

Ok, next time aku cium kau. Mao?

Tok Rimau berkata...

rasso,
Kau mungkin tidak perlu tunggu lama.

Princess,
Attar zahrah itu mengingatkan tok kepada makhluk-makhluk comel. Bukan kerengge tau.

Tasik,
Tok hisap rokok cengkeh. wangi tu. Tiada bahan pengawet.

Lily,
kamu ni cemburu buta.

Pop,
Tok cerita pasal Solat Jumaat ni. Cerita masjid ni. Alim tu. Alim-alim rimau la.

Azzam,
kawan wa cerita, ada perfume J-Lo yang khas untuk pakai malam. Fungsi macam pheremones.

Naga,
Geli la oiii. Aku tak suka jantan bermisai.

Aku berkata...

Tok Sifu..

keterangan telah diambil...

tak sabar ni..

Yana Ismail berkata...

Makhluk2 comel seperti?:).Bagusla bukan kerengge.Haha

blackpurple @ jowopinter berkata...

Tengok jugalah bahagian tubuh mana yang nak dicium....

tasekM berkata...

tok,
perasa nasi beriyani sekali pun tetap berasap.. pening..

A t i Q a h berkata...

Rindu kat abah :(

Unsunghero berkata...

Salam Tok...wahhh, putih melepak blog sekarang. tak padan dengan diri Tok...:)

[ madey ] berkata...

wah kebiruan la...hmm indah...hee

Unknown berkata...

love ur new layout tok :)

azie berkata...

adoilah..entri berbaur sensual,harharhar..

tasekM berkata...

tok,
putih ini sungguh murni sekali

rudy bluehikari berkata...

tok aku tak da misaiii! eiiouuuuu!

72 RANCANGAN B

Ketika berkayuh dalam hutan setiap gram memainkan peranan melambatkan perjalanan. Semuanya mesti minimal dan ringan. Kami sudah pun menempah...