Isnin, April 07, 2008

LELAKI EMBUN JANTAN

Embun jantan mula menitis di atas bumbung kereta. Tiga lelaki duduk di meja bahagian luar McD 24 jam sambil menghembus asap rokok. Henpon masing-masing berbaring di atas meja.

Cawan Coke saiz besar mereka sudah tiga kali refill. Mereka sudah lama di situ. Bekas sos mereka pun sudah penuh dengan puntung rokok. McD sekarang tidak macam dulu, McD sekarang tidak menyediakan tempat habuk rokok.

Tiba-tiba, intro lagu Hotel California berdendang, itu nada dering henpon Antonio. Antonio menjawab telefon. Mukanya serius. Chekov dan Yamoto girang memberi tepukan tangan sebelah, high five.

Chekov dan Yamoto masuk final. Antonia kecundang. Antonio membayar harga makanan untuk mereka bertiga dan minta diri untuk pulang secara bermaruah. Chekov dan Yamoto memberi tabik hormat kepada Antonio sepertinya Antonio itu komrad yang tumbang.

Kini dua lelaki sahaja tinggal di meja itu. Mereka meneruskan perjuangan dalam final saingan piala, "Isteri Siapa Call Dulu, Dia Kalah."

Mereka pesan dua burger Big Mac lagi.

31 ulasan:

Nida Shaari berkata...

Chekov dan Yamoto seri kerana sampai ke subuh isteri mereka tak telefon..

A t i Q a h berkata...

Game ini bagus. Tapi untuk anak muda macam kami, masih belajar. Sangaat tak seswai!!

Yana Ismail berkata...

kalau i, awal2 lagi i dah call. Pesan take away McD tu, plus suruh balik umah cepat. haha:p

sinaganaga berkata...

Kata "demam"? Ceh!

rasso berkata...

Princess... pra warning nampak...huhuhu...

kalo i kecundang... jatuhlah maruah i... u jangan call tau... ekekeke

Pipiyapong Abdillah Hamzah berkata...

ambik masa 10 tahun juga untuk gua layak ke saingan piala tuh..

azidul awfa berkata...

sapa yang menang??
menang dapat apa??
aku rasa dapat rasa tido depan rumah.....

Kemat berkata...

huh....macam nie punya 'game' pun ader.. kira saper awal2 kalah ada sipi2 queen control ek..hehe

saudagar gaRAM.. berkata...

good game..


nak je join walau takde isteri..
kat mana nak amek borang ya tok?

atau kena wat permohonan nak dapatkan borang jugak ke?



hahaha

leez berkata...

ni game utk orang yg dah lama kahwin...orang yg baru kahwin tak main game mcm ni..sendiri mau balik cepat...hahahaha

sepatutnya kalau dah beristeri hentikanlah aktiviti berembun.. kalau masih nak berembun tak usahlah berumahtangga.

yusrihashim berkata...

aku rasa dua2 tu kalah..pasal dua2 nak balik cepat..lolz

Aqil Dot Com berkata...

pasti bukan malam jumaat...

tasekM berkata...

yang menang tu kalau tak bini dia.. dia yang menopous..

Mat Jan berkata...

"Antonio membayar harga makanan untuk mereka bertiga dan minta diri untuk pulang secara bermaruah."

tapi, McDonald's kena bayar dulu baru makan...

Tanpa Nama berkata...

Sebelum keluar rumah. Isteri masing-masing berpesan, "Selamat berjuang!" Heh.

ayobkelubi berkata...

pp : yo ajelah ko kono tunggu lagi sepuluh tahun.yo jolah tu!. hahaha

tok : hahaha,gua ingat gua sorang jek buat itu game. hahaha.

Anonymous berkata...

pernah sekali, aku.

baru 5 minit duduk, telefon bimbit dah menjerit.

belum warm-up dah kalah beb.

musafir berkata...

Nak sertai pertandingan tu....mesti saya menang..
haha..sebab tiada isteri..boley??

Chika Chika berkata...

TOK..
:(

azie berkata...

yg menang tu mesti bini dia balik kampung bersalin, tak pun pergi kursus.

dugongsenyum berkata...

Orang bujang layak bertanding?


HAHA

dugongsenyum berkata...

tasik merah,
WAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKA

Tok Rimau berkata...

Madu.
Kalau seri, ada extra time dan sudden death ke pagi.

Atiqah,
Budak baru belajar, boleh kerja McD waktu malam.

Princess,
Apa pulak pesan-pesan. Ikut sekali la ke McD. Makan sama.

Naga,
Banyak sangat berembun. Tu demam tu.

Rasso,
Orang bujang tak boleh main game ni. Belum apa-apa, aku tengok dah terlelap kat kerusi.

pipi,
Boleh praktis dari sekarang.

Azidul,
kalau menang, boleh apply lesen mancing laut lepas pulak.

Kemat,
Bukan queen control, dia takut dok umah sorang2. Ada hantu. Kata dia. Nak manja la tu.

Garam,
Pra syarat game ini adalah isteri. Kau main la PS2 dulu.

Leez,
Mandi embun elok untuk tenaga batin.

Radio,
Mata kau rabak. Rokok pulak dah abis. Lan pulak dah lelap. Lagi pun, korang bukan qualify nak main.

Aqil,
Itu sudah pasti. Malam Jumaat baca yasin kat surau.

Tasik,
Pesaing hebat jika bini cuti bersalin kat kampung.

MJ,
Ishhh, kau ni betul2 lawyer la. Fine print: Semua bayar masing-masing dulu jika nak main game ni. Yg kalah akan cover bayaran tu. Macam yg menang claim bayaran dari yg kalah.

Azzam,
Bini pesan, pastikan phone awak tak mute dan tak abis bateri. Saya nak call ni.

Ayob,
Nanti kita lawan kat Champions League.

Dark,
Itu perlawanan pertunjukan. Belum mula dah berakhir.

Musafir,
Ahh eengkau. Keluar malam pakai jaket segala, takut paru-paru berair. lagi mau main game ni. Gi praktis dulu.

Chika,
:-( apa sudah jadi. Dia pi sat je. Nanti dia call okay.

Azie,
Itu advantage namanya. Budak McD bosan tengok muka yg sama tak balik2. Lovingggggg it!

Dugong,
Kau tanya utk orang lain atau tanya utk bujang tiga?

Yana Ismail berkata...

Baik tok. Nanti kita pergi McD sama-sama ek:)

rudy bluehikari berkata...

baru nak komen pasal bayar dulu baru makan kat mekdi matjan dah komen! eleh tokr nak cover kasik betul ayat. MJ aku sokong ko. persatuan lawyer2 sedunia!

Amyz! berkata...

Saya tak boleh join game ini.

rasso berkata...

amyz,
patutlah balik awal... hahaha...

tok,
maklumlah... i dah tak macam dulu... time waktu tok nampak i terlelap tu lazimnya ada yang call or sms... sekarang tidak lagi.... tapi seronok gak lelap kat mekdi nie sambil lirik amoi depan tu... ha ha ha

Tok Rimau berkata...

Princess,
Nanti Tok belikan Hepi Meal. Suka tak? Ada toys tau.

Rudy,
Lawyer kalau dah praktis kira loyar buruk. ha ha ha.

Amyyz,
Amyz tak main game ni. Dia tak mahu parking luar pagar.

Tok,
Lain kali bawak bantal gi Mekdi.

manusia ganjil ikan yu berkata...

macam mana nk sertai?

berminat ni *mata bersinar*

Yana Ismail berkata...

Mestila suka:)Tok yang belikan. Hihi. Siapa nak main dgn toys tu?princess?.:)

Unknown berkata...

hahaha...lawak2

73 SUNGAI TELOR

  Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...