Rabu, April 02, 2008
PARTI DI ATAS AWAN
Romlah berkemban keluar dari bilik air. Dia mendapati Mobius sudah berbaju, berbedak dan berminyak wangi. Mobius kelihatan sudah bersedia untuk ke parti.
Romlah bertanya, "You tak mahu mandi dulu ke?"
Mobius menjawab, "Sejuk."
"Ada hot water la. Rugi la ambil bilik hotel mahal-mahal tapi tak guna air dia."
"Balik dari parti nanti I mandilah. I mandi dua kali." Senyap sebentar. Kemudian, Mobius sambung lagi seperti ayat sebelum ini adalah ayat ralat. "Kita. Kita mandi dua kali."
"Nakal!" balas Romlah sambil mengukir senyuman.
...............
MAJLIS
Bicara Karya Sastera
a) Di Benua Buta oleh Mana Sikana
b) Cetusan Kalbu seorang Penyair oleh Peter agustine goh
c) Di Sebalik Mentari Jingga oleh W.B. Rendra
5 April 2008 (Sabtu). DBP Wilayah Selatan, Larkin Perdana.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
73 SUNGAI TELOR
Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...
-
"Kenapa pada zaman aku, tiada orang nak tunjuk atau bantu aku dalam bidang yang aku suka?" aku tanya soalan ini dengan budak aku b...
-
Terbaca la dalam Metro tentang satu blogger: "Ketika itu saya menjadi peserta akhir untuk rancangan Fear Factor Malaysia pada 2005...
-
Sebelum Matt Groening terkenal dengan kartun dewasa The Simpsons dan Futurama, dia telah berkarya melalui Life is Hell. Life is Hell adalah...
20 ulasan:
Satu kesilapan besar Selangor nak bagi air free. Jadinya bukan dua kali tapi berkali-kali.
Tapi jika Romlah yang kena bayar bil air, pasti dia akan sarankan mandi sekali je.
Hihi. Suami isteri tak salahkan tok? Tau takper. Duduk sewa bilik hotel mahal2, mestila gunakan semua kemudahan:).
mandi berkali-kali bersama-sama pun takpe...
janji halal..
:)
Soalan pertama yang muncul dalam kepala saya ketika membaca entri ini ialah "Betulkah Romlah itu isteri Mobius?" Atau mereka adala pasangan kekasih gelap. Dan keywordnya ialah HOTEL.
Tok,
Saya buruk sangka dan saya mengaku.
saya selaku org bujang tumpang seronok..
haa..cerita la lagi..
ape cite takde ending nih?ingatkan ade adegan"gitu-gitu"..
Romlah bertubuh gebu?
Mau ker parti apa? Buih?
Hotel itu Lima Bintang?
Romlah masih guna berus gigi manual?
Saya pernah dengan satu istilah, 'kuba perpium' (kerbau perfume) merujuk pada orang yang pakai perfume, tanpa mandi. he he
Zalila,
Air mesti murah di sebuah negara hutan hujan tropika. Lagi pun hari-hari hujan.
Princess,
Kamu memaksa diri kamu bersangka baik?
Diela,
Di Jepun, satu keluarga mandi bersama-sama dalam bath tub. Tonton Sin Chan.
Lily,
Kita minum bebanyak air zam-zam.
Pengkau,
Sila cari kitab. Baca bab munakahat.
Azie,
Cerita sebegini, pembaca yang perlu isi tempat kosong.
Atiqah,
Atas awan badan tak berpeluh. Tak berbau.
oh, utk pengetahuan tok, saya adalah peminat besar crayon sin chan.. dan juga keinginan mahukan anak sepertinya.. hehe!
Ada mandi kena berniat. Ada yang tak payah niat pun tak apa.
Hehehe!
Romlah - kali pertama muncul di blog Sinaganaga (entri: Mak Aku Sakit, HM Bagi Aku Cuti). Kemudian, Romlah muncul pula di dalam buku K-Ei8ht. Kini, Romlah muncul pula di blog Tok Rimau.
Doakan, agar Romlah muncul lagi menemui tuan-tuan dan puan-puan. (Bunyi macam promo kepada sesuatu projek rahsia pula, ek Mau! Ha ha).
kan elok kalau kita bersangka baik:p. Although it hurts.
Tok citer ape nih? Tak suka nyeeeeeee b-(
Owhh.. isn't he (mobius) sweet?? ihiks!
Tok, bila ke PWTC? sila kabarkan ya. Saya boley fullday Ahad saja. Hari lain kena bertukang dengan teman-teman Lombok dan Madura.
Diela,
Anak seperti Sin Chan? Hati-hati dengan doa kamu. Mungkin makbul. Tak menang tangan.
Black,
Niat sebulan terus macam puasa. Boleh tak?
Naga,
Otak aku macam buku untuk kau baca. Kau tahu apa yang aku fikirkan. Siapakah Romlah?
Princess,
Peace.
Cinta,
Suka atau tidak, romlah tetap tersenyum.
Amyz,
Kau memang suka bad boy. At least, dia boleh protect kau.
Ice,
Mungkin tidak. Tok mohon lesen keluar kawasan bulan Mei nanti. Kita jumpa.
Mau,
Siapa ROMLAH? Jeng jeng jeng... Tungguuuuuuuu! Hak hak hak.
saya rasa doa Romlah telah dimakbulkan Allah..
Catat Ulasan