Khamis, September 04, 2008

KENAPA AKU MALAS BERSEGAK-SEGAK

Aku setahun ni, kalau ke pejabat, memang sembrono je. Apa yang aku selesa aku pakai. Persetan sama kasut hitam dan tali leher. Orang seni la katakan. Tinggal lagi aku tidak bawa beg kain ke hulu hilir je. Dan takdir melarang aku berambut panjang hingga ke bahu. Siapa boleh melawan takdir? kalian?

Don nak aku ikut dia ke Larkin Perdana untuk urusan kewangan esok. Ada urusan juta-juta katanya. Don sound aku, "esok pakai smart sikit."

Don malu jalan dengan aku yang tak smart ni ke? Kalau aku tak smart, tak lulus loan ke?

Don sambung lagi, "suara awek dalam telefon dari pejabat kewangan itu sedap betul. Aku tanya macam-macam soalan kewangan." Don kenyit mata.

Alahai. Aku kena pakai smart kelas 5 esok. Ha! Ha! Ha! Ibu-ibu dan bapak-bapak-bapak, sorokkan gadis-gadis kamu di dapur esok. Tutup mata mereka rapat-rapat.


LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Doku 10 Tahun Sebelum Merdeka

15 ulasan:

tasekM berkata...

Don, kamu jauhari. Tok, kamu manikam.

A t i Q a h berkata...

Bukan tok dengan Don ke yang patut tutup mata? Agagagaga.

Yana Ismail berkata...

Don tu ada 'hidden agenda' . ha ha ha.

Anak2 ghadis smua,sila menyorok di dapur.

Sekian, terima kasih;p

Nida Shaari berkata...

Esok??

Nak segak harus pakai baju melayu sepasang siap dengan sampin songket.

Kalau hari Khamis. Pakai kemeja batik lukis design terkini.

Tok Rimau berkata...

Tasik,
Perempuan juga yang kenal Poh Kong.

Atiqah,
Bulan puasa ni, kami banyak pejam.

Princess,
Mana ada?! Kami ikhlas. Kami menipu dgn ikhlas.

Madu,
Ello, Tok bukan belia 4B okay.

Yana Ismail berkata...

Owh jujur sungguh kalian, menipu dengan ikhlas?;p hu hu hu.

P/s: Jangan segak-segak sangat tok, nanti awek kat situ tak kc you balik. ha ha ha.

BuRuuj berkata...

tok cakap mcm nie teringat lak mase discussion kt bilik karel psz dolu2. amboi tok, boleh tahan gak ek?

jaga pandangan tok. kang pepagi lagi dah susut pahala puasa..

snm | snm berkata...

tok R
saya prefer smart otak & akal
dari smart & segak berpakaian :p

azie berkata...

tok.


bulan puasa ni.

ingat. puasa bukan sekadar puasa perut. anggota badan lain juga perlu puasa

sekian saje tazkirah ramadhan

Tok Rimau berkata...

Azie,
Tok baru balik dari pejabat kewangan. Awek suara cun tidak semestinya cun.

SNM,
ada vacancy lagi ke?

Buruuj,
Saya dengar. dan taat.

Princess,
Saya selamat balik

rasso berkata...

Hahaha...

Lily Abdullah berkata...

Pejam? ye..ye...saya percaya.

thedreamer berkata...

tok rimau pakai kemeja yang tajam di bahunya,slack hitam, dan tie belang-belang, kasut berkilat...adduuhh, gantengnyaaaa...

Nazri berkata...

gua boleh berambut panjang paras bahu. Bos tak marah.

Tok Rimau berkata...

Nazri,
Aku cemburu.

Fazlina,
Semua kepala menoleh kepada Tok. Kalau ada music background ketika Tok jalan, lagi seru.

Lily,
Terimakasih atas kepercayaan anda.

Rasso,
Ha ha ha.

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...